Ahli keluarga baru

Latest addition to Arwah Hj. Wahid Clan!

Alhamdulilah, aku dapat anak saudara yang ke-24. Anak kepada abg n akak ipar aku. Kemungkinan besar anak saudara yang terakhir. Sebab akak-akak aku dah tutup kilang hahaha n akak-akak ipar aku pun sama (kot) hihihi. Anak saudara aku ni lahir tak cukup bulan. Baru 7 bulan dalam kandungan dia dah tak sabar nak keluar. Sama macam abang dia juga yang lahir tak cukup bulan. Alhamdulilah, semuanya cukup sifat n paru-paru dia pun strong untuk dia bernafas sendiri. So dia tak masuk inkubator n boleh pulang keesokkan harinya. 

Hadiah Mak Cha (akak aku) pada baby Danish
Lepas nih tunggu cucu saudara jer lah ye. Anak saudara dah takde kot (sapa lah kita nak tolak takdir Allah kan?) Abg2 n akak2 aku jer lah tunggu anak saudara dari aku (wakakakaka gelak guling2). Cucu saudara dah ada 6 itu pun baru 2 orang yang kahwin. Pulak tuh anak-anak saudara aku kebanyakkan dah besar-besar, yg tgh tunggu dipinang org or tunggu meminang anak orang ada 9 orang pulak tuh (kategori dah boleh jadi mak or bapak org). 6 orang dah kerja n 3 orang next year abis belajar. Fuhh kurang list duit raya aku hahahahaha.

Comments

  1. Tahniah..wah, kuatnya semangat baby tu kan..bagus x perlu masuk inkubutor.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. Alhamdulilah kali nih baby danish sgt kuat semangatnya

      Delete
  2. congratulations untie... 24? wow bestnye.. mesti time raya riuh rendah rumah kan?
    bestnye... anyways congratulations again and hope mummy and newborn baby are doing fine..
    have a great day ahead dear :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha yup 24. ramai kan? mmmg rumah kecoh kalau semua ada. thank you. semua ok cuma baby ada jaundice sikit. anyway congratulations to you too bakal mommy. hope u sihat selalu.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tabung Haji