Sepi

Errrrkkk 1st entry untuk Disember 2015. Sekarang ni macam malas lah pulak nak update blog. Cerita memang banyak. Tapi macam malas pulak nak taip. Lepas entry marah aku tuh, terus macam malas nak update. Dok baca blog orang jer. Itu pun jadi pembaca senyap.

Sekarang ni bz sikit sejak dah ada baby. Kawin idak, pregnant pun idak tetiba ada baby plak? Hihihi Rezeki Allah bagi. Terima jer lah. Baby tuh dah ditakdirkan untuk kitaorg. Walaupun tak pernah merasa camner pregnant or bersalin, tapi merasa menjaga baby yang baru lahir pun cukup bermakna buat aku. Terasa macam mana perasaan seorang ibu walaupun bukan 100%.

Baby Mya 1 month old

Masa mula-mula dulu rasa teragak-agak. Terasa berat tanggungjawab dalam dunia yang semakin mencabar ni. tapi dah lama rasa macam tak complete rasanya bila takde dia. Sayang sangat-sangat dengan dia ni. Kalau g kerja dok belek handphone tengok gambar dia n tak sabar nak balik rumah. 

Insya Allah akan kami pelihara amanah Allah ini dengan sebaik-baiknya.

Comments

  1. congrats on ur baby.. now u paham cmne perasaan mak2 cm i time kt office. mmg tak lekang mate tengok gamba anak dekat hp.br sampai office 5 menet da tak sabar nak balik rumah.

    Bile da de baby kite rase cm a void dlm diri yang da complete. neways. congrats again. really happy for you =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you hihihi. betul tuh. baru rasa camner jadi mak-mak ni walaupun tak complete huhuhu. hari-hari tak sabar nak balik. nak bau baby yang wangi tu.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih