2016 dah?

Kejap jer dah 2016. Rasanya baru jer awal tahun 2015. Budak masuk sekolah. Hari raya. Musim haji, birthday aku bulan lepas tup tup dah 2016? Tahun ni tambah lagi satu angka dalam umur aku. Tapi hujung tahun nanti ler. Tapi yang paling menakutkan beberapa tahun lagi umur aku dah nak jadi four series! takutnyaaaa. Bersedialah untuk menerima kenyataan ye.

Bagi aku malam new year ni takde apa-apa makna buat aku. Memang dari dulu macam tuh. Takdenya nak celebrate tengok bunga api ke. Selalunya pukul 11 malam aku dah tidur especially kalau time new year eve tu kena weekdays. Sobab apa? Sebab Johor tak amik cuti New Year. Aku kena kerja, bangun pagi so ada baiknya aku tidur dulu lah ye.

Clear jalan balik kerja tadi. Kalau hari-hari macamni kan best.
Tapi this year new year jatuh hari Jumaat kan. Johor plak cuti hujung minggu hari Jumaat, so ramai ler yang bercuti. Sektor swasta yang tak amik cuti Jumaat jer yang kerja hari ni. Pergi kerja jalan clear sebab Singapore pun cuti jugak kan so tak banyak motor. Kat office pun boring jer. Telefon pun tak banyak berdering macam selalu. Sebab orang igt cuti kan so bos aku pun bagi ler balik awal 1 jam lepas bagi duit angpow tahun baru hihihi.

Anyway, harap-harap tahun 2016 baik-baik jer lah dengan aku yer. This year gak kereta aku akhirnya habis bayar. Yehaaa boleh tambah simpanan kat Tabung Haji. Fuhh jenuh menunggu nak habis tau. Tapi ada plak orang-orang keliling aku yang suruh tukar kereta. No, no, no, no ok. Aku nak bebas daripada hutang. Selagi kereta tuh boleh guna, aku guna jer. Lagipun aku servis baikkk kereta tuh. Bukan kat sebarang tempat lak tuh. Kat pusat servis lagi. Walaupun orang kata mahal. Biorlah ye. Aku takde laki. Korang ada laki, kalau kereta breakdown boleh lah laki korang datang. 

Oklah stop membebel. Tahun nih takde resolution ok. Malasss. Sebab takdenya aku dapat capai apa yang aku azamkan tuh. Cuma aku berharap aku dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang berpanjangan. Itu sahaja. Selamat Tahun Baru 2016 koranggg!

Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih