Hantaran oh Hantaran

Tadi pagi masa dalam perjalanan pegi kerja aku dengar Radio ERA.
Sejak dua menjak nih aku rajin gak layan Radio ERA.
Sebenarnya tengok mood aku. Kalau musim tuh mood aku nak dengar lagu omputeh aku memang dok layan HITZ.FM or MIX FM hari-hari.
Or kekadang nak layan lagu retro aku dengar plak SINAR FM.
Tapi pegi pusing balik memang stesen2 kat AMP Radio gak yang jadi pilihan aku. ERA, HITZ, MIX & SINAR kat satu company.

Kalau bfast show ERA ada JOHARA, HITZ ada EAN & JINBOY, MIX ada THE ROD & SARIMAH dan SINAR ada KRILL, SALLEH YACOB & KAK ENGKU.
Tapi la nih memang dok layan JOHARA lah. Dengar Johan gelak pun dah rasa kelakar.

Tapi aku bukan nak tulis pasal radio.
Sajer nak cerita pasal topik pagi tadi kat JOHARA pasal hantaran.
Ada sorang pemanggil tuh call ERA bagitau masalah dia yang mak dia letak tinggi benar hantaran.
RM20K ko.
Memang standard sekarang RM20K ke hantaran kalau ada degree?
Yang aku tepuk dahi tuh pemanggil yang call tuh dah umur 36 tahun.
Bukan muda umur 23 ke 24 ke or bawah 30-an.
Perghhh mak dia memang sanggup tengok anak dia membujang sampai ke tua selagi tak dapat RM20K.
Pastu ada sorang pemanggil lelaki tuh plak ckp setakat RM20K tuh takde masalah bagi dia.
Kalau ko keje best memang lah takde masalah.
Cer kalau ko keje kerani je mintak RM20k. Pengsan ko.

Tapi pada pendapat aku lah kalau parents letak harga tinggi2 sampai 20K, 30K atas alasan anak dia belajar pandai, dah jaga baik-baik, bagi cukup makan, xda calar balar, pakaian n apa-apa lagi jer, cantik, lawa semer tuh.
Ibaratnya parents tuh jual anak macam jual ayam.
Ibaratnya ko nak balik duit yang ko dah laburkan masa besarkan anak ko tuh?
Untung ada orang nak anak ko tuh sekurang-kurangnya lepas dah tanggunjawab.
Lepas nih anak ko buat dosa semer jatuh kat laki dia. Bukan ko lagi.

Ada orang nak hantaran tinggi2 sebab nak wat majlis besar-besaran.
Macam-macam lagi lah.
Macam kahwin tuh satu hari jer ek.
Tak fikir kemudian hari. Kalau kaya raya takpelah nak wat majlis 15 hari 15 malam pun takpe.

Alhamdulilah, mak & arwah ayah aku letak yang rendah-rendah jer untuk akak-akak aku.
(Dan Insha Allah untuk aku juga tapi sampai sekarang takde org masuk minang wakakakakaakakak.)
Walaupun akak-akak aku tuh ada degree, berkerjaya tapi letak bawah RM5K ok.
Ada akak aku tuh free jer sebab masih study (study kat oversea kan senang kalau dah kahwin jimat belanja nak sewa rumah).

Kalau aku kahwin nanti (insha Allah) kalau boleh aku takmo hantaran2 nih termasuk yang dulang-dulang tuh.
Sanding2 takde. Kenduri pun lepas nikah jer.
Wakakakak sapa lah yg nak aku ni weiiii

Lagipun perasaan aku sudah kosong, kosong, kosong...

Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih