Obsesi

Sejak 2 - 3 menjak nih aku kalau naik kereta especially pagi nak pergi kerja mesti bukak radio MIX fm. Aku ni tak tentu dengar station mana. Sebelum nih dok dgr ERA. ERA memang kelakar dgn JOHARA tuh tapi banyak sgt ckp plus iklan. Bosan weiiii boleh terlentok nak tertidur. Dah lah lagu dok ulang2 yg sama jer. Tiap2 pagi mesti ada lagu tuh cuma waktu jer lain-lain. Tapi sebelum ERA aku dgr HITZ, bila J.J blah pegi RED aku dgr ERA. Tapi sebelum HITZ aku rajin dgr SINAR. Tapi cam biasa lagu kurang banyak iklan n cakap so tukar ler station. So boleh dikatakan selera aku berubah-ubah.

sumber: google

Haha melalut plak aku nih. Sebenarnya nak cerita, smlm pagi aku dgr topik morning show kat MIX fm pasal obsession. So adalah orang call obsess pasal bola lah n dj dia aishah sinclair tuh husband dia nih obsess pasal kereta. Tapi yang tak boleh blah ada sorg caller perempuan nih. Dia obses dgn ex-bf dia.

Tak sangka aku ada org obeses mcm tuh sekali. Ingatkan dalam drama or filem jer rupanya dalam real life pun ada. Caller ni ckp dia baru 6 bulan berpisah ngan ex-bf dia selepas 3 tahun bercinta. Dia ckp tiba2 jer ex-bf dia putus dgn dia n dia treat ex-bf dia dgn baik tak tau kenapa dia nak putus. So dia stalk ex-bf dia punya sosial media. Walaupun ex-bf dia dah remove or block dia tapi dia buat fake account n dia find out ex-bf dia dah ada new gf. Yang paling menakutkan dia stalk new gf ex-bf dia tuh kat sosial media n siap communicate dgn new gf ex-bf dia tuh. Yang tak boleh blah dia dpt tahu yg new gf tuh ada join satu kelas ni n dia pun join gak kelas tuh dan sekali sekala hang out ngan perempuan tuh lepas kelas. Ngeri tak ngeri kan? Dj2 tuh tanya kenapa dia buat gitu. Dia ckp dia saja nak tgk camner relationship new gf tuh dengan ex-bf dia. Dan paling teruk misi dia adalah nak ruin or musnahkan relationship diorg. Terkesima terus Aishah Sinclair ngan Rod Monteiro tuh n siap nasihatkan perempuan tuh jgn buat mcm tuh. Apa yg lepas biarlah lepas. Tapi perempuan psyco ni ckp dia mesti buat mcmtu sebab ex-bf dia hanya untuk dia sahaja. Memang gila lah. Siap ada ketawa sinis tuh tak boleh blah. 

Aku pun terkesima pagi tadi. Ada juga orang psyco mcm tuh kan? so aku dah tau kenapa ex-bf dia tinggalkan dia. Mesti dia terlalu obses dgn ex-bf dia. Ini dah masuk kategori kekasih psyco nih. Kesian kan. Maybe perempuan nih dalam kategori kurang kasih sayang takpun misi balas dendam sbb dia dah banyak berkorban tapi lelaki tuh tinggalkan dia gitu jer. Mana lah kita tau kan?

Tapi jangan ada yg masuk 999 dah lah ye...

Comments

  1. err..memang seram..ada juga orang macam tu kan..psiko sangat..wana pun ada pengalaman diganggu dengan pompuan yang psiko macam ni..memang orang macam ni tak suka nak tengok kebahagiaan orang lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuh lah dgr suara perempuan tu kat radio pun rasa seram. ada juga orang mcm tuh. igt dalam drama jer hihihi

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih