Posts

Showing posts from December, 2018

Rindu

Image
Rindu. Siapa tak rindu. Haritu masa ada problem kat office rasa sedih sangat. Selalunya lepas balik rumah mesti aku cerita kat mak. Lepas tuh keesokan harinya bila nak pergi kerja lepas salam dia aku mintak dia doakan semoga hari aku dipermudahkan. Aku dah hilang doa itu. Bila ada problem haritu memang sedih sangat sebab aku baru realize yang dah tiada siapa nak doakan aku. Suami tiada anak pun tiada. Sedihh. Kubur arwah mak Disember 2017 Pergi kubur arwah mak tengok pokok bunga ni dah naik tinggi. Nak kena trim pokok ni. Batu nesan pun dah tak nampak. Tempat yang paling suka aku pergi kubur arwah mak. Rasa macam jumpa dia je kalau pergi sini. Rindu yang paling sakit adalah rindu yang tiada berpenghujung. Sakitnya tuh macam duduk kat celah-celah hati kita tak mau keluar. Aku sekarang kalau dengan lagu-lagu yang irama tahun 80-an or 90-an confirm meleleh air mata. Sebab time tu teringat kenangan masa mak n ayah aku ada lagi n adik beradik aku ada 8 orang. Sekarang tinggal kam...

Ikea Tebrau, Johor Bahru

Image
Dah setahun Ikea Tebrau bukak. Baru sekarang aku nak update kat blog. Aku kan dah lama tak post apa-apa kat blog nih kan. Gambar kat handphone dah beribu-ribu n aku pun rindu nak berblog. Walaupun takde orang baca blog aku nih. Ayip n meatballs Dulu sebelum Ikea Tebrau belum bukak, kalau pegi KL mesti nak pegi Ikea. Tapi jarang-jarang dapat peluang makan sebab tak sanggup nak tunggu tempat kosong. Selalu beli karipap kat kafe jer. Ikea Mutiara Damansara kan selalu ramai orang jer so memang tak sanggup nak menunggu kat sana. Meatballs Aku pergi masa hari ketiga Ikea bukak. Rama gila orang. Nak makan pun beratur panjang. Tapi nasib baik dapat meja kosong. Tapi itu masa mula-mula bukak. Biasa lah kan. Orang kan tak menyabo macam Ikea tuh bukak seminggu jer. Sekarang ni kalau pegi memang mudah ler. Aku selalu pergi hari sabtu pukul 11 pagi. Memang nyamannn sangat sebab orang tak ramai. Kerusi meja pun banyak yang kosong. Fav aku ni. Tapi skrg nih takde ganti ngan lamb sh...

Mati itu pasti

Image
Semoga tenang disana Kejap jer dah 6 bulan arwah abang aku pergi meninggalkan kami sekeluarga. Rasa macam tak percaya jer dia dah takde. Sedih rasanya masih terbayang-bayang wajah dia masa aku n dia sama-sama mengadap saat-saat akhir arwah mak. Sekarang dia dah ikut mak pergi. Abang aku memang sakit diabetes n sampai penglihatan dia kurang jelas. Awal tahun ni dia masuk hospital n dia mula tukar rutin permakanan dia kepada makan yang sihat sahaja. Dua hari sebelum dia meninggal, dia ada appointment pakar mata kat Hospital Pusrawi. Masa tuh abang aku batuk yang dah beberapa minggu tak baik. Doktor kat pusrawi pun tengok abg aku mcam susah nak bernafas dan tak beri abang aku balik. Tapi abang aku tak mahu admit n nak  balik JB jugak hari tuh. Doktor kat Pusrawi beri ubat dan inhaler n pesan bila sampai JB terus pergi hospital. Sampai JB abang aku tak pergi hospital. Sampailah hari ahad 10/6/2018 aku dapat panggilan telefon daripada anak saudara aku. Masa tuh aku ...