Esok dah kerja ke?

super excited sbb dapat gi 'chalan-chalan mesco' or Jusco
Kejap jer kan masa berlalu? tup tup dah nak masuk akhir bulan Januari. n secara tak langsung cuti 4 hari pun dah nak abis. esok dah kena keja. boooooo. tapi aku rasa esok nak g keje jalan masih belum jem lagi kot. sekolah masih cuti n byk office yang cuti seminggu. so camner korg abiskan cuti 4 hari korg tuh? ada yang balik kampung, ada yang go holiday or ada yg kahwin musim2 cuti nih kan? takpun ada gak yg dok umah jer tak buat apa2 sambil goyang kaki tgk tv. aku plak tak kemana. cuti2 nih igt nak berehat. tapi tuhlah hari2 aku keluar ada pegi shopping n ada plak g kenduri kahwin office mate aku. smlm balik dari Jusco aku mulakan operasi pembersihan tingkat 2 rumah aku. penat ok. dah mcm kapal karam dah rupa tingkat 2 rumah aku. oleh kerana aku nih allergic ngan habuk maka pada hari nih aku telah pun demam n selsema. dalam demam2 tuh kena paksa gak ngan akak aku ikut dia gi Mydin Anjung Nusajaya. penat ok. kalau korg demam pun tak ingin nak keluar kan? duduk kat umah tido lagi sedap. hihihi. balik jer dari Mydin terus aku telan ubat selsema ngan panadol. hasilnya? aku tidur dari pukul 3 ptg sampai 6.45 ptg. ayip kejutkan aku pun aku tak layan. sampai budak tuh guna alarm jam aku nak kejutkan aku. ckp dah kul 10 lah 11 lah suruh bangun. comel jer cara dia kejutkan aku.

motif aku buat operasi pembersihan? heheh katil baru aku nak sampai daaa. nih lah katil n tilam yang paling mahal aku beli.  tak sabar rasanya nak tidur kat tilam empuk baru tuh hihihi. sekali-sekala kena spend duit tuh. nanti kalau mati tak dpt rasa duit tuh. tull tak? apa salahnya sekali sekala kita rewardkan pada diri sendiri. mcm abg aku beli Ipad 2 utk diri sendiri sempena birthday diri sendiri. hahaha.

sebelum katil sampai harus cari org utk service air-cond bilik aku yg dah nak dekat setaun aku tak bukak. rugi jer byr ribu2 tapi takleh guna. nanti bila musim panas mula lah rasa beribu sesalan tak repair air-cond tuh.

Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih