Menabung

Tetiba aku teringat entry The Backup Plan dan The Backup Plan 2.0. Masa zaman tu beria kumpul duit. Ada rezeki lebih sikit jer simpan. Sampai kekadang duit gaji kita tak terusik. 

Tapi time tuh lom ada napsu besar nak berbelanja. Bayar bil TNB pun baru RM40 ++ sebulan. Bill Air (SAJ) lagi ler RM5 jer. Belanja barang dapur pun sebulan baru RM200 ++.

Sekarang ni memang payah ler nak buat backup macam entry aku tahun 2012 tuh. Sana sini barang mahal n naik harga. Nak buat camner kan.

Tapi sekarang aku ni tengah cuba nak buat cam dulu, buat tabungan. Ramai yang share kat Facebook pasal menabung nih. Macam-macam cara orang share.

Ada yang kumpul RM1 setiap hari.
Ada yang kumpul RM5 setiap kali ada dalam purse/dompet buat macam tak wujud simpan dalam tabung.

Aku pun nak cuba juga buat camtu. Sekarang ni aku aku tengah displin kan diri aku untuk wat tabungan camtuh ikut plan aku cam ni:-

RM1.00 - Setiap hari mesti masuk tabung so ujung tahun nanti ada RM366.00 duit RM1.
RM5.00 - Anggap tak wujud dalam purse. Bila ada jer masuk tabung.
RM10.00 - Setiap minggu mesti sumbangkan RM10.00 dalam tabung. 2016 ada 52 minggu so ujung tahun mesti ada RM520.00 minimum.
RM20.00 - Setiap minggu juga, ikut kemampuan minimum 3 kali sebulan. Anggaran ujung tahun mesti ada minimum RM720.00.
RM50.00 - Sekali sebulan paling minimum so anggaran ujung tahun mesti ada RM600.00.
RM100.00 - Sekali sebulan juga paling minimum. Hujung tahun paling mesti ada RM1,200.00.
Duit syiling - mesti tidak lebih RM1 dalam purse pada satu-satu masa. Lebih masuk tabung syiling.

Target aku tahun ni?


Nak beli iPhone 7 yang katanya bakal keluar ujung tahun ni!


Hihihi aku dok pikir sayang nak guna saving yang aku dah tetapkan tiap-tiap bulan kat Tabung Haji & ASB semata-mata nak beli henpon. So why not aku buat tabungan for fun nih. So takde lah terkilan sangat bila tgk buku tabung haji or asb nanti riban-riban ilang beli henpon ni. Or at least kalau tak cukup tabung for fun aku tuh pun nanti, boleh lah top up sikit daripada tabungan tetap aku tuh kan.

Lagi satu mana tau kalau aku terlebih rajin menabung kat tabungan for fun nih n ada lebihan boleh lah aku dok kat Legoland Hotel barang sehari dua ke? hihihihi

Apa-apa pun GOOD LUCK untuk aku!

Nak dok bilik ni!
Pic Credit to Legoland Malaysia

Comments

  1. Zara now latih diri 'alergic' dgn duit kuning Rm 20. Bile dapat aje terus sorokkan and bile sampai je rumah terus masukkan dalam tabung. Bile nampa je duit RM20, mesti menjerit cm orang hsiteria. hahaha.. da amalkan dekat 3 months and managed to save nearly 3k.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow banyak jugak tuh dlm 3 months dekat 3k. i actually ikut cara satu bro ni dia share kat facebook. Duit tabung untuk reward diri sendiri. Kekadang kita ni macam sayang nak guna saving tetap tuh kan cos itu untuk future. itu yg buat saving camni konon nak reward diri sendiri hujung tahun nanti hehehe

      Delete
    2. good luck babe, semoga dapat membeli Iphone7 u.. hehehe =)

      Delete
  2. i nak tiru method u boleh? if u dont mind. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh, sila2x. i dont mind hehehe meh ler kita menabung cara begini.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih