Majlis Konvokesyen

Nun jauh aku diatas sana
Last month kebanyakan universiti kat Malaysia ni tengah musim konvo.
Akak aku kalau ada konvo UTM memang pantang kalau tak pergi pesta konvo dia. Lagipun rumah dekat kan. So time tuh lah nak cari baju melayu buat raya murah-murah. Kalau time raya jgn harap ler boleh dapat harga tuh. Dapatlah beli beberapa pasang baju melayu utk Mat Ayip n baju kurung untuk Baby Mya.

Tapi gambar kat atas tuh bukan konvo UTM, tapi UiTM. 
Disinilah pengakhirannya setelah berhempas pulas selama 4 tahun setengah.
Pada pendapat aku lah moment yang paling indah untuk seseorang yg bergelar student tuh bila dapat naik pentas camni ler dengan pakai jubah.

Abg aku ckp apa barang budak engine
 dapat bunga hihihi
Dulu masa dia form 1, sanggup ponteng sekolah semata-mata nak g konvo aku kat universiti yang sama tetapi dewan yang berbeza. 

14 tahun lepas tuh aku plak g tengok konvo dia. Lagi sweet aku dapat msk dalam sebab abah dia tak dapat cuti. So aku ler peneman akak aku daripada JB ke Shah Alam.

Tapi penat gila ok! tension tull ngan bentuk muka bumi UiTM Shah Alam ekekeke.
Dulu time muda boleh lah panjat memanjat bukit bukau dan tangga tanggi tuh.
Ini dah tua-tua nih memang tak larat ler.


Apa-apa pun congrats kepada tong sampah kurus. Kalau korg baca blog aku awal-awal dulu anak saudara yang aku gelarkan tong sampah kurus tuh dia nih ler. Skrg dah tak berapa kurus dah asyik melantak jer. Apa-apa pun good luck kat tempat kerja baru. Dapat gaji jgn lupa belanja cikda tgk wayang ok!

Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih