Selamat Hari Cikgu!

Tak terlewat rasanya aku nak ucapkan Selamat Hari Guru kat cikgu2 kat luar sana. 
Lagipun kat Johor nih esok baru celebrate Hari Guru. Semalam cuti kan. 
Sepanjang zaman sekolah aku, aku masuk 3 sekolah berbeza. 
Sekolah Rendah, Sekolah Menengah n Sekolah Menengah (Form 6).
Sekolah mana tuh errr takyah ler nak ckp. 
Tapi tiga-tiga sekolah tuh Sekolah paling famous kat JB nih. 

Banyak kenangan masa sekolah dulu. 
Tak boleh lupa masa aku Form 3. Kelas Bahasa Inggeris. 
Tak buat kerja sekolah. Boleh plak meniru. 
Sudahnya 4-5 orang yang meniru cikgu baling buku ke padang sekolah. 
Tapi cikgu plak salah baling, so jatuh kat bumbung sekolah.
Kengkawan aku yang kurus tolong panjant bumbung ambik buku tuh. 
Nasib baik tak jatuh. Kalau jatuh tak pasal-pasal patah kaki. 
Memang aku ngaku salah kami meniru n patut dihukum. 
Tapi hukuman gitu sgt membahayakan. 
Aku lebih rela kena rotan daripada dia baling buku mcm tuh.
Kalau lah bumbung tak kuat n jatuh. Camner? 
Mintak maaf ckp sampai sekarang aku tak suka cikgu tuh. 
Hahahahah sebab tuh kot English aku dpt B masa PMR.

Masa Form 2 actually aku suka cikgu yang ngajar BM. 
Dia tuh merangkap cikgu kelas. Lupa dah nama dia. 
Tapi aku ingat muka dia camner. 
Tapi aku pelik nape budak kelas aku tak suka dia. 
Dia bukan jahat n kaki bebel pun. 
Maybe cikgu tuh tak moden kot, maklumlah sekolah aku kan kat bandar.
Banyak org ada-ada sekolah situ. 
Sebab aku perasan cikgu-cikgu yang macam tuh memang kurang peminat kat sekolah aku nih.

Saman lah masa Form 5 lagi lah. 
Tak suka betul budak kelas aku ngan form teacher kitaorg. 
Cikgu BM juga tuh. 
Siap amik gambar kelas muka seekor2 sorang-sorang masam mencuka. 
Ngan aku2 sekali ngikut (bila ingat balik rasa macam bangang je). 
Apa yang dia buat ek sampai tak suka dia. 
Bila ingat-ingat balik mcm takde lah plak apa2 yang dia buat. 
Tapi bila amik gambar ngan cikgu math n sains (sebab masa tuh form teacher cuti) 
wahh senyum melebar semua. 
Bila ingat-ingat balik tak baik buat form teacher macam tuh. 
Dia sanggup amik gambar semata2 nak wat kenangan. Tapi muka sorg2 masam. 
Kalau kengkawan sekolah aku baca blog nih, sila lah tengok gambar kelas tuh balik ya.
Sedih plak bila igt balik n nyesal betul buat mcm tuh.

Masa Form 2 lagi teringat cikgu Math aku, penyelia petang letak 'titik perpuluhan' kat dahi aku, pipi aku sebab aku terlupa tulis dalam buku. Ekeke. 
Yang nih aku tak marah sebab memang patut aku kena pun ekeke
Tapi yang paling aku regret sekali masa Form 4. Kelas sains.
Cikgu sains aku nih mcm senang kena 'main' ngan student. 
Tak tau lah sebab mata dia tak nampak ke apa sebab dia pakai cermin mata tebal gila. 
Buku eksperimen sains aku tuh 3-4 eksperimen jer yang tulih. Yang lain kosong jer. 
Mana tak masa kelas sains dua baris kat depan masa kat makmal jer yang dengar apa yang cikgu ckp. Sampai sekarang dah 18 tahun tinggalkan Form 5 masih mimpi cikgu nih sebab tak siap buat kerja sekolah.

Apa-apa pun terima kasih cikgu-cikgu yang telah mendidik aku.
Tanpa diorg sapa lah aku.

Selamat hari guru juga kepada abang aku, akak-akak aku n akak ipar aku (semua cikgu season nih sebab ada 2 org dah nak pencen hihihi) dengan ucapan buat akak-akak n akak ipar aku next year tak nak g mana2 ke? hahahaha

Homemade biskut untuk cikgu-cikgu Mat Ayip

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih