2018 - Throwback
Cepat betul masa berlalu. 2019 dah. Selamat tinggal 30'an. Selamat datang 40'an. Alhamdulilah masih bernafas di tahun 2019. Kali ni post throwback nak buat terus sampai bulan Disember. Takde Part 1 or Part 2. 1 post jer. Kalau tak, part 2 tgh tahun 2019 baru nak post agaknya.
JANUARI
Cuti sekolah dah habis dan sekolah bermula. Rutin 30km pergi kerja kembali semula. Bulan Januari ni juga lah arwah abang aku dimasukkan ke hospital akibat masalah diabetes yang dah menjejaskan mata dia. Masa ni sedih juga tengok dia sebab dia dah membayangkan yang umur dia dah tak panjang.
FEBRUARI
Bermula lah siri aku pula tak berapa sihat. Demam, selsema n batuk. Sampai kena amik nebulizer kat klinik berdekatan. Lagi sedih last pegi klinik situ dgn arwah mak sebelum dia msk ICU kat PSH.
MAC
Cuti sekolah bulan 3, abang aku n family yang duduk kat Alor Setar balik bercuti kat JB. Riuh sikit rumah aku. Jalan-jalan pegi Legoland Waterpark n juga Lata Sri Pulai. Terlanjur ramai yang ada kitaorg gotong royong bersihkan kubur arwah ayah aku. Ganti batu-batu atas kubur tuh dengan rumput karpet. Anak saudara aku, Mya hilang kat Paradigm Mall JB. Berterabur semua orang lari pegi cari. Alhamdulilah jumpa depan kedai baju dengan muka dah nak menangis.
APRIL
Bulan ni Parlimen dibubarkan. Masa ni orang sibuk berkempen. Undi lah ini dan undilah itu. Whatapps jangan sebut ler. Memacam ler yang masuk. Takde yang menarik bulan ni cuma akak aku menang first prize buat annual pass Desaru Waterpark.
MEI
Bulan pilihanraya. Aku mengundi ditempat baru. Tapi still parlimen yang sama. Malaysia juga mencatat sejarah dapat kerajaan baru. Bulan yang akan diingati sampai bila-bila. Dapat cuti panjang n kebetulan jumpa adik beradik di kubur dan lepas tuh lepak kat KFC Dataran Bandaraya. Sedih sebab tuh last kitaorang lepak ramai2 dengan arwah abang. Bulan puasa pun bermula bulan ni.
JUN
Bulan puasa dan raya dan juga bulan paling sedih tahun ini. Abang kandung aku telah kembali ke rahmatullah meninggalkan isteri dan dua orang anak yang masih bersekolah lagi. Abang aku pergi 5 hari lagi umat islam nak sambut raya. Sedihnya kehilangan ahli keluarga 3 tahun berturut-turut. Tapi bulan ni juga aku dapat cucu saudara yang ke 7. Hari raya disambut sederhana. Hari Raya sudah tidak seperti dulu.
JULAI
Hantar anak saudara ke UTM Kuala Lumpur. Anak arwah abang aku. Sedih sebab tak tercapai hasrat abang aku nak hantar anak dia pergi belajar. Masa hantar dia ni mmg sedih sangat. Bulan ni jugak anak saudara aku melangsungkan perkahwinan di Shah Alam. Beramai-ramai kami berkampung di Shah Alam meraikan pengantin baru. Bulan ni juga kami aktifkan annual pas Desaru Waterpark.
OGOS
Awal bulan kami ke Singapura melawat bapa saudara aku yang sakit jantung. Ada check-up di hospital biasa. Kena marah dan kena halau. Takpe kita fikir positif jer. Akibat batuk dan selsema yang teruk sampai susah nak bernafas akhirnya aku sambut Hari Raya Aidiladha di hospital. Seumur hidup tak pernah masuk hospital.
SEPTEMBER
Bulan birthday baby Mya. Baby ke? dah besar dah 3 tahun dah. Peneman aku dah tua nanti. Tempah cheese tart bertema. Dah bosan makan kek je. Sepatutnya buat masa raya haji tapi disebabkan aku admitted di hospital tangguh ke bulan September.
OKTOBER
Bulan Oktober akhirnya rahsia terbuka jua. Sebelum ni hanya ahli keluarga yang terdekat jer tahu. Anak saudara aku di diagnos menghidap kanser. Dia menjalani major operation selama 15 jam di HSA Johor Bahru.
NOVEMBER
Bulan gembira sebab abang aku yang duduk di Kedah akhirnya pulang ke Johor Bahru bersama isteri dan anak-anaknya. Mereka dapat pindah pulang berkhidmat di Johor. Alhamdulilah. bersyukur sangat. Abang aku pun tinggal dua orang sahaja. Bulan ni kami beramai-ramai pergi ke Desaru Coast. Seronok sangat seronok. Bulan birthday kebanyakkan ahli keluarga aku. Buat makan-makan kat rumah.
DISEMBER
Bulan birthday aku. Tahun kedua sambut tanpa mak disisi. Seperti biasa aku mendapat suprise daripada akak dan anak-anak saudara aku. Bulan ni anak saudara lelaki aku bertunang dengan pilihan hatinya. Semua excited sebab dah lama tak buat kenduri kahwin. Dapat jumpa cucu saudara aku yang ke-7. Comel sungguh nasib baik tak takut dengan tok dia yang macam badak ni.
Anak arwah abang aku daftar msk UTM KL |
OGOS
Awal bulan kami ke Singapura melawat bapa saudara aku yang sakit jantung. Ada check-up di hospital biasa. Kena marah dan kena halau. Takpe kita fikir positif jer. Akibat batuk dan selsema yang teruk sampai susah nak bernafas akhirnya aku sambut Hari Raya Aidiladha di hospital. Seumur hidup tak pernah masuk hospital.
Sakit itu penghapus dosa |
SEPTEMBER
Bulan birthday baby Mya. Baby ke? dah besar dah 3 tahun dah. Peneman aku dah tua nanti. Tempah cheese tart bertema. Dah bosan makan kek je. Sepatutnya buat masa raya haji tapi disebabkan aku admitted di hospital tangguh ke bulan September.
Bulan birthday Mya |
OKTOBER
Bulan Oktober akhirnya rahsia terbuka jua. Sebelum ni hanya ahli keluarga yang terdekat jer tahu. Anak saudara aku di diagnos menghidap kanser. Dia menjalani major operation selama 15 jam di HSA Johor Bahru.
Baru lepas makan di Mek Lin Kampung Melayu |
NOVEMBER
Bulan gembira sebab abang aku yang duduk di Kedah akhirnya pulang ke Johor Bahru bersama isteri dan anak-anaknya. Mereka dapat pindah pulang berkhidmat di Johor. Alhamdulilah. bersyukur sangat. Abang aku pun tinggal dua orang sahaja. Bulan ni kami beramai-ramai pergi ke Desaru Coast. Seronok sangat seronok. Bulan birthday kebanyakkan ahli keluarga aku. Buat makan-makan kat rumah.
Desaru Coast! |
DISEMBER
Bulan birthday aku. Tahun kedua sambut tanpa mak disisi. Seperti biasa aku mendapat suprise daripada akak dan anak-anak saudara aku. Bulan ni anak saudara lelaki aku bertunang dengan pilihan hatinya. Semua excited sebab dah lama tak buat kenduri kahwin. Dapat jumpa cucu saudara aku yang ke-7. Comel sungguh nasib baik tak takut dengan tok dia yang macam badak ni.
Dulang Boys |
Alhamdulilah. Selesai juga throwback 2018 aku bulan Januari 2019. Semoga yang baik-baik untuk aku di tahun 2019 ini. Amin
Lain-lain throwback:-
meriah 2018.. semoga 2019 makin ceria dan bahagia. salam tahun baru ^^
ReplyDelete