Salam rindu dari kejauhan....

bersihkan kubur arwah tok yg dia tak pernah jumpa.

Tahun nih genap 16 tahun arwah tinggalkan kami.
Tapi setiap saat dan waktu terasa seperti baru semalam berlaku.
Bila tiba bulan Ramadhan nih lagi lah terasa kehilangannya.
Masa segar lagi ingatan kami kenangan dengan arwah di bulan ramadhan.
Bunyi lampu dipam, bau minyak tanah, semua masih segar dalam ingatan.
Selalu lepas sahur, arwah mesti panggil sorg2 anaknya untuk ajar niat puasa, walaupun anak-anaknya sudah menghafal. Sedih bila ingat kembali. Tapi nak buat camner. Mati itu pasti.
Setiap yang hidup pasti mati.

Last week cuti mengejut JDT menang Liga Super,
aku ajak mak n akak aku gi kubur arwah ayah aku.
Tetiba Mat Ayip nak ikut. Mak dia plak tak ikut ada sukan kat sekolah.
Arwah babah Mat Ayip pun dikebumikan kat tanah perkuburan yang sama.
Tapi kat dekat2 area Makam Sultan-Sultan Johor.

Dah lama actually tak ziarah kubur arwah ayah aku. Selalu tunggu aku cuti Jumaat jer.
Apa punya anak lah aku kan.
Tapi apa-apa pun asal kita jgn lupa dalam doa kita sudahlah ye.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh berdoa untuknya"

Al-Fatihah...

Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih