Kenduri Kahwin @ Singapore

Nasi beriani, kambing, fillet ikan & udang black paper
Ok kalau tengok entry aku yang lepas-lepas pasal kenduri kahwin kat Singapore mesti gambar makanan dulu. Tapi cerita lama. Last year punya kenduri wedding. Last year bulan May ke June gitu. Hihihi lama betul. Yelah dari last year aku dah malas post kat blog kan. Tapi gasak lah. Yang penting memori aku untuk wedding ni dicatat dalam blog aku ni. 

Satu kereta jer yang pergi
Kebetulan wedding ni time cuti sekolah so boleh lah akak aku pergi sebab tak ngajar kan. Adik beradik aku yang lain tak dpt dtg sebab kerja n duduk jauh. Johor kan kerja Ahad so memang payah dah sekarang ni. Wedding ni cousin aku punya anak yang kahwin. 2 orang pulak tuh akak & adik lelaki. Cousins aku memang ramai kat Singapore sebab adik beradik mak aku ada 3 orang menetap di Singapore n dah jadi orang Singapore pun. 30 tahun lebih yang lepas pegi kenduri kahwin mak & ayah diorg kali ni pergi kenduri anak-anak diorg pulak. Cepatnya masa berlalu kan. Oleh kerana kenduri ni pun dah lama kan n aku pun tak tau tulih apa, so lets the photo do the talking k huhuhu

Air ada 10 balang ok! Macam kat pasar malam pilih jer mana kita suka.
Meja buffet main dishes. Ada Nasi Beriani, Nasi Putih, Lauk Pauk &
Mee Hoon Goreng
Meja buffet dari sudut pandangan sisi.
Minuman panas. Kopi ada, teh ada, air suam ada
Pop Corn cart ni mesti ada 
Roti Jala Stall pun ada
Kuih dan muih melayu n moden
Ais krim pun ada
The Pelamin's
and last but not lest, the Pengantin's
Tak ada dalam gambar stall goreng pisang/kledek/keladi (yang ni sedap gila ok dengan tak malu siap tapau dalam tisu hahaha) n stall Putu Piring. Setakat ni wedding paling meriah makanan yang pernah aku pergi. Siap aku ngan akak aku berangan kalau anak-anak saudara aku kahwin nak buat camni gak. Tapi takdelah pakai katering. Sebab katering mahal oooo nak wat camni. Katering untuk main dishes je. Cari sendiri n sediakan 'gerai2' untuk diorang sediakan makanan. Haha makcik-makcik diorg pulak yang over kan.

This year ada lagi wedding kat Singapore tapi macam tak leh pegi lak sebab tak kena cuti sekolah. Ini yang susah kan kalau cuti tak sama huhuhu.

Masa balik daripada wedding nih kitaorang sangkut kat jem kat CIQ 2nd link paling lama dalam sejarah hidup aku pergi Singapore. 5 jam ok, 5 jam. Gila lah g KL dah sampai dah. Nasib baik minyak banyak. Ada Ah So ni siap kencing kat longkang kat celah pokok bunga kat divider sebab dah tak tahan. Kalau lelaki tu biasa lah kan tapi perempuan? hihihi. Bayangkan daripada pukul 2 petang - 7 malam baru lepas. Gila lah! kalau tau lalu CIQ Bangunan Sultan Iskandar.

Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih