Posts

Showing posts from August, 2016

Didi & Friends

Image
Support kerja anak Malaysia Baby Mya suka betul ngan Didi & Friends ni. Aku kalau nak masak hari ahad tuh, bukak lah Didi & Friends yang aku pvr daripada Astro or download daripada Astro on Demand tuh. Tapi kan macam mana lah nak buat autoplay kan. Nak tak nak kena gak duduk ngan dia tengok sama-sama. Yang rekod daripada Astro ceria lagi lah. Tak kena betul ngan masa.  Nak tengok pakai ipad or laptop daripada Youtube pulak rasa macam susah plak kan. Nanti Baby Mya ketagih nak main ipad cam abang dia So aku dok pikir mana ler nak dapat DVD Didi & Friends ni n masalahnya ada ke jual DVD ni. Aku pun dok google ler sebab rasa-rasanya macam ada. Sekali aku jumpa kat TheBabyStore . So apa lagi terus place order n bayar. Lepas raya aku dapat DVD Didi & Friends tuh. Apa lagi suka lah si Baby Mya dapat tengok Didi & Friends kesayangan dia tuh. Tertidur terus tgk Didi & Friends Lepas tuh mak aku suruh lah belikan untuk anak saudara aku sorang lagi...

Dalam kenangan

Image
1929 - 1998 Harini 18 tahun yang lalu, aku kehilangan orang yang tersayang. Masih terbayang-bayang kat kepala saat-saat terakhir aku dengan arwah. Masa tuh arwah sara hidup kami sekeluarga dengan kedai runcit. Ingat lagi 5 hari sebelum dia meninggal, dia marah-marah ajar aku cara tutup kedai yang betul. Rupa-rupanya dia dah tau dia nak pergi. Bila dia dah pergi baru kita teringat semua kelainan pada diri arwah 3 minggu sebelum meninggal. Termenung sendiri, renungan kosong dan jauh. Pendiam. Semua itu menjadi kenangan. 21/8/1998 hari terakhir hantar aku ke sekolah. Aku demam n tengah percubaan STPM.  Walaupun dia sakit dia berhenti jugak di restoran belikan roti canai dan panadol untuk aku. Kami tak tahu pun dia sakit. Sebab dia sembunyikan kesakitan dia. 24/8/1998 tak boleh lupa saat kerani sekolah melangkah masuk ke dalam kelas aku. Masa tuh dada dah berdebar-debar sebab dah terasa sesuatu. Arwah abang aku amik aku kat sekolah, katanya arwah...

Petua Minggu Ini: Toothacne

Image

Sama tak kita?

Image
Sebelah kita tuh mama nombor dua kita masa kecik Semua orang cakap rupa baby mya ni ada iras-iras aku. Orang kalau tgk gambar aku ngan baby mya mesti tanya anak aku ke? Yup anak aku walaupun dia bukan my biological, tapi sayang dia sangat-sangat. Untung dia ni banyak mama. Ramai yang sayang dia. Next month cukup setahun.  Umur camnih lah sedap gomol budak kan? Ngan bau dia yang wangi. Bau air liur pun wangi jer hihihihi. Gambar ngan abg ayip Terima kasih dik.  Sebab bagi pengalaman berharga untuk acik kamu untuk jadi seorang ibu.

Petua Minggu Ini: Sunburns

Image

Hypoglycemia

Image
Post kesinambungan lagi. Kali ni daripada post ni Sambil tunggu amik ubat aku post  benda ni kat FB Last aku post pasal penyakit Diabetes aku ni, aku ada cerita yang aku ada appointment kat Hospital dengan pakar endo (endo tuh nama pendek hihihi). Punyalah seram sejuk nak pegi check up. Lagi-lagi sebelum ni 2-3 kali check up result tak memberangsangkan sampai kena prescribe untuk suntik insulin. Nak tak nak kena lah ikut kan untuk kesejahteraan diri sendiri.   Alhamdulilah semuanya turun. Tak sangka pulak. Tapi memang seram sejuk ler menunggu nurse panggil nak amik berat, cek gula pagi, cek tekanan darah n soal siasat semer huhuhu. Yang ujian darah lain n air kencing aku dah amik seminggu sebelum appointment tuh. Alhamdulilah semua ok. Kolestrol jahat pun turun gak. Berkat makan benda2 yang sihat.  Bila dapat bacaan nih badan rasa mcm nak terbang Lagi seminggu lagi aku dah nak kena amik darah untuk checkup bulan 9 nanti. Seramm. Sebab macam aku post kat...

Jodoh dan pertemuan di tangan Allah... 2

Image
Kesinambungan daripada post ni Gambar sekadar hiasan yg hanya tinggal kenangan pabila terputus ditengah jalan... Alhamdulilah, akhirnya terbuka juga hati mereka untuk menerima rombangan meminang yang jauh datang sejauh 650 km. Walaupun masa yang diberi sangatlah singkat, alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar. Pada mulanya tiada sebarang hantaran, tapi tetiba pihak lelaki bawak 5 dulang, so kelam kabut lah aku lari ke pasaraya n kedai kek SDS cari apa-apa yang patut. Alhamdulilah segalanya dipermudahkan. Sekarang ni kena banyakkan berdoa semoga sampai ke jinjang pelamin. Actually agak complicated sikit syarat2 pihak keluarga perempuan. Doa-doa agar semuanya dipermudahkan dan dapat disatukan tahun hadapan.  Fuhhh kalau takde aral melintang confirm aku bz next year sebab akan jadi wedding planner tak bertauliah utk wedding nih. Mcm2 dah dok terbayang lam kepala nih. Hihihihhi

Petua Minggu Ini: Tanned Skin

Image

Petua Minggu Ini: Acidity

Image

Cerita Raya

Image
Ketupat BBQ Yeah. Last day Syawal hari ni baru nak post cerita raya. Raya tahun ni sederhana jer rasa mcm sedih pun ada. Alah kalau baca blog ni tau kan sebab-sebabnya. Cerita raya tahun nih dimulakan dengan cerita ketupatku hangus. Sibuk kat dapur lupa ketupat yang aku tengah masak kat depan rumah. Sepanjang hidup aku ni dalam sejarah ketupat hangus. Tapi kitaorag bantai jer makan. Sedap n tahan lama pulak. Alhamdulilah. Adik 1st time raya Raya pertama sepatutnya mak aku dylisis. Tapi mak aku mintak cuti sebab nak solat raya. Last year 1st day raya pun kena time dylisis tak boleh cuti sebab jaraknya lama. This year kena tgh minggu so takde masalah cuti satu hari. Budak kecik kat atas ni pulak 1st raya. Mak-mak dia pulak excited. Yup dia ada 4 orang mak. 10 pasang baju raya kurung n peplum akak aku beli. Betul2 excited mak dia hihihi. Gambar family akak-akak & abang-abang aku 1st day raya cuma family abg aku n akak aku jer yang dtg rumah. Kira separuh daripada ...

Cerita sebelum raya

Image
Jumaat terakhir Ramadan Heeee bulan syawal dah nak abis minggu nih, but still aku baru nak bukak cerita pasal sebelum raya. Raya tahun ni semuanya serba sederhana. Takde apa yang baru. Cuma baju raya jer baru. Itu pun sepasang je n dah tempah lama sejak bulan Februari lagi. Memang raya tahun ni paling simple sekali ler. Biskut-biskut pun takde. Tak beli dan juga tak buat. Memang tak kisah apa pun. Jumaat terakhir Ramadan aku pergi menziarahi kubur arwah ayah aku, bersihkan apa yang patut. Ramai orang kirim Duit raya still guna formula yang sama 2-3 tahun yang lalu. Tapi this year macam kurang sikit sebab anak saudara aku ada yang dah kerja. Duit raya untuk bebudak datang pulak aku tukar RM100 jer sebab daripada last year memang duit raya aku tak laku-laku. 3 tahun lepas punya duit raya still ada lagi so just abiskan duit tuh dah lah kan. Duit raya nak kourier Duit raya ni pulak nak dikourier kepada abang aku yang dok kat alor staq sana tu. Kirim sekali ngan sampul ...