3 Sebab kenapa Aku perlu dan tak perlu TUKAR KERETA

Adoii dalam dilema betul lah. Mula-mula rasa macam takmau tukar. Tapi ada ketika rasa macam mau tukar pulak. Hati ni rasa berbelah bagi.

Tiga (3) sebab kenapa aku tak perlu tukar kereta.

1. Kereta sekarang masih dalam keadaan yang baik.

Yup. Aku jaga bebetul kereta ni. Sebab aku memang plan nak pakai kereta ni sampai jadi besi buruk. Sebab tu bila time servis, tukar bateri, tukar tayar, apa-apa spare part pun aku buat kat Perodua. Ko mampu dari tahun pertama dapat kereta ni sampai lah tahun ke 9 kereta ni hanya g servis kat Perodua jer. Tak pernah pergi bengkel luar. Orang semua ckp servis kat Perodua mahal. Yup memang mahal. Tapi alhamdulilah setakat ni takde masalah besar kereta aku ni. Lagi satu millage kereta aku ni pun rendah lagi. 150,000 untuk kereta usia 9 tahun. Which is masih consider rendah lagi.

2. Tak nak tambah hutang, masa untuk menabung.

Ini lah masa yang aku tunggu-tunggu sejak 9 tahun yang lalu. Bebas daripada hutang kereta. Bila gaji bulan ni dah tak bayar duit kereta fuhh rasa banyak lebih pulak bulan ni. Boleh lah aku menyimpan lebih sikit kat Tabung Haji, bayar lebih sikit hutang kad kredit n feel secure sikit setiap bulan. Hajat dihati nak simpan sendiri duit. Lepas tuh lagi 10 tahun kita beli kereta cash jer (pastu LHDN kejar pulak). Kalau simpan RM500 sebulan x 12 bulan x 10 tahun boleh ada RM60,000.00. Belum campur dividen or bonus or simpanan yang sedia ada. Boleh naik haji n beli kereta dalam lingkungan RM40,000 - RM45,000 cash. Insya Allah.

3. Masa depan yang tak pasti

Ini adalah MAIN REASON yang sedang bermain-main di fikiran aku kenapa aku tak mau tukar kereta. Aku tak nak menyesal dikemudian hari kalau beli kereta baru. Dengan keadaan company aku yang tak berapa pasti berapa lama akan wujud buat aku berbelah bagi nak beli kereta baru. Walaupun rezeki ada di mana-mana. Tapi sekurang-kurangnya kalau apa-apa berlaku, aku tak menanggung hutang yang akan mengusutkan lagi keadaan aku.

Tiga (3) sebab kenapa aku perlu tukar kereta.

1. Kereta aku masih ada value tinggi

Ini pun adalah MAIN REASON kenapa aku rasa macam nak tukar kereta sangat. Manusia kan ada nafsu. Nafsu aku nak bau kereta baru dan this is the right time untuk trade in kereta aku. Tolak, tambah, darab n bahagi kalau aku buat installment untuk 4-5 tahun, bulan-bulan memang tak banyak. Dalam lingkungan RM400-RM500. Lagi rendah daripada installment kereta aku dulu. Tapi dalam masa 4-5 tahun aku dah habis bayar.

2. Maintenance rendah

Kereta kalau makin lama makin tinggi maintenance nya. Haritu aircond tak sejuk. Kena RM200. Pergi servis kena RM400 ++. Tukar brake pad n apa-apa yang patut. Abang-abang n akak-akak aku banyak suruh tukar sebab kalau beli kereta baru maintenance rendah.

3. Nak pakai kereta auto

Pueh aku dok cari reason aku nak tukar kereta. Nampak sangat takde keperluan kan nak tukar kereta. Tukar kereta sebab nak pakai kereta auto. Hihihihi. Aku sekarang bawak manual. Bila tang jem tuh memang tak larat. Sapa-sapa yang tau Jalan Skudai n Jalan JB - Pontian mesti tau tahap jem stress area tuh pagi n petang. Dah lah aku kena menempuh 23.1km pergi n balik so kereta auto sekrang memang impiian aku.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
Bila perati list aku kat atas ni, rasa macam aku tak perlu kot tukar kereta. Stick pada plan nak beli kereta cash tuh. Tapi lagi 10 tahun tuh kereta aku yang sekarang dah umur 19 tahun. Camner tuh??

So, meh ler kita g tgk-tgk jer kereta pagi nanti kat Jom Heboh n kita g Perodua kat area situ gak
Lepas tuh baru kita wat solat istikarah nak beli ke tak kan.

Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih