Posts

Showing posts from April, 2015

Akibat Stress

Image
Bosannya. Rasa macam dah malas nak berblog. Ada idea tapi idea datang masa drive time jalan jem. Bila duduk depan laptop idea pulak hilang tah ke mana. . .. ... .... ..... ...... ....... ........ ......... .......... Errr belanja gambar je lah Tetiba idea hilang plak Stressssssssss laptop nih nak mintak tukar ke???? Grrrrrrr

Breakfast

Image
Rasanya kita rakyat Malaysia untung sebab negara kita kaya dengan pelbagai jenis makanan. Kalau breakfast tuh macam-macam ada. Ada style Melayu, Cina, India or Western. Bila ke luar negara benda yang paling aku rindu sekali adalah makanan ketika sarapan. Lagi lah kalau sarapan tu ikut negeri. Fuhhh macam-macam kan?? Sarapan no. 1  rakyat Malaysia, Roti Canai Lokasi: Tapau dari Pasar Tani Sri Pulai, Johor Yang ini pun No. 1, Nasi Lemak Daun Pisang Lokasi: Restoran Selera Yusal, Larkin Perdana Sarapan orang Terengganu, Nasi Dagang Lokasi: Gerai berdekatan Pasar Dahlia, Johor Bahru Sarapan orang Sabah, Sup Urat Lokasi: Gerai berdekatan Kedai Mutiara Jamilah Kota Kinabalu Sarapan orang Johor, Laksa Johor Lokasi: Rumah sendiri. Homemade Sarapan orang Kelantan, Nasi Kerabu Lokasi: Pasar Tani Sri Pulai, Johor Sarapan orang Johor, Nasi Ambeng Lokasi: Pasar Tani Sri Pulai, Johor Sarapan orang Johor, Lontong baby! Lokasi: Tak diketahui tapi kat Ka...

Rumah Idaman

Image
Rumah Idaman Sabtu bila tah dah lupa, akak aku ajak aku pegi tengok show house yang berdekatan area rumah aku. Aku n akak aku ni memang kegemaran tengok show house je hehehe. Lepas tuh berangan kan kalau lah dapat rumah tuh. Tapi dalam banyak-banyak showhouse yang kitaorg g tengok, rumah kat atas nih lah yang betul-betul buat aku terliur. Alahaii kalau aku kayaaaaaaaaaa! Lawa betul rumah nih. Rekaan pun moden. Cer tengok gambar kat atas. Rumah nih petak je kan? Bumbung pun rata je. Yang buat rumah ni mahal sebab rangka-rangka tingkap, tangga, pintu dan hiasan dibuat dari besi. Pintu mmg pintu giant betul dari besi. Lupa nak ambik gambar. Dah tak payah pasang grill.  Ruang tamu Bilik no. 3  (atas) Bilik no. 2 (atas) Bilik Idaman! Pemandangan dari 2nd Bedroom Paling terliur dengan 2nd bedroom rumah nih. Siap ada cermin lagi menghadap tangga. Master bedroom pun best jugak tapi gambar aku tak lawa sebab tuh tak boleh masuk blog. Rumah nih ada 4 bil...

Seoul Garden kat Rumah

Image
1 kepala RM29.90 hahahaha Sebelum nih aku ada post aku buat bakar-bakar ala Seoul Garden kan kat rumah. Tapi masa tu kitaorg pakai dapur elektrik tuh kan. Akak aku kan suka 'merayau' kat website Lazada, so dia jumpa lah periuk Stimbot n bbq nih so apa lagi order lah satu buat bakar-bakar kat rumah. Seronok jugak ada benda nih kat rumah. Sejak ada periuk bbq & steamboat nih dah lama tak pegi makan kat Seoul Garden. Buat sendiri je. Ada daging lembu perap dgn sos bbq, ayam perap, udang & sotong Kambing bbq! & bahan utk steamboat Sosej & Isi Ketam Daging perap lada hitam lamb! daging perap bbq Ayam & Udang sotong Sup Kimchi! Hihihi sorry banyak gambar. Sup kimchi tuh sedap plak padahal buat sendiri jer. Kimchi akak aku beli kat mana tah. Best betul buat bakar-bakar ala korea nih kat rumah. Jimat sikit duit. Lebih kurang 10 kepala yang makan n still tak habis. Kalau pegi restoran dah berapa kan? Jimat!