Cerita Bulan Puasa

Bulan puasa tahun ni tak ada cerita menarik. Semuanya pada aku berjalan sangat pantas. Tak terkejar rasanya. Tiba-tiba jer dah nak masuk penghujung Ramadan. Nak buat entry pun dah malas. Tapi banding dengan last year lagi teruk. Bulan Julai langsung tak ada entry. 

Abang yang letih puasa. Adik tumpang sekaki tidur
Mat Ayip last year banyak cekadak bila time puasa. Balik sekolah jer nak buka puasa. Tak tahan lah. Hauslah, nak mati lah macam-macam alasan. Padahal dah pukul 6 petang. Tapi tahun ni alhamdulilah. Tak ada sepatah pun keluar daripada mulut dia, mintak nak buka puasa. Maybe last year dia tak berapa nak matang. Yelah baby akhir tahun lambat matang sikit. Cuma ada satu hari masa puasa kedua jer tergeliat sikit. Boleh pulak curi-curi makan kit kat. Hihihi kena caught red handed terus tak berani dah lepas kena 'sekolah' ngan mak dia huhuhu.

Beratur amik bubur lambuk
This year baru pertama kali amik bubur lambuk kat kilang kicap cap kipas. Dah berbelas-belas tahun kot kilang kicap ni tiap-tiap hari bulan Ramadan bagi bubur lambuk percuma tapi kitaorang baru first time nak merasa. Itu pun lepas runner kat opis aku dok cerita yang bubur lambuk kat situ sedap. Terus esoknya akak aku g beratur. Memang betul bubur lambuk kat situ sedap sangat.

Buka puasa
Puasa tahun ni aku sangat low profile. Kalau tak sibuk dok amik gambar makanan post kat instagram, kat facebook.  Tapi this year rupanya gambar kat atas ni satu jer yang aku amik sebagai kenangan berbuka puasa tahun ni. Memang tak ada mood nak amik gambar makanan n bersuka ria sedangkan family aku masih dalam keadaan berdukacita. 

Puasa tahun ni banyak masak sendiri je. Beli makanan kat luar pun jarang sekali. Boleh kira dengan jari. Awal-awal puasa aku dah buat kuih-kuih frozen. So tak payah lah susah-susah nak beli kuih kat luar. Buat karipap, popiah, cucur badak & chicken ball frozen. Semua home made. Senang. Balik kerja tinggal goreng jer. Takyah susah-susah nak singgah bazar ramadan. Buat sendiri puas hati.

Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih