Jangan menilai buku daripada kulitnya

Baju raya 2 tahun lepas. Yg bercorak beli di Makassar n yg plain di Jakel

Haritu masa cuti Chinese New Year pegi lah jenguk Jakel sebab nak cari kain untuk buat raya. Kebetulan memang Jakel tengah sale. Aku pulak kalau g Jakel mesti waktu pagi-pagi baru bukak cos senang dapat parking n orang pun tak berapa ramai kan. Tapi pusing punya pusing kat ground floor tu satu pun takde yang berkenan dihati. Tak macam last year memang aku tak naik pun 1st floor tuh kat ground floor pun dah banyak yang cecantik.

Aku ni bab beli kain memang mintaak maaf lah... cerewet sikit. Aku ni kategori big n tall sikit n ada beberapa fabrik n warna memang tak kena ngan orang kategori aku ni. Aku suka beli fabrik yang jenis 'kasar' sikit (tak tau nak describe camner) satu aku tak yah beria gosok n kedua memang sesuai untuk kategori badan aku ni. Warna pun takleh beli yang cerah-cerah sebab makin macam giant.

Actually aku bukan nak cerita pasal jenis kain yang aku beli. Aku nak cerita pasal aku kurang gemar dengan sesetengah jurujual-jurujual yang suka underestimate pelanggan yang masuk kedai yang diorang kerja. Ceritanya lepas kurang berkenan ngan kain-kain kat ground floor, akak aku pun ajak ler naik 2nd floor tengok kain kat situ. Kalau kat Jakel JB ni 2nd floor tuh kain-kain agak pricey gak ler. Tapi ada gak yang agak murah kat situ. So kitaorng pun g lah belek-belek kain kat situ. Tapi yang tak boleh belah masa kitaorang tengok kain yang harga RM200++ sepasang boleh pulak si jurujual punya tone suara n cakap yang kain tuh RM240 sepasang dengan nada yang sangat annoying.

Akak aku pun boring ler terus tengok kain lain tapi tetiba jurujual tuh hilang kemana layan customer lain. Terus tak layan kitaorang sebab time tuh dressing aku dressing sengkek hahaha. Satu jurujual pun tak layan kitaorang. Rasa nak keluar pegi Gulati's jer.  Nak jadi cerita masa tengah belek-belek kain datang satu jurujual yang senior tegur akak aku. Actually akak aku regular customer kat level tu cuma dah lama tak datang n akak jurujual tuh suruh tunggu dia settle dulu ngan customer n layan kitaorang cari kain. Tapi kitaorang tak cerita pun dengan akak senior tuh perangai jurujual tuh. Tak baik kan bior ler si jurujual yang sombong itu muhasabah diri lepas tengok kitaorang shopping kain dengan jayanya ngan akak jurujual senior tuh huhuhu

Haritu sebab aku pakai selipar jamban jer kot tuh yang nak tak nak layan aku. Actually aku suka pakai macam tuh sebab nak tengok gelagat jurujual melayan customer camner. Ni nak nasihatkan kat para-para jurujual diluar sana. Jangan lah pandang rendah kat orang ye. Tak kira lah pakai baju apa pun layan jer lah. Tak baikk oooooo kadang-kadang rasa sedih tau buat camtuh. Nak beli ke idak barang yang ditanya terpulang kepada customer. Jangan menilai orang pada luaran sahaja.

Haritu ada terkena gak, kat kedai jual barang apple. Anak saudara aku nak beli iPhone 6s dok termagu-magu disitu. Nyampah betul dah 2 kali kena kat situ. Tapi terpaksa g situ sbb yang satu lagi tuh jauh. Pastu dok amik yg 16GB. Oiii anak saudara aku nak yang 64GB lahhh! 
Ini semuanya salah aku sebab pakai selipar jamban!

Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih