Resepi - Laksa Johor

maaf kualiti gambar yg boleh menyakitkan mata anda!

Nih adalah post pertama aku utk bulan Februari. Bukan aku malas tapi aku xsempat nak bukak blog langsung. Faktor utama kebizian aku adalah disebabkan oleh CITYVILLE. Amaran! Game facebook ini amatlah melekakan! kalau sesiapa yang belum pernah mencuba takyah lah cuba kerana ditakuti anda akan menjadi seperti saya! mandi xbasah, tido tak lena makan x lalu. Semuanya ada ler. Tapi tak tau ler org lain sbb aku mmg suka main game heeee.

Harini aku nak kongsi satu makanan fav. aku iaitu tadaaaaaa LAKSA JOHOR. kalau Laksa Johor aku tak suka beli kat kedai sebab rasanya tak menepati ciri2 sebenar laksa. Belum pernah aku makan Laksa Johor kat kedai makan or restoran yang sedap mcm yang homemade. Maksud homemade aku xkira lah rumah orang or rumah aku asalkan bukan beli punya. n aku leh gerenti resepi yang aku bagi nih mmg sedap! Selamat mencuba!

Laksa Johor
Bahan untuk kuah

1. Seekor ikan tenggiri/parang – rebus, asingkan isi dari tulang, kisar dgn air rebusan
2. Dua ekor ikan kembung – rebus, asingkan isi dari tulang, kisar dengan air rebusan (kalau takde ikan tenggiri/parang guna ikan keembung jer pun boleh- kalau yg sederhana besar dalam 10-12 ekor)
3. Segenggam udang hidup – rebus dan kisar dengan air rebusan
4. segenggam udang kering – rebus dan kisar dengan air rebusan
5. Ikan kurau kering (sebesar tapak tangan) – rebus dan kisar
(bahan 1 & 2 boleh buat sekali. Bahan 3, 4, 5 boleh sekali. Air rebusan jgn buang. Guna air cukup2 je)
6. Sebiji bawang besar – kisar
7. 3 biji bawang putih – kisar
8. Dua peket kecil perencah kari ikan – campur dgn air supaya jadi pes
9. Asam jawa – segenggam – bancuh dgn air rebusan ikan10 cili kering (rebus dan kisar) atau dua sudu cili boh (kalau tak suka pedas jgn guna langsung)
10. Santan (sebiji kelapa) boleh guna santan segera
11. Kerisik (tiga/empat sudu makan/dari 1 biji kelapa)
12. Gula, garam
13. Minyak utk tumis
14. 2 serai dititik

Cara-caranya
Masukkan cili boh, pes kari, bawang yg dikisar, goreng sampai terbit minyak
Masukkan kerisik dan gaul rata
Masukkan isi ikan, udang, ikan kering, udang kering
Masukkan air asam jawa
Bila agak mendidih masukkan santan adjust airnya
Biar mendidih
Gula garam secukup rasa
Biarkan mendidih dan boleh rasa, kalau kurang rasa masam boleh masuk 1-2 keping asam gelugor

Cadangan hidangan
Satu peket spaghetti, rebus – jgn guna laksa beras
Sebiji timun – hiris bulat dan mayang haluus (macam batang mancis pun boleh)
Taugeh – basuh
Daun selasih – basuh dan mayang
Dauk kesum – basuh dan mayang
Limau kasturi – belah dua
Sambal – (10/15 cili merah dan 10 biji bawang merah di blend halus, belacan bakar anggaran 1 inci diameter+gula+garam secukup rasa)

Proses penyediaan untuk di makan
Masukkan spaghetti dalam pinggan, masukkan timun dan ulam-ulam lain tuang sesenduk kuah, bubuh sambal belacan dan perahkan limau. Makan dengan tangan adalah cara orang negeri johor makan. hehehe

Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih