Sultan of Johor Coronation Day

Tunggu Sultan nak lalu

Hari ni Johor public holiday. Selalunya kalau public holiday negeri ada je kedai bukak or orang kerja ke. Tapi hari ni wahhh kebanyakkan kedai-kedai tutup sampai nak beli sarapan pun takde kedai yang bukak. Actually aku secara kebetulan je ada kat sini. Hari ni Isnin hari mak aku kena dylisis biasa dia, smlm dah risau camner nak hantar dia g Dylisis sebab jalan banyak tutup n kebetulan jalan berdekatan tempat dylisis dia plak Sultan nak lalu. So lepas subuh jer kitaorg cabut pegi. Alhamdulilah sampai je jalan belum tutup lagi n still boleh lalu.

Polis pengiring YDP Negeri Sabah
Tunggu mak aku kejap lepas pasang tiub-tiub n dylisis mak aku pun dah start, baru kitaorg keluar dari bangunan tuh. Since area tuh Jalan Gereja and Jalan Ngee Heng ni ada hotel Double Tree by Hilton, so banyak lah kenamaan yang duduk kat hotel tuh. Mula-mula tak tau pun yang Sultan Johor akan lalu jalan nih, akak aku bagitahu smlm so apa lagi dah dekat je kan boleh lah tunggu tengok sesambil tunggu mak aku abis dylisis. Tapi yang parah bila satu kedai makan pun tak bukak. Kitaorg dah lah kelaparan tak makan apa dari malam tadi huhuhu. Suruh anak saudara aku jalan kaki pegi stesen minyak n kitaorg mencekik jajan jer buat alas perut.

Gambar ni jer yang mampu amik
Masa Sultan Johor berarak nih ada banyak checkpoint. Setiap checkpoint ada persembahan dari rakyat negeri Johor, so sesambil menunggu sultan lalu boleh lah tengok persembahan tuh. Checkpoint yang aku tunggu nih kat Jalan Gereja/Jalan Ngee Heng berdekatan dengan Hotel Tropikal Inn, Hotel Double Tree by Hilton & Menara Landmark. Kat sini cuma ada band dari Sekolah Foo Yew. Tarian Singa kat belakang bangunan Amma nih dekat ngan Komtar JBCC. Kat area Kotaraya/Hotel Puteri Pacific/Menara Ansar best kot. Kira ada banyak checkpoint sepanjang 8km Sultan nak lalu nih.

Tapi yang paling best walaupun panas berdenting angin kuat betul time tuh. Sejuk lak tuh. Sampai terbang payung aku hihihihi

Apa-apa pun esok kerja ya lepas 3 hari off

Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih