Sambung belajo

Throwback tahun 2000
Feeling musim panas di over the sea.
Dapat badan camni balik pun dah bersyukur
banyak
Akhir bulan lepas n awal bulan ni budak-budak lepasan STPM/Matrikulasi/Asasi/Diploma mendaftar masuk Universiti-universiti awam kat Malaysia ni.

Tetiba teringat pulak kenangan aku dulu. Masa SPM aku tak dapat panggilan masuk mana-mana IPT Awam or Swasta pun. Even YPJ Kolej yang masa time aku famous kat JB tuh pun tak dapat panggil. Swasta cuma YPJ jer kot aku mohon. Tak mampu yang lain. Aku cuma dapat masuk Form 6. Tapi kena kat sekolah lain. So aku pun pulun lah masa Form 6 tuh.

Dulu nak mohon UPU kena beli borang kat pejabat pos. Bila dah umumkan boleh beli jer, berderet-deret orang beratur kat pejabat pos beli borang UPU. Sapa yang tau Pejabat Pos Besar Johor Bahru kat bandar tu, cuba bayangkan orang beratur sampai naik ke Bukit Timbalan. Tapi tuh masa SPM. Bila STPM, borang UPU beli melalui sekolah je.

Masa mohon STPM, arwah ayah aku kan baru meninggal. Masa tuh adik beradik aku bz memanjang. Ingat lagi aku jalan kaki nak dekat 2km g pejabat pos nak hantar borang UPU tuh sambil nangis. Hahaha kelakar tull bila ingat balik.

Dulu nak tau result paling cepat ngan telefon. Skrg tengok website je kan. Bila dah dapat, takleh lupa feeling sedih gila tengok family kita lambai kat tepi pagar kolej kediaman Seroja. Malam-malam tidur dok terigat family jer.

Alhamdulilah dah lebih 10 tahun benda nih berlalu.

Sekarang ni giliran anak-anak saudara aku plak. Diorg ni ada yang dah grad n kerja. Ada yang masih belajar. Ada jugak yang baru nak masuk. Anak saudara aku, si Amad tuh dapat offer masuk Asasi Sains kat Pusat Asasi UiTM. Dah selamat pun belajar masa akhir bulan 5 haritu. Nak jadi Doktor katanya. Tapi aku dok suruh dia fikir bebaik. Ikut kata hati apa yg dia minat bukan apa yang mak bapak dia minat. Kerja doktor memang mulia tapi takde life. Orang yang bebetul minat n ikhlas jer yang sesuai jadi doktor.

Tahniahhh
Akak si amad pulak baru abis diploma. Alhamdulilah result last diploma dia ada remarks dengan 'Tamat dengan Augerah Naib Canselor'. Gigih belajar budak nih every semester dapat Dean List. Tak semestinya SPM tak dapat semua A tak boleh cemerlang di universiti. Sekarang nih dia baru jer sambung degree dalam Actuarial Science.

Semoga berjaya kepada semua 25 orang anak-anak saudaraku dan 6 orang cucu-cucu saudaraku!

Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih