Posts

Showing posts from January, 2015

Lagu & Kenangan

Image
Chewahh macam tajuk cerita radio retro plak kan. Ni nak tanya sikit, korang ada tak lagu-lagu yang korang memang tak boleh dengar n kalau dengar boleh memberi emosi yang tidak menentu. Macam sedih ke nak marah ke. Or ada tak lagu-lagu. Pastu lagu-lagu yang bila dengar jer, terus teringat sesuatu peristiwa tuh. Aku ada beberapa lagu yang memang aku tak boleh dengar langsung. Kalau boleh pleaseee lagu tuh jangan keluar time ada orang lain. Sorang-sorang takpe heeeeeee. 1. Aishah - Ayah Dengar lagu nih mesti jer meleleh air mata. Jangankan dengar lagu terpandang tajuk lagu nih jer dah bergenang air mata aku. Lagu ini mendalam maksudnya. Rindu sangat dengan arwah ayah aku.  Al-Fatihah. 2. Ayah & Ibu - Sudirman Lagu-lagu yang subjek matter nya adalah mengenai Ayah dan Ibu memang aku tak boleh dengar. Bukan tak boleh dengar, boleh tapi mesti dengan lelehan air mata. Lagi-lagilah masa zaman drama hari raya syahdu banyak guna lagu nih 3. Sumaiyah - Hijjaz...

Duku

Image
Buah Duku Haritu masa musim buah nih bersepah-sepah orang jual tepi-tepi jalan. Masa tuh memang beli ler. Kalau dapat yang manis. Perghh sedap kan. Nih sekarang tak musim dah. Bila bukak file gambar aku nak cari cerita nak tulis jumpa plak gambar buah nih. Aku nih bukan lah org kata gila buah-buahan nih. Makan buah ikut mood. Tapi sekali kalau dah makan boleh sampai demam n sakit tekak. Heeeeeee. Buah duku nih pun sama ler bila takde mood memang tak pandang pun tapi bila dah makan selagi tak abis ngadap sampai licin. Lagi-lagi kalau dapat yang manis. Haishhh sedapnya. Bila lah musim durian nak datang ek? rindunya aku ngan buah kaler kuning tuh.

Gambar je 1

Image
Harini belanja gambar langit jer. Takde idea nak tulis apa. Alam ciptaan Yang Maha Esa. Lokasi: Jalan Johor Bahru - Pontian

Maggi Royale

Image
Haritu masa Nuffnang bagi CPUV iklan maggi nih tak sempat nak buat entry.  Korean Spicy or Penang Seafood Curry Aku suka yang Penang Seafood Curry. Sedap tak siumann betul lah.  Buat kuah tuh pekat-pekat lepas tuh top up kerang ke, fish ball ke or apa-apa. Slurpppp sedapnyaaaa

Nasi Goreng Pagi

Image
+ = Kalau dah keluar entry pasal makan, memang memanjang jer lah

Ubat penambah lemak

Image
Ini lah kerja aku kalau time lapar kat rumah. Dalam peti ais mesti ada stok benda alah tak berkhasiat nih. Pastu bila boring n nak kunyah-kunyah, benda nih ler aku bongkar dalam peti ais. Lepas makan sepinggan mcm nih ( reramai ek bukan aku sorg makan ) mula lah rasa guilty sebab secara tak langsung menyumbankan 10% lagi lemak dalam badan nih. Ini pula ubat penambah lemak di waktu pagi pada hari bekerja. Dulu x office mate aku nenek dia jual nasi lemak yg pada aku the best Nasi Lemak RM1.00 kat Larkin kot. Sedap gila ko sambal dia. Aku sambal Nasi lemak yg cam kering-kering tak berair tuh. Kalau beli memang tak cukup satu mesti order 2. Sekarang nih dah lama tak makan sebab office mate aku pun da berhenti n nenek dia pun dah tak larat nak jual. Burppp alhamdulilah...

Cepat sedih

Aku ni sangat emosional orangnya. Especially bila permintaan kita kena reject. Tapi emo aku nih takde over sgt marah-marah ke cepat terasa ke. Aku lebih kurang orang yang cepat sedih. Pantang tengok cerita sedih sikit boleh berair air mata. Tengok kartun Toy Story 3 pun boleh meleleh air mata ( scene Andy berpisah dengan woody ). Hari ni bila ada masa terluang tadi aku jalankan misi mencari pusat dialisis untuk mak aku. Doktor dah suruh standby cari tempat dialisis untuk mak aku sebab condition buah pinggang dia dah makin merosot. So puas lah aku menelefon dari satu tempat ke satu tempat. Semua tempat dah penuh n tak terima lagi pesakit. Tapi yang aku rasa macam sentap sikit tuh aku telefon satu pusat dialisis kat satu hospital pakar nih, perghh ganas betul nurse kat situ jawab. Alahaiii jawab baik-baik macam Pusat Dialisis Perbadanan Islam kat Kebun Teh tuh kan bagus. Siap bagi suggestion lagi kat mana nak cari tempat yang lain. Banyak tempat aku telefon tapi jawapanya,  ...

Ada cam pelik tak?

Image
New wishlist? Myvi dah keluar model baru. Ini generasi yang ketiga kot? takpun yang keempat. Tadi tgh tgk tv keluar lah iklan myvi baru nih. So akak aku pun bagi cadangan aku tukar kereta myvi baru nih. Sebab kereta aku pakai skrg nih kereta manual. Antara alasan akak aku kaki aku tak penat skrg kan jem jer pastu aku dok ngomel jem, jem, jem, sakit kaki, sakit kaki jer kan. Lebih baik aku tolak kereta lama amik myvi baru nih. Lagi satu dia ckp boleh lah pinjam kereta aku takpun tukar-tukar kereta ngan dia. Tapi masalahnya aku rasa cam pelik jer kalau tukar kereta baru cos kereta sekarang yg aku pakai ni model yang nih:- - -- --- ---- Gambar lama. Baru 2 hari dpt kereta kot.  Rumah aku pun masih anak dara lagi.  Belum ternoda Myvi jugak! tapi generasi pertama. Baru jer rasa nak seronok hilang satu beban hutang. Takkan nak tambah hutang lagi kottt. Haishhhh akak aku punya suggestion buat semua tulang2 aku bergetar ler ( apa kena mengena? ) hahahah...

Anak itu amanah dari Allah

Image
Sekarang nak tau berita ngan cepat bukak jer Facebook. Belum sempat keluar kat tv, kat Facebook dah keluar dulu. 2 hari lepas ada baca pasal budak umur 7 tahun kena kurung oleh bapa n ibu tiri dia. Kita tak tahu apa masalah dia tapi untuk mengurung budak umur 7 tahun kat rumah kosong tanpa elektrik, air & makanan adalah sangat tak berperikemanusiaan. Tak kira lah apa keadaan sekali pun memang tak patut kurung anak dia mcm tuh. Umur 7 tahun tuh baya anak-anak saudara aku. Terbayangkan Mat Ayip aku nih kena kurung lepas tuh tak bagi makan, Ya Allah tak tahu nak ckp apa. Baca berita tu kat Facebook pun nak menitik air mata aku. Aku yg tak pernah kahwin, pregnant n lahirkan anak pun boleh tersentuh pasal budak-budak nih takkan lah diorg nih tak rasa apa-apa kot? Mat Ayip tuh yg bukan keluar dari perut aku tapi first week dia kat sekolah aku dah sedih, risau semua ada. Minggu ni dah start belajar bag dia berat pun aku risau. Risau tak boleh naik tangga bas. budak susah nak ma...

The Backup Plan 2.0

Image
Aku pernah buat entry pasal the backup plan masa tahun 2012. Tadi terrrbaca balik entry nih bila bukak entry yg baru aku post tuh, nak tergelak aku baca hihihihi. Masa zaman tuh boleh lah buat backup plan mcm tuh. Masa tuh memang berganda-ganda backup plan aku.  Masa tuh selalu dalam simpanan yg ada atm card jumlahnya mesti tak lebih 2x ganda gaji aku. Kalau lebih kena agihkan kat asb or tabung haji. Time tuh takde nya gatal2 nak gi melencong ke or beli benda bukan-bukan. Masa tu misi simpan duit jer. Takde belanja-belanja. Time tuh plak dapat gaji lambat lebih 1hb n due date semua hutang2 adalah 1hb so backup plan dulu tuh sangat lah penting. Sekarang nih before 31 mesti gaji dah masuk so backup plan aku pun dah terbang hahaha. Faktor lain yang buat simpanan backup aku hilang or kurang adalah disebabkan aku kerap berjalan-jalan dalam 3 tahun nih. Every year ada jer nak terbang sana, terbang sini. So tahun 2015 nih aku memang aku tak mahu ke mana-mana. Dok rumah jer. Plan n...

Obsesi

Image
Sejak 2 - 3 menjak nih aku kalau naik kereta especially pagi nak pergi kerja mesti bukak radio MIX fm. Aku ni tak tentu dengar station mana. Sebelum nih dok dgr ERA. ERA memang kelakar dgn JOHARA tuh tapi banyak sgt ckp plus iklan. Bosan weiiii boleh terlentok nak tertidur. Dah lah lagu dok ulang2 yg sama jer. Tiap2 pagi mesti ada lagu tuh cuma waktu jer lain-lain. Tapi sebelum ERA aku dgr HITZ, bila J.J blah pegi RED aku dgr ERA. Tapi sebelum HITZ aku rajin dgr SINAR. Tapi cam biasa lagu kurang banyak iklan n cakap so tukar ler station. So boleh dikatakan selera aku berubah-ubah. sumber: google Haha melalut plak aku nih. Sebenarnya nak cerita, smlm pagi aku dgr topik morning show kat MIX fm pasal obsession. So adalah orang call obsess pasal bola lah n dj dia aishah sinclair tuh husband dia nih obsess pasal kereta. Tapi yang tak boleh blah ada sorg caller perempuan nih. Dia obses dgn ex-bf dia. Tak sangka aku ada org obeses mcm tuh sekali. Ingatkan dalam drama or filem je...

School holidays it's over!

Image
Tahun lahir: 2008 Habis dahhhh cuti sekolah so hari ini bermulalah jalan-jalan jem di sekitar sekolah-sekolah di Negeri Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu. This year aku ada 4 orang yang terdekat ngan aku start sekolah Darjah 1. Tiga orang anak saudara dan seorang cucu saudara. My 2nd cucu ( 1st cucu dah darjah 4 tahun ni hihihi ). Fuhh rasa macam sekejap jer kan masa berlalu? Dah sekolah darjah 1 dah budak-budak ni. Tiga orang dah sekolah hari ini, sorang lagi esok baru sekolah sebab dia kat Shah Alam. Budak yg aku gaduh hari-hari. Botol air siap berbalut ngan tuala sbb mak  dia bekukanair milo tuh hahaha Antara 4 orang nih, Mat Ayip ler paling rapat ngan aku sebab dia duduk serumah ngan aku dari umur dia 1 tahun sampai lah sekarang nih. Teman gaduh aku hari-hari, teman aku gi Jusco, teman aku g makan Sushi King etc so kiranya dia dah jadi macam anak aku jugak ( takde anak, anak sedara pun jadilah kan?? ) so sebak dada aku bila tadi dia naik bas sekolah tim...

Budi bahasa amalan kita

Image
Hmmmm Bulan lepas aku ada appointment kat sini. Satu appointment mak aku n satu appointment aku sendiri. Anak beranak check-up kat sini. Tapi kitaorg jumpa pakar lain-lain. Mak aku jumpa pakar Nefro aku plak hmmm biarlah rahsia.  Rahsia bukan sebab apa sebab aku nak cerita pasal doktor pakar yang aku jumpa kat sini. Dulu pun aku pernah membebel pasal doktor nih kat blog nih yang pada pendapat aku adalah sangat tak patut dia marah patient dia macam tuh. Tapi bila aku fikir balik. Bagus jugak kan, Kena fikir positif maybe dia marah sebab nak suruh orang berubah n jaga kesihatan sendiri daripada doktor yang buat bodoh tak cakap apa-apa. Tapi walaubagaimanapun kena ada sempadan untuk marah, menengking or memaki orang. A BIG NO, NO, NO kalau buat benda yang sama pada orang tua. Kalau orang muda macam aku ko nak maki aku ke nak marah ke still aku boleh terima. Paling-paling pun aku tempeleng je kepala ko doktor hahahaha. Ok itu imiginasi jer ya. Paling-paling rasa sentap ...

2014 Highlights - Part 2

Image
Sambungan daripada Part 1 Julai Bulan puasa plus raya. Macam-macam jadi bulan ni. Negara belum habis terkejut pasal MH370 tiba-tiba dikejutkan sekali lagi dengan tragedi MH17. Sedih betul. Berbuku-buku hati aku tahan sebak bila baca semua berita-berita kat laman sosial, suratkhabar & television. Hari raya pun disambut secara sederhana n tiada hiburan yang berlebihan kat tv. Mak sedara with anak-anak sedara Ogos Bulan nih still lagi bulan sedih. Jenazah-jenazah mangsa tragedi MH17 dibawa pulang dan Hari Berkabung Negara pada 22/8/2014. Bulan ni aku ada check up dengan pakar kat HSA. Alhamdulilah dapat feedback positif sebab turun berat 10kg. Senja nan kuning/oren September Bulan 9, bulan bermulanya musim haji. Alhamdulilah kakak aku n husband dia telah sampai giliran menunaikan haji. Kakak aku antara orang pertama dikalangan adik beradik aku yg dpt menunaikan haji. This month gak mak aku ada check up dgn pakar kat HSA. Tak sempat buat entry pasal cerita nih....