2018 - Throwback
Cepat betul masa berlalu. 2019 dah. Selamat tinggal 30'an. Selamat datang 40'an. Alhamdulilah masih bernafas di tahun 2019. Kali ni post throwback nak buat terus sampai bulan Disember. Takde Part 1 or Part 2. 1 post jer. Kalau tak, part 2 tgh tahun 2019 baru nak post agaknya. JANUARI Cuti sekolah dah habis dan sekolah bermula. Rutin 30km pergi kerja kembali semula. Bulan Januari ni juga lah arwah abang aku dimasukkan ke hospital akibat masalah diabetes yang dah menjejaskan mata dia. Masa ni sedih juga tengok dia sebab dia dah membayangkan yang umur dia dah tak panjang. Senja Januari 2018 FEBRUARI Bermula lah siri aku pula tak berapa sihat. Demam, selsema n batuk. Sampai kena amik nebulizer kat klinik berdekatan. Lagi sedih last pegi klinik situ dgn arwah mak sebelum dia msk ICU kat PSH. Kenduri Walimah di Pasir Gudang MAC Cuti sekolah bulan 3, abang aku n family yang duduk kat Alor Setar balik bercuti kat JB. Riuh sikit rumah aku. Jalan-jalan ...