2011 Highlights - Part 1

Post pertama utk tahun 2012. jom mengenang semula tahun yang telah ditinggalkan, 2011. so apa pencapaian or kenangan korg untuk tahun 2011? untuk aku mcm2. ada sedih. ada yg gembira. dalam banyak2 tahun aku paling suka sgt tahun 2011. nak tau ngape? meh aku cerita ikut mcm timeline kat facebook yg baru tuh.

January
aku mulakan tahun 2011 dgn keadaan yg agak pokai (sama mcm skrg nih tahun 2012 hihi) tapi dalam pokai tuh ada gak duit nak pegi Universal Studio Singapore.
feeling kat New York konon

February
masih pokai lagi tapi ada niat lagi nak ikut org pegi Universal Studio Singapore. yelah org dah pelawa. tiket free plak tuh. ikut jer lah.
antara makhluk2 Allah yang paling aku sayang - kecuali itik kat belakang tu

March
takde yang menarik bulan nih. celebrate besday anak saudara yg comel. tapi masa bulan nih lah aku da tak berapa pokai sgt. mula mengumpul kekayaan semula (wakakakak tak boleh blah statment)
kek yang comel

April
bulan nih pun takde yg menarik. highlight utk bulan nih pegi sukan tadika anak saudara aku, azwa. bulan nih jugak boleh dikatakan bulan rezeki aku ngehheeeeee.
bestfren, ayip n azwa

May
celebrate hari ibu dgn pesta ketam tahunan. pesta ketam terakhir. sbb org yg supply ketam nak berhijrah ke Shanghai. bulan rezeki lagi *sengeh*
makanan utk tambahkan kolestrol!

June
bulan yg paling aku ske sekali dan takkan aku lupakan sepanjang hidup aku. bulan gembira dan sedih. sedih sbb aku gembira sgt. berkat rezeki dari Allah, dapatlah aku menjejakkan kaki ke kota Makkah, Madinah, Jeddah dan Istanbul. pengalaman paling syahdu dalam hidup aku bila dpt menyempurnakan ibadah umrah, solat di Masjidil Haram & Masjid Nabawi, solat sunat kat raudah dan dpt cium hajarul aswad. syukur allhamdulilah.
Lambaian Kaabah pada subuh Jumaat 17 June 2011

macam panjang sgt plak. sambung part 2 lah yer. 

Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih