Posts

Showing posts from September, 2010

Lagi2 cerita pasal manusia berkira itu B O S A N L A H !

Image
Aku pelik dengan perangai manusia. Macam-macam perangai n ragam. Kadang-kadang aku meluat tgk perangai manusia kat sekeliling aku. Hari ni tak tau kenapa aku sangatlah bad mood. Mungkin aku tgh dlm proses Premenstrual Syndrome itu sebab aku nak marah2 jer. Hari ni aku rasa mcm bengang jer tapi aku tak tau bengang ngan sapa. Maybe bengang ngan lady boss aku sbb asyik2 tanya pasal duit. Gelojoh betul. Bosan betul aku dengan dia. Macam aku plak yang mata duitan. Bosan! bosan! bosan! Bila balik rumah pulak anak2 manusia yang sangat berkira itu ada pulak kat depan rumah dgn saudara-mara dia (agaknya lah kot sbb aku tak tau sapa diorg2 tuh) dah lah main bola kat tempat aku parking selalu (depan umah aku ok!) buat bodoh jer main sampai tak nampak kereta aku yg tgh tunggu nak parking (wooii ko igt aku halimunan ke hah!). Dah lama aku peratikan anak2 manusia berkira nih. Kecik2 pun dah pandai menyombong n belagak (ikut perangai manusia berkira nih ler). Pandai pulak sound2 aku mas...

l e t i h + n g a n t u k

Image
Dulu masa buat blog nih target utk mengepost blog satu hari satu tapi nampak gayanya hajat itu tidak kesampaian akibat daripada kekurangan masa. Aku rasa sejak akhir-akhir nih aku macam kurang tidur. Aku sangatlah teringin nak tidur bangun dalam pukul 10 or 11 pagi (tidur lepas solat subuh yer). Rasa macam tak puas jer tidur. Bila lah aku dapat cuti yang betul-betul cuti *sigh* Minggu lepas masa kemas2 rumah aku terjumpalah benda alah nih:- sangat antik! akak aku punya nih. Actually adik beradik perempuan aku mmg ada loket nih (rasanya ler kot hihihi) tapi yg aku punya ilang sbb aku buang dalam tong sampah n lori sampah sudah kutip itu tong x sempat nak kejar. Bukan loket jer yg 'terbuang' tapi rantai n gelang tangan. Tak pasal2 kena rotan ngan arwah bapak aku. huhuhu rindunya kat arwah bak :( Dah usia 72 tahun loket nih. Agak-agak berapa ek harga dia :P

Tolonglah kami tak niat nak bersaing dengan kamu

Image
Mesti pelik dengan tajuk kat atas tuh kan? Aku sebenarnya sampai sekarang  tersangatlah kecewa atas apa yang telah terjadi. Salah kami ke? Macam tak percaya pulak bila benda ni jadi. Aku tertanya-tanya apa motif sebenarnya sampai sanggup bertindak macam tuh. Tak malukah pada 'orang-orang lain 'yang sekarang nih banyak bercerita pasal 'orang kita'. Mungkin sekarang nih cerita nih telah menjadi bahan cerita 'orang-orang lain' tersebut dalam sibuk mengembangkan perniagaan mereka. Cerita detail? oh tidak. nanti kalau 'manusia tersebut' jumpa blog ini tak sanggup nak berperang lagi walaupun takda lah macam perang sangat pun masa tuh. Itulah manusia bila terlalu sangat berkira tentang sesuatu sehingga terlupa yang mereka juga pernah buat sesuatu yang boleh menimbulkan ketidakselesaan dan mengecilkan hati 'manusia yang teraniya' itu. Tetapi perkara yang terjadi ini bukanlah sesuatu yang salah hingga menyebabkan 'manusia tersebut 'bertindak...

Geram!

Image
 Hari ni sepatutnya aku puasa ganti/enam. Oleh kerana aku malas nak turun bawah g dapur  untuk bersahur aku dah sediakan se kole termos hot chocolate, air putih dan roti kat bilik aku dan aku telah set jam h/p aku pukul 5.00 a.m. Malangnya mungkin aku teroff alarm h/p yang aku rasa aku off ada berkait rapat dengan mimpi aku malam tadi.! arghhh geramnya!!! sedar-sedar pukul 6 a.m. bila aku dengar suara abg jem dari alarm clock aku. adoiiiii Mimpi malam tadi agak pelik hmmmmm

Makan, makan & makan!

Image
 Semenjak lepas puasa nih aku asik makan n banyak habiskan duit pada makanan yang pada aku sangatlah tidak patut untuk orang macam aku yang errr da terlebih makan. Bila aku kira-kira balik memang aku dah 'ter'over budget dalam berbelanja untuk breakfast dan lunch masa office hour. Masa bulan puasa yang lepas aku sangatlah berjimat sebabnya aku cuma pegi 3 kali jer bazar ramadan cos aku tak sanggup nak menempuh kesesakan 'luar biasa' di bazar-bazar ramadan sekitar JB nih. So weekend nih 'kerja' aku makan lagi. Semalam, hari sabtu maybe tak ada lah berat sangat cos aku cuma pergi rumah akak aku n dia masak laksa johor favorite aku huhu. Tapi hari ini adalah hari yang sangat 'berat' uwaaaaa. Hari ni semuanya berat2 walaupun aku cuma pergi rumah mak cik aku jer tapi bila ditambah dengan rumah aku sendiri yang telah menyediakan makanan untuk orang datang, 'penapauan' yang dibuat ketika mak aku berkunjung ke rumah pakcik aku dan ditambah dengan pengi...

Ugly Beauty

Image
"Just because you're beautiful doesn't mean you can treat people like they don't matter." - Cameron James ( Joseph Gordon-Levitt ) from 10 THINGS I HATE ABOUT YOU (1999) Hari ni amatlah boring cos kerja 1 hari jer before weekend menjelma esok. Nasib baik boss keluar awal kalau tak memang boleh mati kebosanan lah aku. So tadi masa keboringan + kengantukan aku secara curi2 bukak internet and browse Yahoo news and aku tertarik dengan artikel nih http://movies.yahoo.com/feature/movie-talk-5-life-lessons-from-high-school-movies.html dan quote kat atas tuh. Kadang-kadang aku juga terasa orang yang 'cantik2' nih ada segelintirnya sgtlah 'mean' tapi ada jugak kebanyakannya baik. Tak semua kan. Kadang-kadang orang tak cantik pun ada juga yang jahat kan? so tak boleh lah kita buat assumption yang cantik2 itu semuanya jahat.  Tapi kadang-kadang ada orang mempergunakan kecantikan mereka contohnya aku dah lama perhatikan kalau nak lintas jalan or be...

Fast food lagi *l e t i h d a h*

Image
Ya, saya tau penuh satu seat  tapi bukan saya sorg jer makan tau! Actually mmg da letih nak makan fast food dalam minggu nih tapi apa boleh buat sebelum zohor tadi dpt sms daripada akak aku mintak belikan buat buka puasa. amboi belum zohor dah karang2 buka nak makan apa. 2 McD aku pegi sbb nak cari bubur. McD tepi jalan skudai tuh cam ampeh sikit xbrp suka servis dia. Sbb ibunda yang tercinta nak mkn bubur utk berbuka maka anaknda kesayangan (erkk perasan) kenalah mencari walaupun hingga ke Uganda sekalipun. Maka itulah hasilnya penuh satu seat kereta

Hari ke-Enam Raya

Image
Domino's pada 1st day kerja selepas hari raya hari ini sudah masuk hari ke enam raya n belum ada kedai makan kat tempat kerja aku nih nampak bayang2 akan bukak kecuali kedai mamak yang 1st day raya pun still bukak. Domino's tuh adalah lunch aku pada 1st day kerja lepas raya iaitu isnin yang lepas. takkan hari2 nak makan fast food. bangkrap ler aku. set kat atas tuh jer dah RM60++ tuh belum masuk breakfast aku dgn McD. Harituh ajer aku abis RM80++ utk makan. Belajar lah berjimat cik kak oiiiii. Mak  n akak aku pulak puasa jadi mmg xda breakfast. So hari ini sekali lagi aku telah mengirim opis mate aku utk menapau nasik di mamak - terpaksa huhhuhu

Selamat Datang!

Image
Akhirnya aku tertewas.. tertewas untuk ada satu lagi commitment di ruang siber ini selepas Facebook hahah. Geram jer tgk orang lain ada blog sekali sekala teringin jugak nak ada blog walaupun aku rasa aku sorang jer kot yang baca blog aku nih. Oleh kerana aku pun dah tinggalkan commitment untuk game MAFIA WARS di Facebook yang pada aku skrg sgtlah membosankan bolehlah aku berjinak2 dalam penulisan blog nih hehehe. Apa-apa pun SELAMAT DATANG untuk DIRI SENDIRI. Semoga rajin2 lah untuk merepek meraban kat sini! jumpa lagi!