Posts

2024 dah?

Image
  Assalamualaikum, lamanya dah tak menulis kat sini. Last post September, 2020 kira-kira 3 tahun 5 bulan yang lalu. Blog ni pun bukan ada yang baca. Balik2 aku yang baca sendiri sebagai open diari hidup aku. Yelah dah tua nih banyak dah lupa. Kadang-kadan bila baca balik post2 lama aku, baru teringat aku ada buat gini, buat gitu, pegi sana or pegi sinun. Punca malas nak tulis blog sebab aku dah tak ada laptop or pc sendiri kat rumah. Nak guna laptop orang kat rumah malas kang rosak aku yang kena betulkan. So bergantung pc kat opis. Tapi kat opis pulak mana ada masa. Lagipun sekarang dah ada telefon kang dah canggih2. So semua urusan buat di hp. Cuma blog lah mcm leceh nak taip dari hp.  Nak tulis balik, nak share gambar kat sini. Rindu. Semoga aku diberikan kerajinan nak menulis balik disini. Selamat semua! Happy Holiday! Gong Xi Fa Chai!

2019 - Throwback

Image
Akhirnya dapat jugak buat post ni. Bulan September pulak tuh. Sebenarnya tang bulan tuh tiap2 bulan edit hahahaha. Masa kena kurung kat rumah dah buat tapi tak siap-siap. Lagipun laptop rosak tak ganti-ganti lagi. Rasa mcm tak beli kot. Tak ada keperluan. Apa pun, mari kita mengimbas kembali tahun 2019. JANUARI Baby Mya (baby ke lagi) dah 4 tahun. Kejap jer masa berlalu n akak aku dah masukkan dia ke Playschool. Budak perempuan ni payah nak nangis kalau kena tinggal. Berbeza dengan budak lelaki. Tapi ada jugak lah sedih-sedih tuh. Lepas tu anak saudara aku yang arwah mak aku babysit sejak lahir akhirnya bertunang. Sebelum tuh abang dia bertunang bulan Disember 2018. Bulan ni jugak akak aku ada meeting kat Melaka. Tinggal lah aku uruskan dua org anak dia. Sebab meeting tuh 11 hari, masa cuti Thaipusam tuh aku bwk anak dia g Melaka jumpakan mak diorg. Bulan ni aku start bz sbb akak aku dah lantik aku sebagai wedding planner. Dah lah takde pengalaman. Dari sewa dewan, katering, doo

Selamat Datang 2020!

Image
Wow! lama kot dah tak menulis apa-apa kat blog ni. Last post March 2019.  Lama betul tinggalkan blog ni berabuk. One of the reason aku tak mengepos kat blog ni adalah disebabkan laptop aku udah lama rosak n malas nak pinjam laptop akak aku. Nak guna PC office macam tak best pulak sbb kacau waktu office hour (tapi skrg ni aku guna PC office huhuhu). Since smartphone skrg dah canggih2, dah tak kisah ada ke takde laptop. Skrg semua apa-apa guna smartphone je.  Cuma blog jer mcm tak best menulis kat smartphone. Rindu nak tulis. Banyak cerita yang kena disimpan dalam blog ni utk memori masa depan. 2019 tahun yang baik untuk aku setelah 3 tahun berturut2 aku kehilangan orang yang tersayang. Semoga tahun 2020 juga tahun terbaik seperti tahun 2019 juga. Apa-apa pun post Throwback mesti ada tiap-tiap tahun walaupun tahun 2019, 9 bulan lompong takde post dalam blog nih. Last naik menatang ni tahun 2014 pegi Shanghai. 2019 dpt lah merasa naik A380 huhuhu

Makan!

Image
Aku kan suka amik gambar makanan. Macam sayang plak tak letak sini sebab ada gambar-gambar macam lawa jer hahah. Yelah orang yang post gambar makanan kan orang sakit jiwa. Sakit jiwa kah aku. Oklah kalau yang aku masak sendiri n dah pernah post resepi akan aku link kan resepi. Laksa Johor adalah makanan fav. aku. Pagi petang siang malam makan pun takpe Resepinya Maggi kari telur goyang tetap my fav. Telur goreng kicap. Senang je Goreng telur n ikan bilis. Tumis bawang putih, merah n cili padi. Letak kicap Pastu curah atas telur n ikan bilis. Siap! Ikan masak tiga rasa. Resepinya Roti tampal sardin. Buat sarapan pun sodap!

Wedding: Singapore, 2017

Image
Ini lagi satu wedding yang dah berkurun lama baru nak up. Pengantin dah dapat baby pun. Apa-apa pun apa yang ada dalam hp aku akan aku post disini sebagai kenangan aku di hari tua nanti. Time ni arwah mak ada lagi. Wedding nih terlebih dahulu daripada wedding anak saudara aku yang aku post haritu. Happy arwah mak masa ni sbb dapat jumpa adik2 dia kami! With my nieces Gambar kuih jer ada Ini jer gambar pengantin yg ada Ini kali terakhir arwah mak masuk Singapore. Happy arwah mak sebab dapat jumpa saudara mara dia. Siapa sangka kali terakhir dia jumpa saudara mara dia kat Singapore masa tuh. I miss u mak.

Wedding: Shah Alam 2017

Image
Ok lama betul amik masa nak post sini. Dah 2 tahun berlalu. Pengantin pun dah dapat anak huhuhu. Arwah mak masa ni pun ada lagi. Tapi tuh lah kan lama betul aku berehat. Lepas kenduri kahwin nih mak aku start sakit n keluar masuk hospital dan pergi selama-lamanya 2 bulan selepas itu. Sebab itu sekarang baru rasa nak post kenduri kahwin ni kat sini. Masa nih arwah mak ada lagi. Tapi nampak riak wajah dia dah sugul Ini pertama kali akak n abang ipar aku dapat menantu. So memang over excited sikit lah sebab memang dinanti-nantikan nak makan nasi minyak pengantin ni. Nikahnya hari Jumaat lepas solat Jumaat. Lebih kurang pukul 3.00 petang. Kita orang bertolak dari Johor Bahru lepas arwah mak habis dylisis pukul 11.00 pagi. Kakak aku sempat lah masak-masak. Singgah jap kat Restoran Jenjatas Ayer Keroh makan tengah hari dulu tapi masa tuh arwah mak aku dah gelisah ajak cepat-cepat ke Shah Alam. Dia takut terlepas tengok cucu dia nikah. Ingat dia kat makcik dia ni Lepas da

2018 - Throwback

Image
Cepat betul masa berlalu. 2019 dah. Selamat tinggal 30'an. Selamat datang 40'an. Alhamdulilah masih bernafas di tahun 2019. Kali ni post throwback nak buat terus sampai bulan Disember. Takde Part 1 or Part 2. 1 post jer. Kalau tak, part 2 tgh tahun 2019 baru nak post agaknya. JANUARI Cuti sekolah dah habis dan sekolah bermula. Rutin 30km pergi kerja kembali semula. Bulan Januari ni juga lah arwah abang aku dimasukkan ke hospital akibat masalah diabetes yang dah menjejaskan mata dia. Masa ni sedih juga tengok dia sebab dia dah membayangkan yang umur dia dah tak panjang. Senja Januari 2018 FEBRUARI Bermula lah siri aku pula tak berapa sihat. Demam, selsema n batuk. Sampai kena amik nebulizer kat klinik berdekatan. Lagi sedih last pegi klinik situ dgn arwah mak sebelum dia msk ICU kat PSH.  Kenduri Walimah di Pasir Gudang MAC Cuti sekolah bulan 3, abang aku n family yang duduk kat Alor Setar balik bercuti kat JB. Riuh sikit rumah aku. Jalan-jalan