Mati itu pasti

Semoga tenang disana

Kejap jer dah 6 bulan arwah abang aku pergi meninggalkan kami sekeluarga. Rasa macam tak percaya jer dia dah takde. Sedih rasanya masih terbayang-bayang wajah dia masa aku n dia sama-sama mengadap saat-saat akhir arwah mak. Sekarang dia dah ikut mak pergi.

Abang aku memang sakit diabetes n sampai penglihatan dia kurang jelas. Awal tahun ni dia masuk hospital n dia mula tukar rutin permakanan dia kepada makan yang sihat sahaja.

Dua hari sebelum dia meninggal, dia ada appointment pakar mata kat Hospital Pusrawi. Masa tuh abang aku batuk yang dah beberapa minggu tak baik. Doktor kat pusrawi pun tengok abg aku mcam susah nak bernafas dan tak beri abang aku balik. Tapi abang aku tak mahu admit n nak  balik JB jugak hari tuh. Doktor kat Pusrawi beri ubat dan inhaler n pesan bila sampai JB terus pergi hospital.

Sampai JB abang aku tak pergi hospital. Sampailah hari ahad 10/6/2018 aku dapat panggilan telefon daripada anak saudara aku. Masa tuh aku baru lepas sahur. Anak saudara aku bagitahu yang dia sekarang kat wad emergency PSH, ayah dia tiba-tiba badan terlalu lemah dan tak boleh bernafas. Kelam kabut akak ipar aku bawak pergi hospital n bawak semua anak-anak dia. Aku pesan kat anak saudara aku apa2 perkembangan inform aku.

Tak lama lepas tuh akak ipar aku call sebab dia tahu anak dia call aku. Dia bagitahu yg abg aku masih kat emergency n dia tak tau apa-apa lagi. Aku pesan kalau apa2 call aku. Lepas tuh lah aku call semua adik beradik aku bagi tau yg abg/adik diorg kat emergency PSH. Tengah berbual dgn akak aku kat Shah Alam, ada call masuk, akak ipar aku call dan terus aku putuskan line ngan akak aku n pickup line akak ipar aku pulak.

Masa tuh suara akak ipar aku dah nangis, dia beritahu yang abang aku dah teruk kena serangan jantung. Doktor kena tidurkan dia. Terus kelam kabut aku mandi n solat subuh sebab nak pergi hospital. Aku call semua adik beradik aku n bagitau perkembangan terkini.

Dalam pukul 6.45 pagi aku dah gerak pergi hospital. Sampai sekarang aku ingat sebab masa tuh lagi lagi 5 hari nak raya. Masa tuh radio bukak lagu raya tapi jiwa aku kosong. Kosong macam tahun 2017 aku dengar lagu raya dalam shuttle van PSH masa mak aku sakit.

Sampai hospital aku tak jumpa akak ipar aku, anak saudara aku pulak pegi alihkan kereta. Masa tuh tak tau apa perkembangan abang aku. Akak aku yg nombor 4 pun sampai nak tengok adik dia. Tak berapa lama tu baru jmp akak ipar aku. Dia pergi settle pendaftaran/bayaran. Abang aku dah dihantar ke wad ICU.

Bila dengar wad ICU terus rasa lemah sebab arwah mak aku pun masuk wad yang sama kat PSH  bulan puasa tahun lepas sebulan sebelum dia meninggal. Kitaorg tunggu kat depan bilik ICU. Anak saudara aku cuba masuk tapi tak boleh tengok ayah dia sebab tirai masih bertutup.

Tak lama lepas tuh ada nurse panggil akak ipar suruh masuk. Beberapa minit lepas tuh dia keluar nangis-nangis bagitau yang jantung abang aku dah 2 kali berhenti dan doktor kena guna defibrillator dan beri ubat yang paling kuat nak beri jantung dia berdenyut. Masa tengah cakap ngan akak ipar aku tiba-tiba mesin jantung berbunyi lagi n nurse minta akak ipar aku keluar dulu.

Aku terus call adik beradik aku yang lain mintak datang ke hospital or balik jb segera. 1/2 jam lepas tuh nurse keluar panggil waris masuk. Akak ipar aku tak kuat nak pergi sorang so dia masuk ngan akak aku yang nombor 4. Tak lama tuh diorg keluar dan bagitahu yang abang aku dah tak ada. 

Bila taip part ni bergenang jugak air mata ni sebab teringat anak saudara aku, Mira. Baru umur 10 tahun sebaya Mat Ayip. Mat Ayip bila babah dia meninggal baru umur setahun lebih n dia belum mengerti apa-apa. Tapi lain untuk Mira.

Tak boleh lupa saat dia menangis meraung kat tangga level 2 Wad ICU Puteri Specialist Hospital bila dapat tahu ayah dia dah takda. Masa tu rasa macam mimpi jer. Tapi itulah realiti yang perlu kami hadapi. Yang hidup pastinya mati. Tak kira tua atau muda, sakit atau sihat, kaya atau miskin.

Aku masuk dalam wad ICU tuh. Katil dia berdepan dengan katil arwah mak aku dulu. Allah jer yang tahu perasaan masa tuh. Kenangan aku dan abang aku daripada kami kecil sampai hari itu berputar-putar dalam fikiran aku.

kenangan kami bersama

Segalanya begitu pantas, 1 jam lepas dimasukkan ke hospital abang aku pergi buat selama-lamanya. Kali terakhir aku jumpa dia 2 minggu sebelum dia meninggal. Aku buka puasa kat rumah dia. Sedihnya bila ingat kembali yang itu kali terakhir aku jumpa dia.

Jenazah abang aku dibawa pulang ke rumah dia sebentar dan selepas itu dibawa ke Masjid untuk urusan mandi dan kapan serta solat jenazah. Ramai kawan-kawan sekerja dan kawan-kawan ketika sekolah rendah, menengah dan di universiti hadir beri penghormatan terakhir kepada arwah.

Arwah semasa hidup banyak bantu kawan-kawan. Semua kawan-kawan dia bercerita tentang kebaikan dia. Ya Allah tak tahu nak cakap apa. Masa nak solat jenazah tiba-tiba ramai yang datang solat jenazah arwah. Arwah dikebumikan berdekatan dengan arwah mak.

Sorang-sorang ahli keluarga aku pergi. 2 tahun yang lepas bulan Mei abang aku yang sulung. Tahun lepas bulan Julai mak aku pergi menghadap ilahi. Tahun ni bulan Jun abang aku no 6 pulak pergi selama-lamanya. Sedihnya hanya Allah jer yang tahu.

Sehari lepas abang aku pergi, Mira ni dia demam. Tak mau makan n minum. Kena paksa baru nak makan n minum. Itu pun sikit. Rindu kot dengan arwah ayahnya.

Minggu pertama ayah dia pergi, dia hanya tidur sahaja. Aku cakap dgn akak ipar aku maybe dia nak sembunyikan kesedihan dia, bila dia bangun dia akan nampak kenangan dengan ayah dia kat rumah sebab tuh dia tidur. Separuh jiwa dia ayah dia bawak pergi bersama.

Jadi nak pulihkan semangat dia aku n kakak aku bawak dia keluar amik udara segar. Tengok langit luas terbentang kat luar. Baru lah nampak dia tersenyum walaupun terselit juga senyuman duka tuh. Tapi sikit2 dia dah ok n nak makan. Dah tak tidur sepanjang hari macam dulu. Mat Ayip pun pandai pujuk mira n gembirakan hati dia dengan buat lawak2 sepanjang perjalanan tuh.

Semoga akak ipar dan anak-anak saudara aku kuat n tabah untuk hadapi dugaan Allah ini.

Al-Fatihah untuk abangku. Semoga kamu tenang disana.

Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih