Rahsia photo2 dlm blog saya lawa

Puteri Harbour, Nusajaya.
Tajuk tak boleh blah. perasan nak mampus photo aku lawa hahahhaha. tapi peduli apa aku. bila nak rasa masuk bakull angkat sendiri kan? heheh ok rahsianya? aku guna kamera handphone jer. tak caya? betul aku tak tipu aku guna camera hp jer. aku tak mampu nak beli kamera mahal2. mmg hajat kat hati tuh nak beli kamera DSLR lepas compact digital kamera aku mengalami kegagalan fungsi di Istanbul. frust ok masa tuh. nasib baik akak aku ada bawak kamera dia kalau tak aku ambik gambar guna hp Norkiah 73 aku tuh.

N73. byk jasa hp nih pada aku
masa aku gi umrah/ziarah Istanbul arituh aku tak bawak hp yg skrg nih aku pakai. masa tuh baru beli so sayang lah. takut ilang. hehehe. so aku bawak lah hp lama aku nih kak Norkiah 73 nih. punyalah aku sorok2  amik gambar masa kat Masjidil Haram. rupa-rupanya takde sekatan amik gambar dalam Masjidil Haram tuh. tak mcm dulu. berbalik pasal rahsia photo2 aku yg terang benderang tuh nak tau aku guna hp apa? aku guna hp nih:-

tadaaa Nokia N8. akunye kaler biru
itulah rahsia aku Nokia N8! actually aku sgt2 berpuas hati dgn prestasi hp Nokia N8 aku. walaupun dah setahun lebih Nokia N8 nih dilancarkan aku masih belum ada bunga2 hati nak gantikan hp aku nih. setia bebeno aku ye ngan jenama Nokia nih. org lain semua dah berpaling tadah pegi ke blackberry, iphone or samsung. tapi aku stillllll setia ngan brand NOKIA nih. sbb aku dah terbiasa kot. yelah dulu2 kan nokia nih yg paling popular. function hp nih pun mcm da terbiasa. so nak menukar ke hp jenama lain tuh masih belum ada hati lagi. still selesa ngan Nokia. 

gambar yg aku amik guna N8
Kamera Nokia N8 nih 12 megapixel dgn carl zeiss. sbb tuh boleh amik gambar lawo2 mcm kat atas nih. tak silap aku mmg belum ada kamera hp yg megapixel nya tinggi lagi dari Nokia N8 nih. Nokia N9 pun 8 megapixel jer. n ada 1216 gambar dalam hp aku n alhamdulilah setakat nih hp aku masih belum jadi siput lagi. still laju jer bukak applications yg lain or nak tgk gambar2 tuh. kiranya aku mmg takde masalah langsung lah ngan N8 nih. kalau ada pun satu dua benda yg tak mengganggu aku sgt.

Satu lagi bila amik gambar close up pun mmg lawo. nampak jelas setanding mcm amik guna kamera kompak. kalau tak caya cuba tgk versi besar photo makanan dalam post aku terdahulu sebelum post nih. mmg wat masa skrg nih aku belum ada hati nak tukar hp sbb aku ske ngan function kamera dia. mudah utk aku amik gambar kat mana2 jer. takyah aku bawak hp n kamera kompak or dslr dalam satu masa. leceh kan bawak kamera besar2 tergantung kat leher.

Pastu photo nih diedit guna picknik. hahah tuh lah rahsia besarnya. tapi if photo tuh tak lawa pun mmg payah nak diedit. sbb nokia N8 nih kualiti photo dia setanding dgn kamera kompak. aku edit cuma nak tambahkan warna dalam photo2 aku nih heheh. kalau korg cari hp yg ada kelebihan kamera aku suggestkan belilah Nokia N8. skrg da murah. pasal lain2 mcm applications hp N8 tuh boleh tahan lah. sbb aku ni bukan jenis suka meng'online'kan diri guna hp. still tak percaya online guna hp sbb takut account fb or email kena hack. 

Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih