Dah hutang tuh bayar jer lah

Kenapa kita hidup kena berhutang? yelah kalau tak berhutang tak dapat lah tempat tinggal, kenderaan n macam2 lagi kan benda2 keperluan dalam hidup kita. tapi kita mestilah beringat. bila kita berhutang mestilah bayar kan. takkan bila dah dapat apa yg kita nak kita tinggalkan jer gitu. kesian orang yang kena menanggung hutang tuh. cerita pasal hutang nih, aku ada banyak kisah hutang. kekadang bila ingat cerita pasal hutang nih macam2 perasaan yang timbul. rasa geram ada, marah, menyampah, sedih n macam2 lagi lah. yang tak bestnya orang yang berhutang tuh lah yg selamba jer. pemiutang plak yang naik segan nak mintak hutang.

boleh dikatakan skrg nih aku sgt2 stingy. pengalaman lalu mmg betul2 mengajar aku. kalau orang nak pinjam pun aku ckp takde or tak boleh walaupun mmg aku ada pun. bukan nak menipu ke apa. dah selalu sgt kena tipu. orang kalau berhutang mmg susah nak bayar. kita plak yg mcm mengemis nak mintak. kalau kena mcm aku nih penyegan orangnya mmg selamat lah duit tuh burn. dahlah duit kita tuh mmg cukup2 makan jer. 

samalah ngan PTPTN. aku tgk ramai yg selamba jer tak bayar. dah kita buat perjanjian kita meminjam. kena lah pulangkan balik. kena lah belajar pulangkan balik apa yang telah dipinjam. kalau setakat nak hapuskan kos pentadbiran 1% tuh aku mmg setuju. tapi kalau nak hapuskan terus hutang2 mmg aku tak setuju. aku da janji berhutang n nak pulangkan. mestilah kena pulangkan balik apa yang dipinjam. 

sebab apa aku ckp nak pulangkan semula apa yang aku pinjam. cuba korg igt balik korang guna untuk apa duit PTPTN korg dulu. beli handphone? belanja gf/bf? takpun beli prepaid nak telefon bf/gf, belanja bf/gf makan or beli yang bukan2 yg takde kene mengena ngan apa yg korang belajar. buku pun photostat dari library or kawan. so cuba korang renung2 balik. nanti kat akhirat susah nak jawab weyyy. lagi satu kalau betul nak free belajar lah betul2. kalau takat belajar tak habis or terkandas tengah jalan. pastu pointer pun rendah nak dapat free jugak ke?

renung-renungkan lah yer. selamat beramal!

*mood tak berapa baik harini. sgt kecewa, bengang ngan situasi yg berlaku di opis tadi. rasa mcm nak give up jer. aku dah penat nak memikir2 kerja2 kat opis masa kat rumah, masa nak tidur, masa nak mandi. seriously i really need a new job! kalau aku tak give up pun takut body aku jer yg akan give up!

aku nak berhijrah kat sini n duduk sampai ajal aku sampai. tenang sgt2 kat sini. 
lupa plak. lagi satu sesiapa yg ada hutang kat aku tuh. bawak2 lah yer membayarnya. aku takmo bersoal jawab ngan korg kat akhirat nanti. sekian terima kasih. selamat beramal!

Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih