Cerita seminggu

Lama gak aku tak merepek kat blog nih ek. Sejak akhir2 nih mcm malas betul lah. balik rumah jer dah penat. pastu bila bukak laptop plak mcm prob. sikit. bila bukak facebook mula lah dia meragam. couldn't find lah. kena restart laptop baru boleh. dah mcm2 aku buat mcm clear cache pun tak jalan gak. merajuk kot laptop aku sbb aku skrg asik guna yg satu lagi tuh jer.

Seminggu nih mcm2 berita yg aku dgr. terkejut, marah, malu, terkesima, tergamam huh semuanya ada lah. tak sangka betul lah aku. semoga mereka yang terlibat itu bersabar saje lah yer. aku pun tak tau nak ckp apa. nak cerita kat sini terlalu sulit lah plak. aku pun ada masalah aku sendiri. isnin lepas g check-up ngan pakar kat HSA. dah lah terbgn lambat. pastu bila sampai nombor aku tak panggil2 lagi. nombor yg lepas2 aku da dipanggil dulu. Alhamdulilah. walaupun dah tension mcm tuh. blood pressure aku tak naik. turun sikit. setakat nih takde yg buruk utk result liver n spleen aku tuh. cuma yang merisaukan aku skrg nih hidung aku nih kerap sgt berdarah. hampir setiap hari. kadang2 mengalir ngan hingus aku n kadang2 darah tuh beku sendiri kat dalam hidung aku. so kiranya bila aku bersihkan hidung aku tuh kira ada sisa2 darah beku lah. org ckp panas. tapi tapi kalau dah hari2 tuh risau gak lah. aku dah lah ada resdung. so aku pun mengadu ngan pakar yg aku jumpa tu. apa lagi dengan sonangnya terus dia refer aku kat pakar ENT. adoiii rasa nyosal ckp ada gak. tapi tak baik kan. aku nak tau gak apa punca hidung aku berdarah jer. tgk lah camner kalau tak berdarah lagi aku maybe tak g kot. sbb minggu tuh mak aku kena g check-up gak kat tempat yg sama tapi dia gi jumpa pakar nefrologi. oleh kerana aku punya condition sudah semakin elok. so aku dapat date yg jauh2 sikit lah. lagi 6 bulan baru aku datang melawat doktor2 pakar nih hehehe.

roasted chicken
Smlm hari sabtu mcm biasa ada masak2. so pada adik beradik aku yg ada baca blog nih sila lah datang pada hari sabtu yer. cos selalunya adalah aku n akak aku ada masak2 sikit. time nih lah nak testing2 resepi baru sbb ramai tester masa nih. ekekekek. actually hari jumaat haritu tadika anak saudara aku ada majlis tahlil (bagus tadika nih. latih budak2 bertahlil) so akak aku pun sumbangkan lah 4 ekor roasted chicken yg kitaorg selalu buat tuh. masa akak aku bakar dalam oven tuh. baunya mmg semerbak rasa mcm nak jadi hantu jer g amik ayam tuh ratah hahaha. tuh yg smlm aku pun plan nak bakar ayam gak sbb aku n mak aku dah terliur hari sebelumnya. akak aku pun plan nak try nasi arab ala2 mcm nasi mendy. n aku plak rasa mcm nak makan baked potato so aku pun pegi kedai beli apa yg patut. 3 ekor ayam aku bakar smlm ngan 2kg kentang. kebetulan smlm tong sampah kurus balik. cuti seminggu sempena hari gawai. hah mmg dah rezeki dia lah yer. so apa lagi enjoy gambo2 kat bawah nih. out dulu!

nasi mendy yg tak berapa nak mendy
baked potato with cheese

Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih