Posts

Budak-budak sekarang.

Image
bila merajuk Over budak nih tau! Takleh ajak dia g PC Fair abih dia mintak nak laptop. Amboii budak-budak sekarang dah pandai nak mintak-mintak. Dah ada iPad & Galaxy Tab pun tak puas lagi. Next year dah Darjah 1 jgn harap lah dpt main benda tuh semua lagi mcm skrg ya dik. Zaman dulu takde benda-benda tuh. Budak-budak semua main kat luar. Takdenya ngadap laptop main game or ngadap tv main xbox ke playstation ke. Kitaorg dulu main kat luar. Lari2, panjat pokok, main basikal. Rugi rasanya tengok budak-budak sekarang. Sekarang nih kalau kat area taman perumahan aku dah tak nampak budak-budak main kat luar mcam zaman dulu-dulu. Masa kecik-kecik dulu teringat masa kenangan duduk kat Jalan Yahya Awal Johor Bahru. Kenangan kena rotan ngan mak aku. Seingat aku rasanya sekali jer kot aku kena rotan ngan mak aku. Sebab lepas tuh aku tak ingat dah aku kena rotan ngan mak aku. Ceritanya masa tuh umur aku baru 6 tahun, Aku ada simpan duit orang bagi masa raya dalam RM8 gitu. Masa tuh ...

Duit-duit dimana kau duit?

Image
Benda nih kena renew setiap 3 bulan. Bulan Oktober dan November adalah bulan yang paling poket aku sakit sekali setiap tahun. Antara 2 bulan nih ler road tax & insuran kereta mati, season pass parking pun expired plus time nih selalunya memang aku kena servis kereta sekali. Alahaii sakitnya ler poket aku. Nasib baik bawak kereta sedang2 jer so takde lah sakit sgt nak bayar insuran kereta. Yang parking season pass nih memang kena pakai sebab dah fed up asyik kena saman jer sebab parking kupon tak cukup or salah timing. So 5 tahun yang lepas aku amik keputusan pakai jer season pass. Renew every 3 months for RM225.00. Zon B nih boleh guna di MBJB, MPJBT, Majlis Perbandaran Kluang, Majlis Daerah Simpang Renggam, Majlis Daerah Kota Tinggi & Majlis Daerah Mersing. Tak yah susah nak jengok kat tingkap opis tengok kena saman ke tak.

Daging & Ayam Halal di Shanghai

Image
Ini masa pegi Shanghai haritu. Kedai yang membekalkan ayam dan daging halal kat Shanghai nih. Masa kitaorg sampai kedai nih tetiba ramai orang plak. Ekeekekek

Bonanza Sushi King

Image
Hihihi cerita lama. Cerita bulan lepas baru nak cerita sekarang.  Haritu, alah bulan lepas Sushi King buat Bonanza RM3 Sushi King. So aku tak lepaskan peluang ler pegi makan, makanan fav. aku nih.  Ini ler timenya nak makan sushi kat Sushi King yang harganya semua sama RM3.00. Date ngan x opismate. Ini adalah kali kedua aku pegi time Sushi King Bonanza RM3.00 nih. Masa nih ler leh makan puas sushi yang mahal-mahal tuh sebab semuanya harga RM3.00. Sushi King pilihan aku adalah di City Square Johor Bahru. Sedap! fav. aku nih Glup! Yang ni makan sampai 3 pinggan terus naik muak haha Masa Sushi King Bonanza RM3 nih hanya pemegang kad ahli sushi king sahaja dibenarkan masuk. Dan setiap pemegang kad boleh membawa 4 orang kawan bersama (tak silap aku ler). Haritu aku kena RM66 termasuk minuman dan servis tax. Aku pegi time balik kerja n masa tuh tak berapa ramai tapi bila nak keluar jer berderet-deret orang beratur nak masuk. So apa lagi pada ...

Makan Lagi!

Image
Kalau dah nampak pinggan nih tau ler kat mana Haritu gi Seoul Garden lepas dah lama tak gi. Memang fav pegi tempat makan nih. Setakat nih kalau restoran baka-bakar ala korea nih Seoul Garden lah terbaik. Especially yang bakar-bakar. Banyak pilihan. Daging pun lembut n di marinate dengan baik sekali. Macam beef bulgolgi tuh fuhh sedapnya. Bukan rasa kosong daging or ayam2 tuh. Kalau g sini yang rebus2 tuh memang tak ambik. Kalau ambik pun telur jer wat telur stgh masak. Memang makan yang bakar-bakar ler. Selalu amik sepinggan mcm nih kongsi ngan akak aku. Pastu top-up lagi satu pinggan n last sekali top-up  setengah pinggan.  Kali ni mak aku join. Bukan senang nak ajak dia join hehe Amik 3 meja budak nih dah kekenyangan Kalau gi sini kena pastikan tengah lapar. Jangan kenyang. Nanti membazir jer pegi sebab makan tak setimpal ngan bayaran. Kalau kat JB nih ada dua outlets iaitu kat KSL City dan City Square. Kedua-dua outlets kat sini adalah HALAL Certified...

Alhamdulilah...

Image
Terkejut harini bukak akaun nuffnang. Ada 11 On Going CPUV kat blog aku yang tak seberapa nih. Tapi ada yg berdouble or triple. Tak paham bab yang ini. Maybe kalau double or triple tuh ikut iklan kat ruangan mana kot? Apa-apa pun terima kasih Nuffnang bagi 5 CPUV baru hari ni.

Bila musim durian lagi ek?

Image
Aku merinduimuuu Tengok belek2 album handphone aku jumpa plak gambar serawa durian yg aku makan ngan roti bakar. Haishh terus kecur tengok gambar nih. Haritu lalu kat Jalan Pontian nih dok tengok kiri-kanan tengok durian berbuah tak. Humm takde pun bunga pun idak. Lalu pagoh masa on the way ke Batu Pahat pun sama. Alahaiii bila lah musim durian nak kembali ek? Aku suka durian camni. Tengok tekstur durian ni. Menggoda kan? Rasa musim durian yang lepas macam sekejap jer. Yelah bertembung ngan bulan puasa so memang tak pandang ler durian. Ingatkan lepas raya ada lagi durian tapi yang durian yg sedap2 dah takde. So kenala tunggu next season yer. bertabahlah ya!