Posts

Showing posts from June, 2014

Salam rindu dari kejauhan....

Image
bersihkan kubur arwah tok yg dia tak pernah jumpa. Tahun nih genap 16 tahun arwah tinggalkan kami. Tapi setiap saat dan waktu terasa seperti baru semalam berlaku. Bila tiba bulan Ramadhan nih lagi lah terasa kehilangannya. Masa segar lagi ingatan kami kenangan dengan arwah di bulan ramadhan. Bunyi lampu dipam, bau minyak tanah, semua masih segar dalam ingatan. Selalu lepas sahur, arwah mesti panggil sorg2 anaknya untuk ajar niat puasa, walaupun anak-anaknya sudah menghafal. Sedih bila ingat kembali. Tapi nak buat camner. Mati itu pasti. Setiap yang hidup pasti mati. Last week cuti mengejut JDT menang Liga Super, aku ajak mak n akak aku gi kubur arwah ayah aku. Tetiba Mat Ayip nak ikut. Mak dia plak tak ikut ada sukan kat sekolah. Arwah babah Mat Ayip pun dikebumikan kat tanah perkuburan yang sama. Tapi kat dekat2 area Makam Sultan-Sultan Johor. Dah lama actually tak ziarah kubur arwah ayah aku. Selalu tunggu aku cuti Jumaat jer. Apa punya anak lah aku kan. T...

Ramadhan datang lagi!

Image
Selamat menyambut Ramadhan 1435 Hijrah Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna untuk kita semua dan memberi seribu manfaat yang lebih baik daripada tahun sebelumnya.

Ketam OKU

Image
Kesian ketam nih. Sepit dia a.k.a kaki dia tak keluar. Masih dalam sarung lagi or ketam nih kalau dah putus kaki boleh tumbuh balik? Hmmmm

Alhamdulilah

Image
Ini lah yang dikatakan kalau dah rezeki tak kemana (eh ada ke perumpamaan cam tuh?) Terima kasih Nuffnang, akhirnya terpandang juga blog aku yang tak seberapa nih. Blog aku paling susah nak lekat CPUV nih. Last sekali dapat bulan November 2013 tuh. Lepas tuh memang tak lekat2 pun sampai lah bulan Jun haritu sekali lekat 8 kot. Yang satu dah credited. Mintak2 lah lekat lagi ek Nuffnang. Terima kasih sekali lagi. Heeeeee P/s: Bulan puasa nih mesti view blog aku naik. Sebab org cari resepi nak memasak. Ini nak kena tambah entry resepi nih huhuhu.

Makan-Makan: Manhattan Fish Market

Image
Cerita lama nih. First time makan sini. Itupun sebab beli kupon kat Groupon. Sekarang nih dok ushar Groupon jer nih. Tapi kupon2 makan ler aku beli. Yang barang tuh lom ada hati nak beli. Takut tak sampai. First kupon yang aku beli tuh set Giant Fried Platter berharga RM49.90. Harga sebenar RM111.01 aku beli ni Aglio Olio - scallop & prawn  fried chicken Giant Platter lagi seafood aglio olio Percaya tak aku melantak semua nih? Hahahahaha (gelak gergasi) Actually aku beli 2 kali sebab ada 2 kali Groupon keluar kupon MFM nih. Sekali sebelum aku g Shanghai. Platter atas sekali ngan pasta Aglio Olio scallop & prawn. Siap tapau sekali sebab aku datang berdua ngan akak aku jer. So tak abis. Kali kedua bila buat promo lagi aku beli ler kupon tuh. Kali nih ramai yang join. So licin sampai tak cukup n order set lain hihihihi. Tapi bila bayar yg side order tuh guna kad kredit sebab boleh dapat off 10% kot tak silap aku. (10% banya...

Takut-takut

Image
Bila orang meminta bantuan daripada kita, Kita sedaya upaya bantu setakat mana yang mampu. Bantuan itu bukan setakat dalam bentuk wang ringgit. Menolong menghantar sms juga satu bentuk pertolongan atau bantuan. Senang cerita menolong or memberi bantuan itu besar ruang lingkupnya. Bila kita dapat panggilan telefon atau sms yang tidak berjawab,  kelam kabut kita telefon semula pemanggil tersebut. Takut-takut ada perkara penting dan kecemasan daripada mereka atau takut-takut mereka kecil hati tidak menjawab panggilan atau sms mereka. Tak kiralah mereka itu saudara atau pun kawan-kawan. Takut-takut itulah yang sering menghantui kehidupan manusia yang takut-takut. Malah takut kecil hati dan tak nak bermasam muka lah sanggup berpatah balik walaupun dah menempuh separuh perjalanan menuju ke destinasi yang dituju. Tapi bagaimana pula perasaan anda apabila tiba masa anda meminta pertolongan. Cuba menelefon. Tidak berangkat. Cuba sms. Tidak berjawab Tidak mengap...

Sedihnyaaa

Image
Laptop kesayangan dah rosak. On jer nanti terus off balik. Memacam dah buat tapi tak leh jadi apa pun. Mesti problem kat motherboard kot. Haishhh terbang lah duit. Ingat nak beli baru jer (terbang duit gak) Tapi camner pun kena antar kedai gak sebab ada banyak benda berharga dalam tuh. Gambar ada beribu2 dalam tuh. Tuh yg paling sedih. Kenangan tuh, tak sempat nak backup semua kat dalam external drive or thumb drive ke or cd ke Sedihhhhhh. Apa2 pun kena hantar kedai mintak tolong backup apa yang patut kan? Nasib baik ada laptop backup. Huhuhu boleh gak buat taip2 blog nih. Aku tak reti tulih blog guna iphone or ipad. Laptop gak senang Laptop Acer S7 boleh dibuka sampai 180 darjah. Ringan & Nipis. Touch screen lagi. Akak aku yang punya. Beli jer tapi tak guna. Dok terperap dalam bag laptop tuh. Dia lagi suka guna laptop lama dia. Dari tak guna berhabuk dalam beg lebih baik aku yg guna kan? Sekurang-kurangnya panas sikit hehehe. Sekarang nih dia n...

General Knowledge

Bila lah aku nak post cerita aku gi Shanghai haritu ek. Dari nak masuk musim bunga sampailah dah musim panas aku tak tulis2 lagi. Alahaiiii malas betul. Actually aku nak tulis pasal budak2 sekarang. Betapa ceteknya pengetahuan am segelintir anak remaja kita. Tapi kalau bab dunia hiburan pandai plak. Tapi pengetahuan am.. FAIL. Kebetulan kat opis aku ada budak baru masuk. Dah 2 tahun tinggalkan sekolah. Pengetahuan am dia bebetul2 fail. Nak cakap tak sekolah tapi dia gi sekolah. Kekadang perkara umum yang bebetul memang semua orang tahu dia tak tahu. Hinggakan sekolah2 famous kat JB nih pun tak tau. Yang tuh aku mmg pelik sgt lah. Sebab dia mmg org JB. Siap aku tanya bukan orang JB ke? So memacam lah aku tanya soalan2 am kat dia.  Tapi hmmm tak tau.  Bila tanya baca suratkhabar tak? Jawapnya tak. Patutlah. Aku dulu arwah ayah aku kecik2 dah ajar baca suratkhabar. Seingat aku lah dari aku pandai baca memang aku suka baca suratkhabar. ...

Ola Bola!

Image
World Cup datang lagi! Abih lah kalau world cup mmg tak hapdet ler blog aku nih. (apakah? ada kena mengena ke?) Yelah dah tentu ler.  Time kerja aku mmg tak pernah hapdet blog. (aku paranoid takut bos aku jumpa blog aku tgk post time opis hour) Aku hapdet blog cuma waktu malam jer, lepas balik kerja. (org bujang lah katakan) Malam yang ada pun suntuk sebab banyak abis masa buat Photobook. Pastu ada bola nih dah tentu nak tidur awal kan sebab nak cover waktu tidur yg ilang. Hihihihi Or actually aku boleh buat banyak stok autopublish kan. Sesambil tengo bola tuh leh lah tuilh barrang dua tiga post stok ke. Dulu zaman bencinta ada gak org teman dalam telefon. Dia tengok tv dia. Aku tengok tv aku. (masa World Cup kat German. Semua tinggal kenangan) Lepas tuh masa kat Afrika Selatan tengok sorang-sorang. (nasib orang bujang.) Org lain mana minat tgk bola. Anak saudara aku yg ada skrg nih pun main game jer 24 jam. Tak layan bola2 nih. Nasib ...

Punca aku tak mengupdate blog

Image
Aku skrg dok sibuk tengah buat Photobook nih. Sebab tuh tak sempat nak update blog.  Sempat baca blog orang jer pastu ngadap laptop buat photobook. Sebab Nuffnang bagi 2 CPUV tuh yang berkobar2 nak update blog. (wakakakaka) Haritu kat Groupon tgh sale kan RM10 yg 6x6 tuh. So apa lagi aku sambar lah 4. Pastu aku beli yang saiz besar sikit yg RM52 and RM64 tuh.  Semua sekali 6 Photobook voucher aku beli Gambar banyak kan kalau simpan dalam komputer pastu rosak n ilang boleh nangis ooo. Ini pun dah nangis sebab laptop aku rosak. Beribu gambar ada dalam tuh. Tak sempat lagi nak g kedai mintak tolong backupkan apa yang boleh. Balik semula ke Photobook nih, aku amik gambar yg sempat aku backup kat external drive. Gambar kat atas tuh photobook pertama yang siap. Photobook khas utk Mat Ayip. Yg 2nd pun dah sampai, kenangan masa g Umrah n Ziarah Istanbul. Yang ke 3 nih on the way, tgh buat hehehehehe Oklahh chowww dulu nak tgk Ceria Popstar hahaha ...

Mood malas sudah mari

Image
Perghh lama tak menulis. Tetiba mood malas tuh sampai kan. Auto post pun dah abis stok. Camner tuh. Tapi dun worry aku still blogwalking ke blog2 yg aku follow. Still bukak blog tapi malas nak menulis. Cuma nak baca jer orang tulis. Nih nak cerita haritu aku tengok Kilauan Emas tertengok ler budak2 Ceria Popstar tuh nyanyi. Tetiba terus terlopong mulut aku tengok budak2 perempuan tuh nyanyi lagi Ziana Zain. Wow meremang bulu roma akak dik. Kalah budak2 akademi fantasia last year yg tah apa2 tuh. Sesapa yang belum tengok boleh tengok kat sini. Nasihat akak nak nyanyi boleh tapi study nomot 1 ye dik.

Wedding Anak Boss

Image
Fried Prawn with Macadamia Nuts tuh memang sedap gilerrrrrr Dah lama dah cerita nih. Bula 3 haritu. Tak sempat nak taip kat sini. Boss aku buat majlis kawin anak dia yang last so jemput lah semua staff yang seciput tuh. Kali nih dia buat kat Pulai Springs Resort, Johor Bahru. Kira senanglah kan sebab dekat ngan umah aku. 10 minit jer jarak dari Pulai Springs nih. Dulu masa anak dia yg sebelum nih dia buat kat Mutiara Hotel JB, jauh tuh. Dewan plak sempit sikit so tetamu terhad. Kali nih hajat boss aku nak buat kat Pulai Springs akhirnya tercapai. banyak selfies jer mlm tuh Kali nih aku sampai lewat. Meja registration pun dah nak tutup. Majlis lak start pukul 7. So aku lepas Maghrib ler pegi. Sampai-sampai jer memang semua org dah masuk n majlis pun dah start. Sebab tuh aku takde gambar pengantin sebab pengantin dah masuk. Aku lambat. Nasib baik aku jumpa client yg bos aku jemput sekali. So boleh lah masuk ngan dia Takdelah malu sgt. Org lambat dtg bila turun ...

Jalan-Jalan Cuti Sekolah

Image
Fuhh penatnya. Baru jer balik dari Shah Alam. Berjaya gak aku bawak kereta 'orang lain' jauh2. Aku ada masalah kalau bawak bukan kereta aku. Kurang konfiden. So Jumaat haritu kena paksa bawak kereta akak aku. Memacam alasan aku bagi, tapi tak berjaya kena drive gak. Siap ckp ngan akak aku yg nanti sampa lmbt cos aku drive slow maybe 80 kmj je Tapi hampeh, pegang stereng jer sampai 140 kmj aku bantai. Tak berani lebih2 sebab terbayang gambar2 kat blog ondescene huhuhu. Lagipun dah umur pertengahan nih darah2 panas tuh dah ilang. Tak mcm zaman2 muda dulu ekekeke. Actually aku sajer jer jalan-jalan g Shah Alam. Cuti sekolah lah katakan pastu nak tgk rumah baru akak aku n nak g ikea cari barang door gift. Opss bukan kenduri aku tapi kenduri anak saudara aku. Jauh giler cari barang door gift kat Ikea kan. Yess akhirnya dpt gak. 500 pcs beli semalam heheh macam orang nak meniaga plak. Sampai orang pun heran nape kitaorang kaut bendalah tuh isi dalam 5 beg plastik kuni...