Akhirnya!


Akhirnya!
Setelah hampir 11 tahun menunggu akhirnya siap juga n dapat kunci.
Lama gila nunggu.
Dari aku tengah belajar kat UiTM sampailah aku dah kerja baru siap.

Rumah murah je. Mak aku yang punya.
Dapat pun sebab kena halau dari rumah setinggan yang kitaorang duduk dulu.
Dapat tawaran beli ek bukan dapat free.

19 tahun aku duduk kat rumah setinggan tuh.
Daripada takde air kongsi pili air ramai-ramai sampailah dapat meter air sendiri.
Daripada takde elektrik pakai generator sampailah TNB pasang tiang letrik
Daripada jalan pasir jer sampailah jalan di tar.
Daripada guna public phone sampailah TELEKOM pasang tiang.
Daripada ruma ada 1 bilik sampailah jadi 3 bilik.

Banyak betul kenangan pahit, manis, suka n duka kat situ.
Banyak mengajar aku tentang kehidupan sebenar.
Kat situ jugalah aku ada zaman kanak-kanak paling indah.
The real one.

Dan yang paling berharga sekali kenangan dengan arwah bapak aku.
Terima kasih kerana mengajar kitaorang erti kehidupan sebenar.
Walaupun bukan rumah mewah dan sempurna yang Bak sediakan utk kitaorang
Walaupun ada orang kurang selesa ngan keadaan rumah kita.
Tapi aku bersyukur kerana pada mata aku itu dah cukup sempurna.

Arwah bak dah bagi harta paling berharga.
Sebagai bekalan dimasa depan dan juga di akhirat nanti.

ILMU
Dunia & Akhirat.


~Al-Fatihah~

Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih