Terima Kasih Allah

happy birthday to me!
Alhamdulilah, aku masih bernafas lagi didunia Allah nih. terima kasih Allah kerana aku masih dapat lagi melihat dunia indah ciptaan-Mu dan masih dpt mendengar kicauan burung yg berterbangan. terima kasih Allah kerana menjemputku menjadi tetamu-Mu. sesungguhnya pengalaman itu adalah pengalaman yg aku takkan lupakan sepanjang hidup aku. terima kasih Allah kerana berikan aku ketenangan, limpahkan aku dgn rezeki-Mu dan kesihatan aku dan family aku.

terima kasih utk mak aku yg susah payah melahirkan aku 32 tahun yg lepas. mak aku masuk spital seminggu ye sebelum lahirkan aku. sbb darah tinggi yg melampau. lepas balik dari spital 2 hari msk balik sbb sakit nak lahirkan aku. padahal due lmbt lagi. tapi anak dia nih tak sabar nak keluar sbb kesian kat mak dia menanggung sakit akibat darah tinggi tuh.

terima kasih pada arwah ayah aku kerana menjaga dan membesarkan aku selama 18 tahun 8 bulan. yg bersusah payah kerja hingga saat2 akhir hayat arwah menyediakan keperluan aku sbb aku masih sekolah lagi. walaupun masa tuh dia sakit tapi dia gagahkan diri gak hantar aku pegi sekolah n pasar utk beli keperluan kedai utk berniaga bagi mencari sesuap nasi utk keluarga. masih terbayang2 mcmana susahnya arwah ayah aku tukar gear van masa naik bukit kat kubur cina depan hutan bandar JB (mengalir dah air mata aku).

terima kasih juga pada abg2 n akak2 aku yg selama nih bagi sokongan kat aku n sentiasa bersama aku masa susah dan senang. bagi duit poket masa aku study kat UiTM dulu. jasa abg2 n akak2 aku mmg aku kenang sgt2. 

terima kasih juga kat anak2 buah aku yg aku syg sgt2 kerana yg sentiasa mendoakan aku n bagi sokongan kat makcik mu yg still single mingle nih. harap kamu2 jgn lupakan makcikmu nih masa dia meniti hari tua sorg2 ye.

terima kasih juga kat kawan2 yang masih meningati aku dan sentiasa memberi sokongan kepada kawan mu yg pemalu sgt nih (pemalu lah sgt)

terima kasih pada akak aku, kak cah, mak aku n anak2 saudara aku, ayip, azwa n danial kerana sanggup duduk dalam gelap sbb nak meng'suprise' kan aku dgn kek. nasib baik aku takde sakit jantung ye.

terima kasih juga kat emy n kak anis sbb belikan aku sebijik kek. korang lah kawan aku yg paling aku sayang. thanks sbb tahan dgn aku yg byk penyakit nih. nasib baik antibodi korg kuat.

terima kasih semua~!
last sekali terima kasih kat semua yg baca blog aku nih. walaupun aku tau takde sapa baca blog aku nih. terima kasih sekali lagi.

Ahad nih 15 Muharam birthday aku dalam bulan Islam plak. ikut kalendar hijrah umur aku 33 tahun. cepatnya masa berlalu ye. mcm tak terasa jer kan. dada pun semakin sebak sbb terigtkan abg aku n family yg akan pindah ke Shanghai sbb kerja. sob2 sedihnya tak jumpa anak2 buah aku hari2!

Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih