Alamak! camner leh lepas nih

Aku still tak boleh tidur. masih terigt2 peristiwa pagi tadi. ok aku ngaku actually aku mmg dah tidur tadi tapi depan tv. skrg nih tak boleh tidur plak. n masih terigt2 benda pagi tadi., nervous pun ada. kelakar pun ada. nak tergelak pun ada nih hah. rasa mcm tak caya jer. serius tak caya.

ramainya org kat mana aku nih?
cer teka aku kat mana? hahaha actually smlm pagi2 buta lagi aku dah membelah keheningan pagi menjemput akak aku yg berada kira2 15km dari rumah aku untuk sama2 pergi ke tempat nih. cam lawa kan hotel nih? kalau tgk astro ada ujibakat apa2 kadang2 guna hotel nih. nih lah The Zone Regency Hotel. ujibakat zon selatan untuk.....

tadaaaaa
Masa tgk season yg lepas mcm geram jer kan. so aku mmg dah plan ngan akak aku kalau ada 2nd season kita mesti pergi utk audition. so masa raya haritu ada plak kuar iklan audition money drop nih. plak tuh ada buat audition kat JB so kira senang lah kan. plan punya plan masa last week tetiba aku rasa mcm takmo plak join. gara2 tahap ke'nervous'an yg melampau. dalam2 nervous tuh still gi kedai gambar amik gambar mahal nak mampus tapi tak guna sbb ko amik gambar aku tak lawa! curse kedai gambar itu! RM30 tuh! akak aku pegi kedai lain RM12 je cetttttt! last2 gambar yg di'print' dari printer canon jugak yg aku pakai. foc lagi tuh. Bila pikir2 balik. baik aku pegi. sbb aku takmo perasaan menyesal tuh dtg bila aku tgk game show nih kat tv.  nanti akak2 aku ejek2 aku ckp "tuhlah harituh audition takmo pegi". atleast skrg nih aku da g kalau tak dpt bila tgk game show nih leh lah ckp "aku da cuba nak wat camner takde rezeki". utk ilangkan nervous aku hari jumaat haritu kebetulan bos besar takde. so aku buat gila2 lah kat opis. siap joget gangnam 'larkin' style lagi hahahaah. sajer nak amik mood pegi audition.

picture taken from tmpt 'quarantine'
Nak jadi cerita pukul 7 pagi aku da kuar umah g amik akak aku n kitaorg terus menuju ke the zon nih yg nun terletak kat stulang laut tuh. mula2 rasa mcm awal sgt pegi. baru pukul 8 n audition start pukul 9. ada org ke or kitaorg jer yg bersemangat. sekali bila masuk hah ko! dah panjang beratur. tapi barisan tuh jadi pendek sbb ramai org tak dpt info pasal kena bawak gambar n salinan ic tuh. oleh kerana aku dah buat kajian mlm sebelum gi tuh so aku dapat lah info yg borang boleh download. so kitaorg dah siap2 tulis borang so kiranya takdelah kelam kabut sgt. kitaorg dpt dalam group yg pertama utk audition hari tuh. suka ngan cara diaorg kendalikan audition nih. sgt teratur. first group nih terus dibawa ke bilik ujian bertulis. tapi pasangan tak boleh duduk ngan pasangan masing2 kena duduk ngan org lain. biasalah bagi mengelakkan meniru kan. ujian tuh ada 20 soalan n pilihan jawapan a-d n kena jawap dalam 10 minit. tapi belum 5 minit aku da habis buat hihihi. soalan dia mmg sgt pengetahuan am. kalau kita kurang membaca mmg payah ler nak menjawab. lepas 10 minit kertas pun dikutip n kitaorg dibawa ke bilik menunggu semula utk tunggu keputusan. masa tuh aku mmg relax je tak rasa apa2 pun. sbb aku n akak aku tak berharap sgt lah. masuk cuma suka2 jer nak tau camnerlah audition nih. dalam 10 minit gitu datanglah org bagi keputusan. nombor kitaorg plak yg terakhir di umumkan. couple lain yg dpt siap bersorak suka yg kelakarnya aku ngan akak aku boleh plak tepuk dahi ckp "alamak kenapa boleh lepas nih??" kuat plak tuh hahahaha. sampai petugas tuh melawak ckp takdelah yg dia panggil tuh sbnrnya tak dpt hahaha.

amacam gaya kitaorg hahaha
group aku ada 4 couple yg dpt. group yg 2nd plak cuma satu couple je. sapa yg dpt kena mengharungi 2nd stage plak. iaitu ujibakat. dipendekkan cerita tunggu punya tunggu giiliran kitaorg pun sampai. so kitaorg tunjukkanlah 'keceriaan' aku n akak aku. kelakar mcm sepastik jer. semua tuh spontan je. mmg tak rancang apa2. nasib baik sebelum masuk tuh petugas2 kat situ bagi tips camner nak mengharungi pusingan ujibakat nih. sebelum tuh kitaorg tanya lah berapa markah ujian bertulis yg dapat. diorg ckp sorg dapat 14 n sorg lagi dapat 16. sapa lah yg dpt 4 salah tuh ek hihihihi. so skrg nih kitaorg menunggu lah phone call dari pihak diorg. kalau dpt alhamdulilah rezeki. kalau tak dpt kiranya bukan rezeki lah kan. atleast aku dah mencuba takde lah bengang sgt bila tgk game show tuh nanti. 

tips aku utk siapa2 yg nak pegi audition. pastikan gambar berukuran 4R n salinan IC dibawa. n kalau nak elakkan kelam kabut siap2 print borang dari website money drop. link boleh dpt kat FB official money drop. pastu kalau boleh pengetahuan am kena tip top. n bila dpt masuk saringan ke 2 tuh takyah tunjuk pandai bagi jawapan yg betul sbb dia nak tgk cara kita communicate ngan pasangan kita n ngan pengacara. tuh sajer utk tips yg boleh kasitau. ramalan soalan tak ado ya. tak guna sbb mesti dia guna set2 soalan yg berbeza. yelah kan takkan nak bagi set soalan yg sama kan.

adiosss nak gi main game pencuri kat ipad hikhikhik

Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih