Selamat Hari Raya!

camat ayie aya cemua. uat pakcik n makcik 
caya angan upe agi caya uit anyak2 kat aya tau! - 
pesanan ikhlas dari muhammad ayip 
(actually pesanan daripada mak kepada
mat ayip nih hahaha)

amacam? da siap semer persiapan raya? time2 mcm nih mesti ramai yg dah balik kg kan? aku mcm biasa lah tak balik kg sbb aku mmg ada kat 'kg' pun n tunggu org balik kg jer lah. raya taun nih aku sambut dgn serba sederhana. baju raya takde, pakai langsir singkat (pakai langsir rumah lain yg sliding door tak sama panjang), kueh raya mmg satu apa pun tak buat tunjuk2 je (walaupun berkobar2 nak try kuih buah rotan). so secara tak langsung bajet raya aku tahun nih amatlah rendah (ye ke rendah bukan ko borong kueh raya sampai rm400.00 ke?). maybe sbb umur aku da semakin meningkat n keghairahan nak sambut raya tuh dah kureng kot. n yang paling best sekali aku akan beraya ngan kasut yg dah koyak rabak hahahah (tak senonoh kan aku?). 

bila tgk org balik kg nak raya mcm best jer kan? terigt masa belajar dulu. bila time raya pastu nak balik kg perghh best betul. feeling lain sikit. skrg aku nih hari2 balik kg (kg betul umah ko yer?) kalau dulu aku duduk area kg (kg setinggan) so bila time raya mmg feeling sgt best yelah mcm kat kg suasana tuh mmg sgt meriah. time budak2 dulu siap lumba2 ngan kengkawan aku kumpul mercun n bunga api dalam bekas kotak besi coklat van houten (tul ke aku eja). tapi seigt aku takde main mercun bola yg skrg nih jadi punca utama budak2 ilang jari. yg aku suka main mercun roket yg ada satu tuh leh bergegar bila meletup. n aku takleh lupa aku campak bunga api kat pokok pisang sampai terbakar. hahah seb baik tak jadi tragedi di aidilfitri.

pastu bila time malam raya jer semua bz masak n kemas rumah. arwah bapak aku plak bukak kedai runcit. kalau nak raya mmg bz memarut kelapa jer (teringat memori terparut tangan sendiri huhu) ada sekali tuh pengumuman raya tuh tak sama dgn kalendar apa lagi mmg kelam kabut ler malam tuh. siap bukak kedai sampai kul 12 malam layan org nak beli kelapa. yang mak n akak2 aku plak bz kat dapur. aku? dpn tv ler sbb time tuh bebudak lagi hehhe. tapi semer tuh tinggal kenangan jer. bila bapak aku meninggal, mak aku tak brp larat nak bukak kedai. so kekadang bukak n tak bukak. n barang pun makin kurang sbb takde sapa yg nak pegi belanja utk kedai. bila aku abis belajar baru completely mak aku tutup pintu kedai tuh buat selama2nya.

tapi kemuncak semer tuh bila aku n family aku telah dihalau dari tanah yg kitaorg duduk tuh maka tercampak lah aku kat sini yg jiran2 ada yg tak sambut raya n kalau ada yg sambut tuh dah tentu diaorg balik kg masing2 nak sambut raya yelah kawasan perumahan baru so byk family yg muda2 lagi. suasana raya tuh kureng ler sikit nak wat camner kan? terima jer lah hakikat. seb baik family aku besar so mmg meriah lah jugak kan. tak kisah lah kat mana2 kita sambut raya as long as sambutan tuh dgn family mmg sgt bermakna buat aku. tull tak?

oklah benti merepek dulu. apa2 pun aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN MAAF ZAHIR N BATIN pada semua yg kengkawan yg kenal or tak kenal, pada sesiapa yg baca blog aku nih, pada sesiapa yg aku pernah buat kecik ati ke apa2 ke, pada x boipren2 aku ke n sesapa lah jika aku ada terkasar bahasa ke, ayat2 blog aku nih menyinggung mana pihak ke or apa2 jelah kesalahan aku buat, aku pohon ampun dah maaf yer. sama2 lah kita berdoa semoga kita dapat berjumpa bulan Ramadan tahun hadapan. amin. Assalamualaikum!

lagu fav. raya aku walaupun tak merasa beraya didesa tapi jumaat lepas dpt lah 'feeling' mcm balik kg sbb aku tersangkut dlm jammed hampir 2 jam hari jumaat haritu

Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih