Esok hari Isnin ye!

soto version family aku
Datang lagi hari minggu ek? apa2 pun aku paling suka minggu nih sbb aku akan bercuti dua hari yer. itu pun kalau dapat lah ek. nak buek apo aku dgn cuti ek? rabu nih da tentu public holiday kan. tapi khamis aku kena gi HSA utk buat scan perut. tgk buah pinggang plak. adeh mcm2 kan aku nih. nak buek mcm mana. igt tak post title aku Last Goodbye tuh? mmg masin jari aku sbb mmg last goodbye pun. last goodbye kat klinik  pakar perubatan tuh jer lah. kat kad rawatan aku tuh dah tulih discharge lagi dari klinik pakar perubatan tuh. walaupun aku tak berapa pueh ati lah ngan situasi aku kat situ masa harituh. mcm byk result ujian2 aku yg dah buat takde. hari tuh makan ubat n amik darah mcm sia2 jer. dah lah mula2 fail aku tak dijumpai. maleh lah nak byk tanya. kalau kena orang lain tuh mesti dah bising. nasib baik aku nih penyabar orangnya. tapi takde lah last goodbye sgt yer. aku kena jumpa pakar endokrin plak. bab nih yg paling menyampah sbbnya dari bulan januari arituh kata nak refer aku g endokrin. tapi tak refer2 gak. ahh lantaklah. malas nak tanya2 pasal benda tuh. dietitian aku plak ckp berat makin naik. rupanya sbb ubat hormon yg aku makan utk dtg period lah puncanya. adehh banyak susah lah ini macam. aku da stop makan ubat tuh.

last week mmg minggu yg sgt memenatkan. stress semua ada. malas lah nak cerita kat sini sbb mengspoilkan mood aku dihari minggu plak. soto kat atas tuh plak soto smlm. hari minggu kan hari makan2 family aku. akak aku rajin nak masak soto. dapat lah aku tumpang 2 kaki. aku tolong sikit2 lepas balik dari perodua. da 2 minggu berturut2 aku g perodua last week pegi servis n this week ganti absorber. absorber aku da leaking. 

org tanya aku nape tak pegi bengkel luar jer. nape nak kena servis kat perodua. jawapan aku ialah aku percaya ngan pusat servis perodua yg aku selalu pegi tuh. korang ada laki mmg lah laki korg boleh bawak kereta tuh gi bengkel2 luar tuh. takde lah kena tipu. kalau aku perempuan yg pegi mmg tong2 kena tipu punya. lagi satu aku percaya kalau kita gunakan alat ganti yang tulen insya Allah kurang masalah. al maklumlah aku nih kan sapa. kalau kereta aku rosak kan susah. sapa yg nak tolong aku nanti. mintak2 dijauhkan lah yer. aku nak pakai lama kereta tuh.

sedap ke ayip hirup kuah tuh? nanti da besar jgn lupa
cikda ye ayip.... sian cikda nanti da tua mesti hidup sorg2 

Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih