Pelan ekonomi 10 tahun akan datang

Ekonomi lah sgt yer? ishh rasa mcm nak pegi cuti-cuti jer lah. tapi tak nak cuti-cuti naik kerete ke or bas ke. nak cuti-cuti naik kapal terbang. over tak aku? kekadang best juga cuti-cuti kan? nak2 yang naik kapal terbang tuh. heheh. boleh tgk tempat org (pirrrrahhh Malaysia pun ko belum khatam). tapi kan kalau nak cuti-cuti naik kapal terbang kena amik cuti lama. mana boleh pegi 2-3 hari jer. rugi lah kan. dalam banyak2 masalah bila aku nak plan cuti-cuti nih yang paling besar adalah nak mintak cuti dari boss. eeee bosan tau tak. kekadang teringin gak nak gi mana2. tapi selalu terbantut bila memikir pasal cuti. nak mintak cuti tuh ibarat nak mintak sedekah. padahal dah terang-terangan cuti yg nak aku amik tuh mmg hak aku. igtkan nak cuti-cuti ke Shanghai ujung taun nih tapi tuhlah mesti kena fire (bukan fired yer) ngan ngan chief besau kat opis tuh sbb last year aku da amik cuti 2 minggu. salah ke nak amik cuti? huk huk huk.

so aku nak listed next plan trip untuk 10 tahun (kalau diizinkan Allah lah yer) :-

1. Kota Kinabalu, Sabah

Trip nih mmg dah confirm sbb flight ticket dah setaun beli ok. RM40++ jer utk return air ticket. biasalah AirAsia kan selalu buat jualan murah. aku pegi bulan 10 nanti. cuma amik cuti half day jer kot. sbb flight aku petang jumaat n flight balik plak petang ahad. tapi ntah lah ek aku tak berapa excited ngan trip nih. means aku tak rasa mcm tak sabar2 or termimpi siang n malam ke padahal 1st time ke Sabah.

2. Shanghai, China

Trip nih plak lebih kepada trip melawat ahli keluarga. yg nih tak tau nak pegi bila. maybe ujung tahun nih or next year ke. tgk camner cuti aku leh dpt tak n yg paling penting ada cuti lagi tak. maybe trip ni akan pegi secara beramai2 ngan family members aku yg lain. sgt looking forward to this trip hehehe. tapi kalau boleh takmo pegi time winter nanti hidung aku berair jer. lagi satu aku takmo naik airasia aku nak naik MAS takpun Singapore Airlines heheh. amboi demand ko ek? tak demand lah sbb abg aku ckp kalau naik airasia 2 jam perjalanan dari airport ke rumah dia.

3. Makassar, Indonesia

memandangkan aku ada sorg anak saudara yg tgh belajar medic kat sana so aku ada lah plan ngan akak aku maybe nak kesana before dia balik Malaysia for good. bila tgk gambar beach kat Makassar nih wow mcm lagi best jer dari Bali kan? tapi tak tau bila dpt pegi trip nih. anak saudara aku ada 2 tahun lagi so paling2 lewat pun tahun depan lah aku kena pegi. so kena alert bila airasia buat sale ye.

4. Makkah and Madinah, Arab Saudi

allahamdulilah. last year dapat gak aku jejakkan kaki aku kat sini. Insya Allah kalau ada rezeki n dijemput oleh Allah ke rumah-Nya ini dapatlah aku jejakkan kaki aku ke sini lagi. aku plan nak mengerjakan haji plak n maybe kalau ada rezeki lebih sikit sebelum haji tuh nak pegi umrah lagi sekali. rindu sgt2 nak kesana lagi. ikutkan giliran haji aku tahun 2030 (aku daftar tahun 2010) 20 tahun lagi umur aku dah 50++. tapi aku akan merayu bila akak aku n abg ipar aku pegi tahun 2020 sbb diorg tuh mahram aku. doa2 kan lah aku ye. 

setakat nih trip nih jerlah yg mmg confirm sdg diplan utk 10 tahun dari sekarang. pas nih aku nak buat post trip impian plak hehehe mana tau trip 'impian' tuh dpt msk celah2 10 tahun nih ke heheheh

Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih