Boleh tak saya nak lelaki mcm Ahmad Seth Tan ?

*gambar kredit to TV3
 
Entry kali nih adalah entry yg geli geleman yer. Sesiapa yg ada alergic n nak termuntah tuh sila2lah jauhkan diri dari membaca entry nih ek hahaha. Baca tajuk jer kompem da tau aku nak cerita pasal apa kan? kan? Actually aku tak berapa minat sgt layan cerita2 mcmnih nak2 time2 maghrib. Boleh kira ler berapa kerat cerita yg aku layan kat slot Akasia TV3 tuh. 

Cita Nora Elena nih aku terlayan sbb kengkawan kat opis aku ler dok hari2 cerita pasal Nora Elena nih. Ditambah plak dgn blog2 yg aku baca semua cerita pasal cita Nora Elena. Tuh belum kat facebook lagi tuh. So bila aku dapat tau yg cita nih diadaptasi dari novel 'Kasih yang Suci' aku mula lah goggle pasal novel nih. Byk review kata novel nih mmg menarik. So aku cari ler novel nih. Payah jugak nak cari. Nak beli online takde stok. Akhirnya anak saudara aku call dia ckp kat Angsana ada byk novel nih. Apa lagi suruh ler dia belikan. Akhirnya dpt gak. Kawan aku pegi besoknya dah abis. Laku betul mesti byk dpt royalti kan penulis novel tuh. Masa aku baca novel tuh aku belum tgk lagi drama Nora Elena tuh. Tapi masa baca aku bayangkan lah watak2 dalam novel tuh dgn drama tv. Time aku baca novel tuh drama Nora Elena dah episode 12 kat tv. So skrg nih aku tgh melayan cita nih kat Youtube (sbb kat TONTON hampeh! nak suruh tv3 bungkus jer msk longkang!). Pada pendapat aku lah baca novel lagi best kot. Tapi aku baru jer tgk episode 5 cita Nora Elena nih.


Bila fikir secara logik ada ke lelaki mcm AHMAD SETH TAN tuh ek? masih wujudkah lagi spesis lelaki mcm tuh. Kalau spesis mcm Eid tuh masih berlambak2 ada lagi. Susah nak cari spesis lelaki mcm tuh selalunya spesis mcmtuh cuma wujud kat novel2 ataupun drama2 dan filem2. Kalau ada pun dalam seratus orang lelaki cuma sorg jer kot yg mcm Seth Tan tuh.

Apa2 pun novel tuh buat aku tersenyum sorg2.  hihihi nasib baik aku baca dalam bilik ekekek. anak2 saudara ku or akak aku yg baca blog aku nih sila tutup mata yer baca entry nih ekekek saya manusia ada hati n perasaan hahahhah

update: aku tarik balik kata2 aku pasal TONTON nampaknya dah boleh TONTON dengan laju. thanks TV3! rupanya2 under maintenance arituh upgrade system ek?

Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih