Esok dah Selasa (dah Ahad pun esok)??

Entry ini patutnya dipost pada Isnin 4/5/15 haritu. Tetapi memandangkan aku hanya mampu menulis tajuk je, so hari ni baru boleh menulis isi-isinya pula.

Banyak benda nak tulis, banyak cerita nak story, banyak kisah nak bagitahu tapi tahap kemalasan aku mengatasi segala-galanya. 

Cuti 4 hari minggu lepas aku tak kemana-mana n banyak plan tak jadi. Hari Jumaat, abg aku n family balik rumah bawak balik baby Danish. First time bertentang mata dengan anak saudara ni. Geram dengan kecomelan dia.

Danish & 2 orang abangnya
Hari Sabtu plan nak pegi ke JPO, selepas bertekak pasal jumlah ahli rombongan, akhirnya pegi dengan dua buah kereta. Satu akak aku drive. Satu aku drive. Ramai betul manusia. Parking pun susah. Dah lama mengumpul duit nak masuk butik Michael Kors. Penat je beratur tapi handbag yang dicari tiada. Kecewa betul. Akhirnya handbag Fossil menjadi pilihan.

Gambar bulan puasa tahun lepas. Pagi tak ramai org
Hari Ahad, berhajat nak ke Legoland Waterpark tapi pukul 3 pagi sudah hujan lebat. Pukul 10 pagi masih hujan renyai-renyai dan cuaca pun mendung je. Batalkan niat, kita ke Jakel je mencari kain untuk dibuat beraya. Lepas ke Jakel hajat dihati nak redeem kupon groupon Manhattan Fish Market. Tapi tersalah tempat kami pergi ke Aeon Bukit Indah yang tiada restoran tuh. Makan di food court je.
On the way jemput Mak aku kat Pusat Dylisis
Hari Isnin, last day tak pegi kemana-mana. Puasa membayar hutang-hutang Ramadhan tahun lepas. Mak aku pulak memang ada dylisis hari Isnin. So just keluar amik dia balik dari Dylisis Center. Nasib baik ada peneman setia.

Sekejap jer cuti 4 hari kan? macam tak terasa cuti kali ni. Bila lah lagi dapat cuti panjang macam nih. Cuti sendiri tak sama dengan cuti umum.

Hmm lama tak menulis. Otak pun dah beku takde idea. Walaupun banyak cerita nak story tapi katil & bantal aku lagi kuat memanggil. Selamat Malam!

Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih