2019 - Throwback
Akhirnya dapat jugak buat post ni. Bulan September pulak tuh. Sebenarnya tang bulan tuh tiap2 bulan edit hahahaha. Masa kena kurung kat rumah dah buat tapi tak siap-siap. Lagipun laptop rosak tak ganti-ganti lagi. Rasa mcm tak beli kot. Tak ada keperluan. Apa pun, mari kita mengimbas kembali tahun 2019.
JANUARI
Baby Mya (baby ke lagi) dah 4 tahun. Kejap jer masa berlalu n akak aku dah masukkan dia ke Playschool. Budak perempuan ni payah nak nangis kalau kena tinggal. Berbeza dengan budak lelaki. Tapi ada jugak lah sedih-sedih tuh. Lepas tu anak saudara aku yang arwah mak aku babysit sejak lahir akhirnya bertunang. Sebelum tuh abang dia bertunang bulan Disember 2018. Bulan ni jugak akak aku ada meeting kat Melaka. Tinggal lah aku uruskan dua org anak dia. Sebab meeting tuh 11 hari, masa cuti Thaipusam tuh aku bwk anak dia g Melaka jumpakan mak diorg. Bulan ni aku start bz sbb akak aku dah lantik aku sebagai wedding planner. Dah lah takde pengalaman. Dari sewa dewan, katering, doorgift etc semua aku kena cari n fikir. Nasib baik tang bridal jer tak masuk campur sbb pengantin cerewet so dia pikir sendiri.
Akhirnya bertunang jua anak saudara aku ni |
FEBRUARI
Bulan Februari sibuk uruskan majlis perkahwinan anak saudara aku. Masa ni ulang-alik pegi pasaraya besar cari bahan doorgift untuk budak-budak. Masa ni dah boleh sesuaikan diri sorang-sorang kat rumah hari Ahad. Yelah kan budak semua sekolah n akak aku kerja. Sebelum ni Baby Mya ada kat rumah. Rupanya best jugak pagi sorang-sorang kat rumah. Tak ada orang nak kacau. Boleh pegi Pasar Tani dengan jayanya.
1st time makan kat Zaituna. Tak tahan tengok Padu Beb makan set dulang. |
MAC
Bulan ni makin bz sebab wedding anak sedara aku tinggal sebulan jer lagi. Masa ni lah dok kejar kad jemputan yang lambat benar nak siap. Buat lakaran setting meja kat dewan nanti. Buat bajet. Uruskan dengan katering. Baru tau bukan senang nak uruskan majlis kahwin. Lagi mengadap kerenah mak pengantin hahaha (jgn baca blog aku sudah). Bulan ni juga pegi wedding adik kwn office aku kat Villa Warisan. Lepastu pegi Singapore edarkan kad jemputan kat sedara-mara kat sana n pegi Desaru Coast mandi-manda kat sana n release tension.
Senang buat majlis mcm ni. Majlis Nikah n terus kenduri |
APRIL
Bulan yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Memang melelahkan betul jadi setiausaha kepada mak pengantin. Majlis 3 hari berturu-turut lak tuh. Tahlil dan Doa Selamat, Majlis Nikah & Majlis Resepsi. Minggu depan nya pulak bertandang ke rumah pihak lelaki. Memang bulan nih hanya tumpukan kat majlis perkahwinan ni. Sebelum tuh mak pengantin masuk umah baru. Selama ni duduk rumah quarters jer bila suami dia pencen kena lah pindah keluar. Pindah pulak rumah dekat2 dengan area rumah aku. Senang lah kami nak berjimba.
Masa ni pengantin kena tol |
MEI
Bulan puasa bermula. Tahun kedua berpuasa tanpa mak. Buka puasa secara sederhana jer. Mula terasa sunyi. Kalau dulu setiap minggu ada jer adik beradik yang datang berbuka puasa kat rumah dengan arwah mak. Sekarang tidak lagi. Yang datang hanya akak ipar aku dan anak-anak dia. Sekurang-kurangnya terubat sikit kesunyian tuh. Ada juga berbuka puasa beramai-ramai kat Pulai Spring Resort. Seronok juga. Baby Mya pulak tangan retak akibat bergurau berlebihan dengan abang dia. Bulan ni juga aku dapat cucu saudara yang ke-9.
Majlis berbuka puasa at Pulai Spring Resort |
JUN
Bulan raya. Tahun 2019 akak aku still tak masak juadah raya kat rumah n aku still tak merebus ketupat lagi buat tahun ketiga berturut2. Raya paling relax sekali. Last puasa still kerja. Bos bagi balik awal tapi balik rumah tidur dulu. Nak berbuka baru pegi rumah akak aku. Tapi agak menyedihkan gak sbb seumur hidup tak pernah raya camni. Tapi sejak mak dah xda camni lah aku jalani raya aku. Tahun 2019 kitaorang berkonvoi raya ke singapura. Raya ke rumah saudara mara sebelah arwah mak aku
4 bujang. Dah besar anak2 saudara aku. |
JULAI
Bulan julai akak aku, mak n ayah pengantin berangkat menunaikan haji. Giliran dah sampai. Awal setahun dari tarikh yang sepatutnya. Dia orang daftar 2 tahun awal jer dari aku n akak aku lagi sorang tapi beza giliran kitaorang 8 tahun ok. Bermula lah fasa aku lepak kat rumah akak aku temankan anak-anak dia. Banyak betul resepi baru kami cuba. Baby Mya tukar tadika akibat peristiwa yang berlaku.
Naik di Senai Airport |
OGOS
Raya Haji akhirnya masak ketupat kat rumah aku. Meriah pulak ramai-ramai kami masak. Lagipun akak ipar aku tak balik Penang. So memang meriah lah kami masak. Raya haji sambut birthday tahun hijrah Baby Mya. Akak n abang ipar aku selamat pulang ke Malaysia. Alhamdulilah selesai sudah haji mereka. Semoga mendapat haji yang mabrur. Ramai-ramai kami tunggu akak n abang ipar aku kat airport. Menggamit kenangan masa tunggu arwah mak n arwah ayah aku balik haji 25 tahun yang lepas.
Gambar dicedok dari Facebook Tabung Haji |
SEPTEMBER
Baby Mya demam suhu tinggi. Bila bawak ke spital rupanya kena jangkitan Influenza B. So kena lah check-in Johor Specialist Hospital barang sehari dua. Melalak budak ni bila nampak nurse. Sebab nak kena cucuk. Bulan ni jugak baru nak cari kain nak buat baju untuk kenduri bulan 11. Nasib baik ada tailor yg nak amik tempahan lagi. Bulan Birthday Baby Mya. Bulan ni dapat 2 kek. Satu buat kat rumah n satu bawak gi tadika dia.
Penyedih juga rupanya Baby Mya ni hihihi |
OKTOBER
Bulan Oktober sibuk sangat. Mula-mula ingat nak duk diam-diam jer. Tapi akhirnya terjebak juga. Tapi kali ni aku cuma buat door gift untuk budak-budak n cari bekas telur n beg untuk door gift tetamu dewasa. Masa ni memang bizi sikit n tiap-tiap minggu pegi pasaraya besar cari jajan untuk budak-budak.
Packing jajan untuk budak-budak |
NOVEMBER
Bulan yang ditunggu-tunggu. Kalau pernah baca blog aku ada sorang anak sedara aku yang aku gelar "tong sampah kurus" dia ni lah yang kawin. Akak aku dapat menatu setahun dua orang. Bulan April dapat menantu lelaki. Bulan ni dapat menantu perempuan. Majlis pulak esoknya combine dengan pengantin perempuan. Kawan-kawan mak pengantin lelaki n pengantin perempuan sama tu yg combine. Jimat sikit. Macam biasa kitaorg mengada2 tak nak duduk rumah so check-in Pulai Spring Resort 3 hari 2 malam semata-mata untuk majlis ni.
Pakcik dan makcik-makcik pengantin lelaki
DISEMBER
Bulan yang paling dirindui. Aku selalu berangan nak pergi umrah satu keluarga. Alhamdulilah doa aku dimakbulkan. Walaupun tak semua ahli keluarga yang pergi tapi dapat 16 orang ni pun dah cukup bermakna. 1st time Baby Mya naik flight. Nanti kalau ada masa nak buat entry perjalanan umrah 2019.
Baby Mya & Mat Ayip
Selesai juga entry throwback 2019 ni. Ikutkan malas nak tulis blog. Tapi rasa macam kalau boring2 boleh baca blog sendiri kan. Macam mengimbas kenangan gitu.
Comments
Post a Comment