Posts

Akibat Stress

Image
Bosannya. Rasa macam dah malas nak berblog. Ada idea tapi idea datang masa drive time jalan jem. Bila duduk depan laptop idea pulak hilang tah ke mana. . .. ... .... ..... ...... ....... ........ ......... .......... Errr belanja gambar je lah Tetiba idea hilang plak Stressssssssss laptop nih nak mintak tukar ke???? Grrrrrrr

Breakfast

Image
Rasanya kita rakyat Malaysia untung sebab negara kita kaya dengan pelbagai jenis makanan. Kalau breakfast tuh macam-macam ada. Ada style Melayu, Cina, India or Western. Bila ke luar negara benda yang paling aku rindu sekali adalah makanan ketika sarapan. Lagi lah kalau sarapan tu ikut negeri. Fuhhh macam-macam kan?? Sarapan no. 1  rakyat Malaysia, Roti Canai Lokasi: Tapau dari Pasar Tani Sri Pulai, Johor Yang ini pun No. 1, Nasi Lemak Daun Pisang Lokasi: Restoran Selera Yusal, Larkin Perdana Sarapan orang Terengganu, Nasi Dagang Lokasi: Gerai berdekatan Pasar Dahlia, Johor Bahru Sarapan orang Sabah, Sup Urat Lokasi: Gerai berdekatan Kedai Mutiara Jamilah Kota Kinabalu Sarapan orang Johor, Laksa Johor Lokasi: Rumah sendiri. Homemade Sarapan orang Kelantan, Nasi Kerabu Lokasi: Pasar Tani Sri Pulai, Johor Sarapan orang Johor, Nasi Ambeng Lokasi: Pasar Tani Sri Pulai, Johor Sarapan orang Johor, Lontong baby! Lokasi: Tak diketahui tapi kat Ka...

Rumah Idaman

Image
Rumah Idaman Sabtu bila tah dah lupa, akak aku ajak aku pegi tengok show house yang berdekatan area rumah aku. Aku n akak aku ni memang kegemaran tengok show house je hehehe. Lepas tuh berangan kan kalau lah dapat rumah tuh. Tapi dalam banyak-banyak showhouse yang kitaorg g tengok, rumah kat atas nih lah yang betul-betul buat aku terliur. Alahaii kalau aku kayaaaaaaaaaa! Lawa betul rumah nih. Rekaan pun moden. Cer tengok gambar kat atas. Rumah nih petak je kan? Bumbung pun rata je. Yang buat rumah ni mahal sebab rangka-rangka tingkap, tangga, pintu dan hiasan dibuat dari besi. Pintu mmg pintu giant betul dari besi. Lupa nak ambik gambar. Dah tak payah pasang grill.  Ruang tamu Bilik no. 3  (atas) Bilik no. 2 (atas) Bilik Idaman! Pemandangan dari 2nd Bedroom Paling terliur dengan 2nd bedroom rumah nih. Siap ada cermin lagi menghadap tangga. Master bedroom pun best jugak tapi gambar aku tak lawa sebab tuh tak boleh masuk blog. Rumah nih ada 4 bil...

Seoul Garden kat Rumah

Image
1 kepala RM29.90 hahahaha Sebelum nih aku ada post aku buat bakar-bakar ala Seoul Garden kan kat rumah. Tapi masa tu kitaorg pakai dapur elektrik tuh kan. Akak aku kan suka 'merayau' kat website Lazada, so dia jumpa lah periuk Stimbot n bbq nih so apa lagi order lah satu buat bakar-bakar kat rumah. Seronok jugak ada benda nih kat rumah. Sejak ada periuk bbq & steamboat nih dah lama tak pegi makan kat Seoul Garden. Buat sendiri je. Ada daging lembu perap dgn sos bbq, ayam perap, udang & sotong Kambing bbq! & bahan utk steamboat Sosej & Isi Ketam Daging perap lada hitam lamb! daging perap bbq Ayam & Udang sotong Sup Kimchi! Hihihi sorry banyak gambar. Sup kimchi tuh sedap plak padahal buat sendiri jer. Kimchi akak aku beli kat mana tah. Best betul buat bakar-bakar ala korea nih kat rumah. Jimat sikit duit. Lebih kurang 10 kepala yang makan n still tak habis. Kalau pegi restoran dah berapa kan? Jimat!

No Title

Image
Sampai pause nak tangkap muka mr bean Banyak betul benda nak cerita tapi macam malas nak menaip. Idea pun kadang-kadang datang kadang-kadang tak. Time datang idea masa kat opis n kadang-kadang masa memandu pergi dan balik kerja. Camner kan? lepas tuh sampai rumah dah lupa apa yang perlu dibuat.  Masa untuk aku belek-belek blog aku plus blog walking blog orang lepas solat maghrib sampailah pukul 9.00 malam lepas tuh time tengok tv pulak takpun belek handphone tengok facebook or mengendap instagram orang. Kadang-kadang kalau dah penat sangat memang belayar depan tv or masih pegang handphone. Tuh je lah masa aku nak belek hp or tengok tv time weekdays. Ada orang tuh aku tengok dulu masa aku suruh beli smart phone dok ckp tak payah lah, buat apalah, guna hp cuma nak call orang je. Tapi bila dah beli, hah kau dok belek facebook je 24 jam!

Gibun Joheunnal

Image
Dah lama tak buat entry Drama Korea. Last entry tahun 2013 drama The Suspicious Housekeeper . Lepas drama tuh ada lah tengok drama lain tapi tengok tebuk-tebuk je. Hahah faham ke maksud tebuk-tebuk tuh? Maksudnya tak tengok setiap episode. Malas nak tengok semua episode cos drama korea kan semuanya sama jalan cerita hihihihi. Tapi kan haritu boleh plak rasa macam best tengok drama nih:- Glorious Day Drama ni mengisahkan seorang penulis novel dan ibu tunggal yang membesarkan 3 orang anak perempuan dia sendirian dan hidup berjiran dengan abang angkat yang dikenali di rumah anak-anak yatim yang mempunyai dua orang anak lelaki.   Yang buat aku suka dengan drama ni sebab ada elemen keluarga plus elemen kelakar n elemen romance ekekeke. Watak jahat pun tak berapa jahat mcam cerita korea yang lain. Kalau ada Astro boleh tengok kat Channel OneHD takpun cari je ke Youtube tajuk kat atas tuh plus taip englis subtitle. Hehehehe Tengah jeles ngan anak-anak saudara aku dior...

Sultan of Johor Coronation Day

Image
Tunggu Sultan nak lalu Hari ni Johor public holiday. Selalunya kalau public holiday negeri ada je kedai bukak or orang kerja ke. Tapi hari ni wahhh kebanyakkan kedai-kedai tutup sampai nak beli sarapan pun takde kedai yang bukak. Actually aku secara kebetulan je ada kat sini. Hari ni Isnin hari mak aku kena dylisis biasa dia, smlm dah risau camner nak hantar dia g Dylisis sebab jalan banyak tutup n kebetulan jalan berdekatan tempat dylisis dia plak Sultan nak lalu. So lepas subuh jer kitaorg cabut pegi. Alhamdulilah sampai je jalan belum tutup lagi n still boleh lalu. Polis pengiring YDP Negeri Sabah Tunggu mak aku kejap lepas pasang tiub-tiub n dylisis mak aku pun dah start, baru kitaorg keluar dari bangunan tuh. Since area tuh Jalan Gereja and Jalan Ngee Heng ni ada hotel Double Tree by Hilton, so banyak lah kenamaan yang duduk kat hotel tuh. Mula-mula tak tau pun yang Sultan Johor akan lalu jalan nih, akak aku bagitahu smlm so apa lagi dah dekat je kan boleh lah tunggu...