Camner nak kurangkan makan?

Lontong Kering

Apa kena ngan aku hari nih.
Kerja asyik nak melantak jer. Dari celik mata sampai ler nak lelap mata nih melantak jer.
Selalunya cepat kenyang, tapi tah harini pelahap semacam jer aku nih.
Pagi sarapan kat rumah tengok akak aku buat bihun goreng putih.
So aku pun melantaklah semangkuk. Nampak ada lebih aku tapau sikit g keje.
Pastu kawan aku plak tumpang aku g keje, n dia belikan aku lontong kering kat atas nih.
Hajat dihati nak makan time lunch tapi nan hado, 
sampai opis aku melantak lontong nih sebab menggoda sangat.
Lepas tuh dalam pukul 11 lebih tetiba teringat bihun goreng yg aku tapau dari rumah terus melantak kejap.
Pastu tetiba tengahari malas nak makan nasi, order mcD yang super duper slow servisnya.
mcD order Prosperity Burger, fillet-o-fish & mc flurry.
Mc Flurry & fillet-o-fish aku simpan n cuma makan prosperity burger jer.
Oleh kerana aku order yang double so aku kenyang sampai ke petang ditambah ngan kerja yang tetiba banyak sangat kan so memang tak boleh nak ngadap makanan.
Petang balik rumah tengok ada ayam masak lomak plak pastu apa lagi sepinggan nasi ler.
Naik atas ke bilik sekali tengok dalam handbag ada fillet-o-fish tuh ekekekekek
So apa lagi lepas maghrib melantak ler.
Aduhaiiii hari nih asyik makan jer.
Rasa mcam nak tampo diri sendiri!

Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih