Posts

Showing posts from 2016

Pengorbanan seorang Guru

Image
Siapa kata jadi cikgu ni senang n banyak cuti. Aku memang pantang betul kalau orang dok perlekehkan cikgu ni. Walaupun aku bukan cikgu, tapi aku ada akak2 n arwah abang aku yang bekerja sebagai seorang guru. Jadi sedikit sebanyak terasa lah jugak kan. Dulu aku dok baca keluh kesah orang yang bergelar guru. Susah lah, tak cuti lah, time cuti sekolah kena gi sekolah n banyak kerja lah. Tapi itu awal-awal cuti sekolah memang lah begitu. Tapi lepas 2 minggu cuti sekolah tuh tengok boleh plak bercuti balik kampung ke  or berjalan-jalan. Aku nih sebenarnya dok kesian ngan akak aku tuh. Rasanya cuti sekolah tahun nih paling padat betul jadual dia. Macam takde cuti langsung plak. Awal cuti sekolah memang hari-hari datang sekolah ada duty n buat kelas tambahan utk student SPM dia. Lepas tuh break seminggu itu pun 2-3 hari jer dapat yang bebetul tak g sekolah. Lain hari walaupun patutnya cuti tetap g sekolah sebab nak settle kan kerja. Lepas tuh 10 hari kena gi kursus. Sampailah huj...

Legend of The Blue Sea

Image
Yeahh Lee Min Ho! Drama korea lagi.  Ya aku memang peminat drama korea n siap simpan wishlist nak g korea. Kali nih drama Lee Min Ho lah. Mana boleh tak tengok kalau Min Ho yang belakon. Walaupun kat OneHD pun ada tapi aku lebih suka tengok kat online huhuhu. Screenshot daripada Wikipedia terus Sumber: Wikipedia Cerita pasal mermaid dahhh. Advance mermaid korea ni. Tang ekor ikan tuh nampak real cam ekor ikan ekekeke Drama Legend of the Blue Sea ni kena tengok betul-betul sebab setiap babak tuh mesti ada kaitan. Kalau tertinggal memang tak paham ler babak seterusnya.  Aku tak curi tulang. Aku layan drama ni sebelum office hour start. Tiap Jumaat pukul 7 pagi dah sampai office so sebelum apa-apa aku layan dulu drama nih hihihi.

Happy Birthday to Me!

Image
Tambah setahun lagi umur aku Bila masuk bulan Disember jer maka naik ler setahun umur aku. Cepat betul masa berlalu. Rasa baru jer awal tahun haritu. Tahun nih tak rasa macam nak sambut birthday. Kalau tak memang beria dok cakap suruh beli kek. Tapi kali ni dok diam jer.  Maybe muak makan kek sebab banyak sangat birthday bulan 9, 10 & 11 haritu This year birthday aku jatuh hari bekerja. So balik kerja dapatlah sebiji kek 'suprise' daripada Mat Ayip. Yang surprisenya si Mat Ayip dok belakang pintu dengan seluar kecik jer. Makcik dia ni balik masa dia lepas baru mandi. Dah cam orang minyak junior jer rupanya huhuhu. Laksa Johor Esoknya aku belanja kengkawan opis ngan Laksa Johor homemade. Gigih dok kerjakan ikan kembong rebus nih. Memang dah lama niat nak belanja Laksa Johor masak sendiri kat rumah. Alhamdulilah dapat jugak.  Tapi akak aku ler yang masak. Aku tolong siang ikan je. Apa pun semoga aku murah rezeki dan diberikan kesi...

Bawak Bekal - Breakfast

Image
Aku ni bukan takat bawak bekal untuk lunch jer. Breakfast pun aku bawak bekal gak.  Jimat.  Lagi-lagi aku sekarang nih tengah kawal makan kan.  So masak sendiri daripada rumah lagi elok sebab aku leh kawal berbanding bila beli kat luar. Sekarang ni memang jimat betul lah sebab aku tak spend banyak RM untuk beli breakfast n lunch. Tapi kadang-kadang ada beli juga sebab boring ngan masakan sendiri huhuhu. Sandwich dengan roti tinggi serat. Masa ni mula-mula kena marah ngan doktor. So kita makan camni ler. Nak kasi gula turun huhuhu Telur separuh masak 2 biji + kicap + lada sulah Marvelous! Bila dah bosan makan roti, kita makan kuey teow plak. Tapi kena jaga portion. Nasib baik meter gula tak naik. Phewwww! Kalau melantak benda yang sama pun tak best gak kan. Sekali sekala apa salahnya huhuhu. Mee Hoon Goreng. Kekadang layan spaghetti goreng. Guna minyak sikit jer Nasib baik tak cek doktor tak naik apa2 Ini Marconi Goreng. Kalau na...

Resepi - Pizza Roti

Image
Pizza Roti Last time aku ada share aku buat pizza guna roti canai/prata kan? kali ni aku nak share pizza guna roti putih. Aku kan kalau lapar mula lah selongkar dapur n tengok apa yang boleh dimasak. Bahan-bahan Roti Putih (Aku pakai Gardenia) Base sos = Ikut selera masing-masing.  (Aku selalu guna Mayonnaise +  Sos cili & sos bolognese) Tuna dalam tin, sosej di potong, isi ketam (dipotong), udang or ikut suka bahan untuk ditabur nih ayam ke etc Cheese (mozarella ke cheedar ke ikut suka asal sesuai ngan pizza) Cara-cara  Sapu Roti Puti dengan sos base pizza tuh. Lepas tuh macam biasa tabur sosej & isi ketam and last sekali cheese. Bakar dalam microwave or oven. Siap! mudah jer Mudah je!

Tabung Haji

Image
Fuhh lamo aku tak mucul. Hampir sebulan. Hari-hari bukak blog tapi tak rasa nak menulis. Baca blog orang jer lepas tuh dah tutup laptop balik. Tapi dipagi Jumaat yang penuh barakah nih meh ler kita mula menulis semula. Lusuh dah buku aku Semalam dok belek-belek buku tabung haji nak tengok balance sekali tertengok urusniaga muka surat pertama buku nih. Teringat kenangan lama ngan buku ni. Belum bertukar lagi sejak tahun 2000.   Dulu masa belajar bila dapat duit PTPTN, aku ada masuk sikit-sikit lam Tabung Haji. Tapi bila tengah kering, habis dikorek duit kat situ. Yang kelakar siap sanggup keluar RM100 jer semata-mata kat Tabung Haji.  Tabung Haji Shah Alam kat Kompleks PKNS tuh ler selalu muka aku jer kat situ. Bila ingat balik kelakar pulak. Ye lah kan ramai kat Tabung Haji tuh. Nak keluar mesti kat kaunter jer. Tapi nilai RM100 tahun 2000 dulu lain. Macam-macam boleh dapat. Sardin RM0.99 sen pun ada. Tah camner tetiba rasa macam nak daftar haji so kena la...

Bawak bekal

Image
Zaman sekarang ni duit dah jadi macam air. Dengan harga petrol naik, minyak masak naik, for sure lepas nih harga makanan semua naik. Nak tak nak kita kena lah berjimat cermat. Aku nih sejak kena suntik insulin tiap-tiap malam, aku dah jarang beli lunch kat luar. Kalau beli tuh ada lah sebulan 2-3 kali ataupun bila bos belanja makan. Aku pun bukan boleh makan beras sebarangan. Silap-silap meter gula boleh naik berbelas-belas.  Mula-mula guna beras Faeza Herba Ponni. Dah lah tak sedap. Mahal lak tuh. Bila nurse ckp boleh guna beras basmathi so tukar le. Bila sakit zaman ekonomi meleset nih memang perit sikit. Nak tak nak kena lah ikut. Siap beli rice cooker kecik comel utk makan aku sorg. So hari-hari aku bawak bekal untuk lunch. Kalau hari yang aku tak hantar mak aku g dylisis, aku akan masak malam. Kalau tak aku masak pagi je. Takpun kalau mak aku ada masak semalam aku bawak jer buat makan tengahari. Perut aku tak cerewet. Perut rakyat maheran. Boleh makan lauk semalam...

Selamat bulan November!

Image
Haiii semua Kejap jer dah bulan November. Macam da lama plak tak mengepos kat sini. Lagi sebulan lebih 2016 nak menutup tirainya. Fuhh macam-macam berlaku tahun ni. Yang sedih, yang gembira. Semuanya ada. Nanti slow-slow nak tulis stok-stok entry kat sini. Banyak cerita n gambar yang perlu di'arkib'kan disini. Untuk kenangan aku di masa hadapan.

Yeah, that's how it is.

Image
Drama korea lagi hihihi. Kali ni drama korea lain sikit. Selalu dok cerita pasal cinta2. Dia cinta orang ni. Pastu orang lain plak caras orang ni. Tapi drama korea nih lain sikit. Cerita pasal family. Jarang lah drama korea buat drama camni. Cerita nih cam ala-ala drama Opah tahun  80-an tu. Kalau korang lahir bawah tahun 80-an mesti pernah tengok drama Opah tuh. Nak cedok plot pun tarak kat mana2 website hihi. Tapi drama nih mengenai pasangan tua yang ada 3 orang anak lelaki.  So drama nih menyusuri kehidupan pasangan tua, anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu pasangan tua ni. Kalau korang peminat drama korea kan, korang mesti perasan yang anak lelaki mesti ada tanggungjawab lebih pada family dia kan. Diorang punya hormat ngan ibu ngan bapa macam orang kita juga. Beza ngan drama barat. Nak cakap memang adab orang timur takleh gak sebab jiran diorang yang sebelah kiri dalam map tuh selalu jer ada orang share video pelik2. Hahah lagipun aku dah pernah pegi kan n...

Dah, tak pening kepala lagi

Image
Selamat tinggal... Dua minggu lepas dok jalan-jalan tengok kereta. Gi proton, gi perodua. Proton nampak lawa. Tapi Perodua tetap pilihan aku. Cadang nak amik Bezza. Macam tuh lah sindrom yang datang kalau kereta lama habis bayar.  Dulu tolak kereta kancil nak beli Myvi ni aku kena to-up lagi bayar kat finance sebab kancil aku baru 3 tahun. Tolak kereta still tak leh cover hutang lagi. Dekat RM4k jugak ooo aku bayar cover loan kereta kancil aku tuh. Nak pakai Myvi punya pasal. Balik semula cerita aku g kedai kereta, akhirnya setelah tolak, tambah, darab dan bahagi, aku dah buat keputusan untuk cancel beli kereta baru. So Perodua Bezza selamat tinggal.  Huk Huk Huk. Tanya kedai tolak kereta rendah benar diorg amik kereta Myvi aku. Aku jaga baikkk kereta ni. Millage rendah. Servis ikut masa n kat Perodua lagi. Apa-apa spare part semua aku tukar kat Perodua. So dah tentu lah genuine kan? Bila fikir-fikir macam sayang plak nak jual Myvi aku tuh. Banyak ...

Jealousy Incarnate

Image
Dah lama tak buat entry drama korea. Bukan tak tengok drama korea, tengok cuma tak rasa drama yang aku tengok kena blog kan hahah. PVR astro aku penuh dengan drama korea. Akak aku semua drama korea kat tv tuh boleh plak direkodnya.  Heeeeeee Haritu tengok promo drama ni masa awal bulan September terus macam mesti kena tengok sebabnya pelakon korea pompuan yang aku minat si Gong Hyo Jin belakon dalam drama ni. Aku suka kalau Gong Hyo Jin nih berlakon sebab dia belakon natural sangat. Lagi-lagi kalau drama romantik komedi ngan sapa-sapa hero dia berlakon mesti akan tersenyum sorang-sorang depan tv hahahaha. Kali ni Gong Hyo-Jin digandingkan dan hero yang bernama Jo Jung-Suk dan hero kedua bernama Go Kyung-Pyo. Drama ini mengisahkan:- "Weather caster Pyo Na-ri ( Gong Hyo-jin ) and news anchor Lee Hwa-shin ( Jo Jung-suk ) are long-time colleagues at SBC broadcasting station. Na-ri has had a crush on Hwa-shin three years ago but things change when she meets the perfect...

Happy 1st Birthday Baby Mya!

Image
11 days vs 2 months 3 months vs 4 months 5 months vs 6 months 7 months vs 8 months 9 months vs 10 months 11 months vs 12 months Happy 1st Birthday Baby Mya! Semoga sihat selalu n jadi anak yang solehah. Aminnnn

Salam Maal Hijrah 1438 Hijrah

Image
Pic kredit Goggle

3 Sebab kenapa Aku perlu dan tak perlu TUKAR KERETA

Adoii dalam dilema betul lah. Mula-mula rasa macam takmau tukar. Tapi ada ketika rasa macam mau tukar pulak. Hati ni rasa berbelah bagi. Tiga (3) sebab kenapa aku tak perlu tukar kereta. 1. Kereta sekarang masih dalam keadaan yang baik. Yup. Aku jaga bebetul kereta ni. Sebab aku memang plan nak pakai kereta ni sampai jadi besi buruk. Sebab tu bila time servis, tukar bateri, tukar tayar, apa-apa spare part pun aku buat kat Perodua. Ko mampu dari tahun pertama dapat kereta ni sampai lah tahun ke 9 kereta ni hanya g servis kat Perodua jer. Tak pernah pergi bengkel luar. Orang semua ckp servis kat Perodua mahal. Yup memang mahal. Tapi alhamdulilah setakat ni takde masalah besar kereta aku ni. Lagi satu millage kereta aku ni pun rendah lagi. 150,000 untuk kereta usia 9 tahun. Which is masih consider rendah lagi. 2. Tak nak tambah hutang, masa untuk menabung. Ini lah masa yang aku tunggu-tunggu sejak 9 tahun yang lalu. Bebas daripada hutang kereta. Bila gaji bulan ni dah tak bayar...

Alhamdulilah

Image
Minggu pertama dapat kereta. Laman depan umah yang masih belum ternoda Model pun dah darjah 5 skrg. Alhamdulilah, komitment aku selama 9 tahun akhirnya tamat juga Jumaat lepas. Akhirnya kereta tersebut menjadi hak milik mutlak aku. Masa ni lah yang aku tunggu-tunggu. Habis bayar kereta. Dah lama berangan-angan ngan duit yg selalunya bayar kereta tuh. Moral of the story, lain kali nak beli kereta jgn pinjam lama sangat. 9 tahun tuh lama sangat. Tapi time tuh memang cari yang paling rendah bayar bulan-bulan. Tapi bila dah abis bayar ni, ada jer anasir-anasir jahat suruh aku tukar kereta. Baru nak rasa duit balance gaji banyak dalam akaun bank. Nak beli kereta ni kena ukur baju di badan sendiri. Bukan main lebur jer. Bujang lah, takde kotmitment lah, bila lagi nak pakai kereta mahal, bila lagi nak buat belagak. Apa ke hal lu? kereta nak buat belagak. Pakai kereta mahal, tapi bulan2 makan maggi pun tak mampu buat apa. Nak beli kereta nih kena igt. Bukan takat ba...

Petua Minggu Ini: Frizzy and Curly Hair

Image

Sambung belajo

Image
Throwback tahun 2000 Feeling musim panas di over the sea. Dapat badan camni balik pun dah bersyukur banyak Akhir bulan lepas n awal bulan ni budak-budak lepasan STPM/Matrikulasi/Asasi/Diploma mendaftar masuk Universiti-universiti awam kat Malaysia ni. Tetiba teringat pulak kenangan aku dulu. Masa SPM aku tak dapat panggilan masuk mana-mana IPT Awam or Swasta pun. Even YPJ Kolej yang masa time aku famous kat JB tuh pun tak dapat panggil. Swasta cuma YPJ jer kot aku mohon. Tak mampu yang lain. Aku cuma dapat masuk Form 6. Tapi kena kat sekolah lain. So aku pun pulun lah masa Form 6 tuh. Dulu nak mohon UPU kena beli borang kat pejabat pos. Bila dah umumkan boleh beli jer, berderet-deret orang beratur kat pejabat pos beli borang UPU. Sapa yang tau Pejabat Pos Besar Johor Bahru kat bandar tu, cuba bayangkan orang beratur sampai naik ke Bukit Timbalan. Tapi tuh masa SPM. Bila STPM, borang UPU beli melalui sekolah je. Masa mohon STPM, arwah ayah aku kan baru meninggal. M...

Feeling 'tertinggal'

Image
Pic credit to Google  Lama dah feeling camnih. Sejak zaman sekolah lagi. Bila fikir balik maybe aku ni anti-sosial kot. Ntahlah. Bila ingat balik aku takde geng rehat kat sekolah. Kekadang rehat sorang-sorang. Kot? Memang aku tak boleh ingat ngan sapa. Maybe ngan orang yang berbeza setiap hari. Ntahlah. Aku ni pelupa kot. Tapi sejak zaman sekolah aku memang selalu feeling 'tertinggal'. Yup, bila ingat balik memang menyedihkan. Aku bukan tak ada kawan. Ada. Cuma ntahlah.  Ada certain benda yang banyak bagi kesan kat aku n damage my self-confidence. Yang paling worst bila rasa dikhianati sampai sekarang. Ntahlah. Kalau aku silap maafkan lah aku. Siapalah aku untuk diingati. Hanya budak comot yang tak bergosok baju sekolahnya.

Petua Minggu Ini: Malaria

Image

Arghhhh stresssss

Image
Cerita 1 Bengang betul sebenarnya. Hari Raya Haji haritu tengah sibuk2 tetiba lady bos aku call minta tolong cek kan sesuatu kat dalam internet. So aku beria lah bukak laptop aku sambil tunggu on tu aku g toilet dulu. Bila keluar toilet pun tengok laptop aku blank jer kaler grey. Arggh sudah. Restart balik pun sama. Nak tak nak try lah bukak daripada iPad. Alhamdulilah dapat ler cek apa yang bos aku hajatkan tuh. Tanya ngan anak saudara aku, dia ckp kemungkinan besar motherboard rosak. Masuk ni dah 2x motherboard rosak. Tahun 2014 RM300 kot terbang. Ini rosak lagi. So diorag suggest takyah lah betulkan, cari jer baru. Lagipun laptop tuh dah 7 tahun usianya. Tapi paling murah pun RM1K lebih gak kan. Adehhh sakit poket aku. Laptop tak penting sbb iPad leh ganti sementara. Ni pun pinjam laptop akak aku. Cerita 2 Time hari raya haji gak. Masa sibuk-sibuk nak prepare birthday kek si baby Mya tuh, tetiba abg-abg aku yang merokok kat luar tuh dok sibuk panggil aku. Ingatkan nak t...

Petua Minggu Ini: Mouth Ulcers

Image

Petua Minggu Ini: Perspiration

Image

Resepi: Pizza Roti Prata/Canai

Image
Pizza Roti Prata Aku ni kalau lapar mula lah selongkar peti ais, tengok apa yang boleh aku buat.  Dulu aku ada share pizza guna kulit tortila kan?  kali ni aku nak share resepi pizza guna Roti Prata/Canai segera. Bahan-bahan Roti Canai/Roti Prata segera (kat pasaraya banyak jual) Base sos = Ikut selera masing-masing.  (Aku selalu guna Mayonnaise +  Sos cili & sos bolognese) Tuna dalam tin, sosej di potong, isi ketam (dipotong), udang or ikut suka bahan untuk ditabur nih ayam ke etc Cheese (mozarella ke cheedar ke ikut suka asal sesuai ngan pizza) Aku guna sosej & isi ketam Cara-cara Roti Canai/Roti Prata dipanaskan dulu atas kuali leper tanpa minyak. Agak-agak macam dah garing sikit boleh lah sapu Roti Canai/Prata tadi dengan sos base pizza tuh. Lepas tuh macam biasa tabur sosej & isi ketam and last sekali cheese. Bakar dalam microwave or oven. Tapi jgn lama sangat kang hangus plak.

Didi & Friends

Image
Support kerja anak Malaysia Baby Mya suka betul ngan Didi & Friends ni. Aku kalau nak masak hari ahad tuh, bukak lah Didi & Friends yang aku pvr daripada Astro or download daripada Astro on Demand tuh. Tapi kan macam mana lah nak buat autoplay kan. Nak tak nak kena gak duduk ngan dia tengok sama-sama. Yang rekod daripada Astro ceria lagi lah. Tak kena betul ngan masa.  Nak tengok pakai ipad or laptop daripada Youtube pulak rasa macam susah plak kan. Nanti Baby Mya ketagih nak main ipad cam abang dia So aku dok pikir mana ler nak dapat DVD Didi & Friends ni n masalahnya ada ke jual DVD ni. Aku pun dok google ler sebab rasa-rasanya macam ada. Sekali aku jumpa kat TheBabyStore . So apa lagi terus place order n bayar. Lepas raya aku dapat DVD Didi & Friends tuh. Apa lagi suka lah si Baby Mya dapat tengok Didi & Friends kesayangan dia tuh. Tertidur terus tgk Didi & Friends Lepas tuh mak aku suruh lah belikan untuk anak saudara aku sorang lagi...

Dalam kenangan

Image
1929 - 1998 Harini 18 tahun yang lalu, aku kehilangan orang yang tersayang. Masih terbayang-bayang kat kepala saat-saat terakhir aku dengan arwah. Masa tuh arwah sara hidup kami sekeluarga dengan kedai runcit. Ingat lagi 5 hari sebelum dia meninggal, dia marah-marah ajar aku cara tutup kedai yang betul. Rupa-rupanya dia dah tau dia nak pergi. Bila dia dah pergi baru kita teringat semua kelainan pada diri arwah 3 minggu sebelum meninggal. Termenung sendiri, renungan kosong dan jauh. Pendiam. Semua itu menjadi kenangan. 21/8/1998 hari terakhir hantar aku ke sekolah. Aku demam n tengah percubaan STPM.  Walaupun dia sakit dia berhenti jugak di restoran belikan roti canai dan panadol untuk aku. Kami tak tahu pun dia sakit. Sebab dia sembunyikan kesakitan dia. 24/8/1998 tak boleh lupa saat kerani sekolah melangkah masuk ke dalam kelas aku. Masa tuh dada dah berdebar-debar sebab dah terasa sesuatu. Arwah abang aku amik aku kat sekolah, katanya arwah...

Petua Minggu Ini: Toothacne

Image

Sama tak kita?

Image
Sebelah kita tuh mama nombor dua kita masa kecik Semua orang cakap rupa baby mya ni ada iras-iras aku. Orang kalau tgk gambar aku ngan baby mya mesti tanya anak aku ke? Yup anak aku walaupun dia bukan my biological, tapi sayang dia sangat-sangat. Untung dia ni banyak mama. Ramai yang sayang dia. Next month cukup setahun.  Umur camnih lah sedap gomol budak kan? Ngan bau dia yang wangi. Bau air liur pun wangi jer hihihihi. Gambar ngan abg ayip Terima kasih dik.  Sebab bagi pengalaman berharga untuk acik kamu untuk jadi seorang ibu.

Petua Minggu Ini: Sunburns

Image

Hypoglycemia

Image
Post kesinambungan lagi. Kali ni daripada post ni Sambil tunggu amik ubat aku post  benda ni kat FB Last aku post pasal penyakit Diabetes aku ni, aku ada cerita yang aku ada appointment kat Hospital dengan pakar endo (endo tuh nama pendek hihihi). Punyalah seram sejuk nak pegi check up. Lagi-lagi sebelum ni 2-3 kali check up result tak memberangsangkan sampai kena prescribe untuk suntik insulin. Nak tak nak kena lah ikut kan untuk kesejahteraan diri sendiri.   Alhamdulilah semuanya turun. Tak sangka pulak. Tapi memang seram sejuk ler menunggu nurse panggil nak amik berat, cek gula pagi, cek tekanan darah n soal siasat semer huhuhu. Yang ujian darah lain n air kencing aku dah amik seminggu sebelum appointment tuh. Alhamdulilah semua ok. Kolestrol jahat pun turun gak. Berkat makan benda2 yang sihat.  Bila dapat bacaan nih badan rasa mcm nak terbang Lagi seminggu lagi aku dah nak kena amik darah untuk checkup bulan 9 nanti. Seramm. Sebab macam aku post kat...