Posts

Showing posts from December, 2016

Pengorbanan seorang Guru

Image
Siapa kata jadi cikgu ni senang n banyak cuti. Aku memang pantang betul kalau orang dok perlekehkan cikgu ni. Walaupun aku bukan cikgu, tapi aku ada akak2 n arwah abang aku yang bekerja sebagai seorang guru. Jadi sedikit sebanyak terasa lah jugak kan. Dulu aku dok baca keluh kesah orang yang bergelar guru. Susah lah, tak cuti lah, time cuti sekolah kena gi sekolah n banyak kerja lah. Tapi itu awal-awal cuti sekolah memang lah begitu. Tapi lepas 2 minggu cuti sekolah tuh tengok boleh plak bercuti balik kampung ke  or berjalan-jalan. Aku nih sebenarnya dok kesian ngan akak aku tuh. Rasanya cuti sekolah tahun nih paling padat betul jadual dia. Macam takde cuti langsung plak. Awal cuti sekolah memang hari-hari datang sekolah ada duty n buat kelas tambahan utk student SPM dia. Lepas tuh break seminggu itu pun 2-3 hari jer dapat yang bebetul tak g sekolah. Lain hari walaupun patutnya cuti tetap g sekolah sebab nak settle kan kerja. Lepas tuh 10 hari kena gi kursus. Sampailah huj...

Legend of The Blue Sea

Image
Yeahh Lee Min Ho! Drama korea lagi.  Ya aku memang peminat drama korea n siap simpan wishlist nak g korea. Kali nih drama Lee Min Ho lah. Mana boleh tak tengok kalau Min Ho yang belakon. Walaupun kat OneHD pun ada tapi aku lebih suka tengok kat online huhuhu. Screenshot daripada Wikipedia terus Sumber: Wikipedia Cerita pasal mermaid dahhh. Advance mermaid korea ni. Tang ekor ikan tuh nampak real cam ekor ikan ekekeke Drama Legend of the Blue Sea ni kena tengok betul-betul sebab setiap babak tuh mesti ada kaitan. Kalau tertinggal memang tak paham ler babak seterusnya.  Aku tak curi tulang. Aku layan drama ni sebelum office hour start. Tiap Jumaat pukul 7 pagi dah sampai office so sebelum apa-apa aku layan dulu drama nih hihihi.

Happy Birthday to Me!

Image
Tambah setahun lagi umur aku Bila masuk bulan Disember jer maka naik ler setahun umur aku. Cepat betul masa berlalu. Rasa baru jer awal tahun haritu. Tahun nih tak rasa macam nak sambut birthday. Kalau tak memang beria dok cakap suruh beli kek. Tapi kali ni dok diam jer.  Maybe muak makan kek sebab banyak sangat birthday bulan 9, 10 & 11 haritu This year birthday aku jatuh hari bekerja. So balik kerja dapatlah sebiji kek 'suprise' daripada Mat Ayip. Yang surprisenya si Mat Ayip dok belakang pintu dengan seluar kecik jer. Makcik dia ni balik masa dia lepas baru mandi. Dah cam orang minyak junior jer rupanya huhuhu. Laksa Johor Esoknya aku belanja kengkawan opis ngan Laksa Johor homemade. Gigih dok kerjakan ikan kembong rebus nih. Memang dah lama niat nak belanja Laksa Johor masak sendiri kat rumah. Alhamdulilah dapat jugak.  Tapi akak aku ler yang masak. Aku tolong siang ikan je. Apa pun semoga aku murah rezeki dan diberikan kesi...

Bawak Bekal - Breakfast

Image
Aku ni bukan takat bawak bekal untuk lunch jer. Breakfast pun aku bawak bekal gak.  Jimat.  Lagi-lagi aku sekarang nih tengah kawal makan kan.  So masak sendiri daripada rumah lagi elok sebab aku leh kawal berbanding bila beli kat luar. Sekarang ni memang jimat betul lah sebab aku tak spend banyak RM untuk beli breakfast n lunch. Tapi kadang-kadang ada beli juga sebab boring ngan masakan sendiri huhuhu. Sandwich dengan roti tinggi serat. Masa ni mula-mula kena marah ngan doktor. So kita makan camni ler. Nak kasi gula turun huhuhu Telur separuh masak 2 biji + kicap + lada sulah Marvelous! Bila dah bosan makan roti, kita makan kuey teow plak. Tapi kena jaga portion. Nasib baik meter gula tak naik. Phewwww! Kalau melantak benda yang sama pun tak best gak kan. Sekali sekala apa salahnya huhuhu. Mee Hoon Goreng. Kekadang layan spaghetti goreng. Guna minyak sikit jer Nasib baik tak cek doktor tak naik apa2 Ini Marconi Goreng. Kalau na...

Resepi - Pizza Roti

Image
Pizza Roti Last time aku ada share aku buat pizza guna roti canai/prata kan? kali ni aku nak share pizza guna roti putih. Aku kan kalau lapar mula lah selongkar dapur n tengok apa yang boleh dimasak. Bahan-bahan Roti Putih (Aku pakai Gardenia) Base sos = Ikut selera masing-masing.  (Aku selalu guna Mayonnaise +  Sos cili & sos bolognese) Tuna dalam tin, sosej di potong, isi ketam (dipotong), udang or ikut suka bahan untuk ditabur nih ayam ke etc Cheese (mozarella ke cheedar ke ikut suka asal sesuai ngan pizza) Cara-cara  Sapu Roti Puti dengan sos base pizza tuh. Lepas tuh macam biasa tabur sosej & isi ketam and last sekali cheese. Bakar dalam microwave or oven. Siap! mudah jer Mudah je!

Tabung Haji

Image
Fuhh lamo aku tak mucul. Hampir sebulan. Hari-hari bukak blog tapi tak rasa nak menulis. Baca blog orang jer lepas tuh dah tutup laptop balik. Tapi dipagi Jumaat yang penuh barakah nih meh ler kita mula menulis semula. Lusuh dah buku aku Semalam dok belek-belek buku tabung haji nak tengok balance sekali tertengok urusniaga muka surat pertama buku nih. Teringat kenangan lama ngan buku ni. Belum bertukar lagi sejak tahun 2000.   Dulu masa belajar bila dapat duit PTPTN, aku ada masuk sikit-sikit lam Tabung Haji. Tapi bila tengah kering, habis dikorek duit kat situ. Yang kelakar siap sanggup keluar RM100 jer semata-mata kat Tabung Haji.  Tabung Haji Shah Alam kat Kompleks PKNS tuh ler selalu muka aku jer kat situ. Bila ingat balik kelakar pulak. Ye lah kan ramai kat Tabung Haji tuh. Nak keluar mesti kat kaunter jer. Tapi nilai RM100 tahun 2000 dulu lain. Macam-macam boleh dapat. Sardin RM0.99 sen pun ada. Tah camner tetiba rasa macam nak daftar haji so kena la...