2014 Highlights - Part 2

Sambungan daripada Part 1

Julai
Bulan puasa plus raya. Macam-macam jadi bulan ni. Negara belum habis terkejut pasal MH370 tiba-tiba dikejutkan sekali lagi dengan tragedi MH17. Sedih betul. Berbuku-buku hati aku tahan sebak bila baca semua berita-berita kat laman sosial, suratkhabar & television. Hari raya pun disambut secara sederhana n tiada hiburan yang berlebihan kat tv.
Mak sedara with anak-anak sedara

Ogos
Bulan nih still lagi bulan sedih. Jenazah-jenazah mangsa tragedi MH17 dibawa pulang dan Hari Berkabung Negara pada 22/8/2014. Bulan ni aku ada check up dengan pakar kat HSA. Alhamdulilah dapat feedback positif sebab turun berat 10kg.
Senja nan kuning/oren

September
Bulan 9, bulan bermulanya musim haji. Alhamdulilah kakak aku n husband dia telah sampai giliran menunaikan haji. Kakak aku antara orang pertama dikalangan adik beradik aku yg dpt menunaikan haji. This month gak mak aku ada check up dgn pakar kat HSA. Tak sempat buat entry pasal cerita nih. Condition buah pinggang mak aku semakin merosot. Doktor dah suruh mak aku buat tapak untuk dialisis. :(
Bersama mak masing-masing

Oktober
Bulan hari raya haji. Bulan nih juga abang aku n family yg menetap di Shanghai balik ke Malaysia for good. Sepatutnya balik awal bulan 1, 2015 tapi oleh kerana akak ipar aku pregnant so kena balik awal sebab kalau bulan 1 tak boleh fly sebab masa tuh dah tunggu masa nak bersalin.
ketupat, rendang, kurma ayam & sambal goreng 2 jenis

November
Bulan 11 selalu meriah sebab ada ramai yang sambut birthday bulan ni. So memang mesti ada birthday celebration bulan ni (untunglah budak lahir bulan 11). Bulan nih juga mak aku dapat cucu baru n aku dapat anak saudara baru. Akak ipar aku yg kerja kat Shanghai dah bersalin baby premature. Alhamdulilah baby sgt strong tak payah masuk inkubator pun.
3 sepupu

Disember
Bulan birthday aku. Orang cakap orang yang lahir bulan Disember lambat matang. Ye ke? This year dapat surprise lain sebab surprise yg biasa aku dah boleh bauuu. Siap rumah direnjis dengan minyak angin geliga sebab tak nak aku tau diorg ada bakar kek. Sanggup kan?? Bulan nih juga ada macam-macam berlaku. Banjir besar kat pantai timur dan tragedi QZ8501 pesawat AirAsia Indonesia yang terhempas di perairan Indonesia.
Sayang Ariff juga!

Hmmmm tak tahu nak ckp apa. Tapi 2014 totally a rough year utk Malaysia.
Mari lah kita sama-sama berdoa agar 2015 membawa sinar kebahagiaan untuk kita semua.

SELAMAT TAHUN BARU 2015!



Comments

  1. moga 2015 memberikan sinar ceria buat kita semua..selamat tahun baru 2015 :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih