Hypertension the silent killer!


Rabu lepas aku pegi le kat salah sebuah klinik kesihatan kerajaan (KK) kat jb nih. aku g sbb selsema aku yg tak baik2 lagi. sampai hidung2 aku berdarah2 mcm aku cerita dalam post nih. so aku amik keputusan nak gi klinik gomen memandangkan cuma bayar RM1 jer hehehe. actually aku mmg serasi ngan ubat2 klinik gomen. selalunya bayar mahal2 kat private clinic tapi tak baik2 gak. membazirkan? aku mintak kuar kejap lepas lunch cos cuti tahunan aku tinggal 2 hari jer. lepas daftar n bayar rm1 nombor aku dipanggil utk msk bilik saringan. nurse tuh pun tanya aku sakit apa. aku pun ckp lah aku ada beberapa masalah. masalah pertama aku selsema yang tak baik2. so dia letak lah mcm filem kat dahi aku nak cek suhu. suhu badan aku normal. aku ckp ler ngan nurse tuh yg aku demam time malam2 jer. pastu aku ckp masalah kedua aku ialah sakit belakang. nurse tuh tanya aku ada masalah kencing tak lawas ke or sakit bila nak kencing. aku ckp takde. n nurse tuh ckp maybe sbb bdn aku nih terover sikit tuh sbb sakit. kira mcm saraf terhimpit. pastu dia ckp suruh aku cerita semer kat MA (medical assistant). n nurse tuh tanya lagi ada apa2 masalah lagi tak.

adakah makanan nih yg aku amik sebelum 
ke klinik punca blood pressure aku 
naik secara mendadak?

actually aku mmg kena refer ngan doktor kat klinik nih setiap 3 bulan n makan ubat start umur aku 24 tahun utk sakit darah tinggi or Hypertension. tapi doktor tuh transfer pegi klinik kesihatan kat tmpt lain yg sesak n jauh dari tmpt keje aku. terus aku stop mkn ubat n jmp doktor. lebih kurang 4 tahun aku tak jmp doktor. so nak jadi cerita mulut aku nih gatal suruh surse tuh cek blood pressure aku. hah ko! sekali tinggi bebenar 177/111. terus nurse tuh suruh aku wat further medical check up. aku kena cek berat, tinggi n mata aku n aku disuruh g bilik makmal utk cek kadar gula dalam darah aku. allhamdulilah cuma 8.9 kira normal lah utk org yg baru makan tghari mcm aku. aku dihantar ke bilik doktor. tak jadi antar ke MA sbb blood pressure aku terlalu tinggi. masuk jer bilik doktor, dia terkejut sbb darah aku tinggi sgt kalau nak dibandingkan dgn umur. n ckp mcm2 lah kalau aku jatuh boleh kena strok lah boleh mati lah. so dia suruh aku makan ubat utk turunkan blood pressure kalau tak turun aku kena msk spital. sbb doktor tuh ckp keadaan aku mmg dalam bahaya skang nih. so tunggulah aku 30 minit lepas makan ubat nak tgk sama ada aku kena msk spital ke tak. lepas 30 minit cek blood pressure aku. sekali boleh plak makin naik. nurse tuh plak kesian kat aku sbb aku mmg takmo msk spital. sampai cari mesin yg lain plak. ada penurunan. tapi sikit jer 171/110. bila aku msk bilik doktor balik dia tak happy sbb turun sikit sgt. dia ckp dia tetap nak refer aku kat Hospital Sultanah Aminah (HSA) tapi bukan msk spital refer kat specialist HSA. dia suruh aku cek blood pressure tiap2 hari selama seminggu n rabu depan aku akan jmp dia balik sama ada perlu atau tidak aku msk spital. n dia bagi aku ubat darah tinggi utk seminggu.

ubat2 yg bakal jadi peneman setia sepanjang 
hidup aku! - gambar ehsan goggle

esoknya pepagi buta lagi aku da gi Klinik Pakar, Hospital Sultanah Aminah sbb nak amik appoinment date. lepas specialist review kes aku nurse bagi appointment date n dia suruh aku amik botol urine kat makmal patologi. jauh betul dari klinik pakar tuh terpaksalah aku menapak. sampai makmal patologi aku bagi surat dari klinik pakar n patologist tuh suruh aku tadah urine aku utk 3 hari dalam botol2 yang berlainan. satu botol tuh dia suruh campur ngan asid yang dia bagi sbb nak kena hantar ke KL (mak aii KL??). diorg nk tgk naper aku boleh kena darah tinggi di usia muda atau young hypertension. sama ada aku ada problem ngan hormon aku ke. tapi masalah aku skrg asid yg dia bagi leh tumpah plak dalam handbag aku (uwaaaa) mesti diorg marah kan? dah esok aku nak memulakan misi mengumpul urine aku (hihihi) aku kena buat cecepat sebelum appointment date aku ngan specialist. nak2 yg kena antar kl tuh.

handbag aku utk harituh

so pada sesiapa yg ada simptom mcm sakit kepala especially kat tengkuk or mcm nak pitam sila2 lah melawat klinik2 berdekatan anda yer. sbb darah tinggi nih mcm pembunuh senyap. kita tak tahu yg kita actually ada penyakit nih. tapi bila blood pressure naik mendadak kalau kita terjatuh kena strok mmg takleh wat apa dah. ibarat kata2 nurse utk aku sapa nak jaga kalau da sakit terlantar nanti. betul gak kata dia. dah lah aku takde laki takde anak (hahahaha) nak harapkan anak2 buah? diorg pun ada mak bapak sendiri. oleh kerana memacam test yg aku kena buat kat specialist clinic gomen maka jimat lah duit aku rm1500 (bole beli ipad hehehe) sbb aku plan nak gi wat full medical checkup kat Johor Specialist Hospital (JSH). plan nyer next year tunggu cuti tahun aku tapi nak wat camner aku da g HSA dulu mmg bukan rezeki JSH lah ek. walaupun lambat nak tunggu appoinment date kat HSA tapi aku cuma bayar rm5 sekali jmp doktor pakar berbanding caj yg tak msk akal kat private hospital.

aku ske ubat selsema nih sbb cepat 
berkesan - makan jer terus terlelap!

hehehe baru teringt aku ada medical insuran yg leh claim rm5k utk sakit darah tinggi ngeeeee

Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih