Menabung sesi 2016/2017
Heheh ini adalah kesinambungan entry Menabung last year yang mana Hasil Menabung aku tuh dah selamat berada dalam akaun bank tauke kedai Machine. Tahun nih aku still continue menabung n actually aku dah start daripada last year iaitu bulan November 2016. Yelah kan aku dah korek tabung aku bulan tuh so kena lah start balik bulan yang sama. Actually kan seronok tau buat tabungan gini. Kalau lah aku tahu, aku dah start awal daripada awal-awal aku kerja. Tak boleh simpan besar-besar, kita mulakan dengan simpan kecil-kecilan dulu kan. Boleh lah aku beli apa-apa barang yang aku suka untuk reward diri sendiri tanpa ada kekesalan hihihi. Sebab aku memang dah khaskan hasil tabungan nih untuk aku suka-suka dan berjoli beli barang yang aku suka. Don't worry. Aku ada satu tabungan bulanan yang lain yang memang aku tak sentuh pun tabungan tuh kecuali betul-betul susah dan nilai tabungan lagi tinggi daripada tabungan suka-suka ni. Aku jugak ada satu tabungan untuk menampung ...