2016 - Throwback Part 1

Selamat Tahun Baru 2017. Kejap jer kan masa berlalu. Rasanya tahun nih paling cepat berlalu.  Baru jer kan aku post edisi tahun 2015 (Part 1 & Part 2) dah habis tahun 2016. Banyak perkara berlaku tahun ni. Suka dan duka. Oleh kerana aku memang buat post nih tiap-tiap tahun so mari ler kita jenguk semula apa yang berlaku pada aku pada tahun lepas.

JANUARI
Bila nak buat throwback ni, aku kena tengok balik gambar-gambar dalam handphone aku untuk apa-apa peristiwa yang berlaku untuk Januari 2016. Nak harapkan blog. Memang nan hado. Aku dah malas nak update blog skrg. Januari 2016, arwah abg aku buat kenduri kahwin anak dia. Kira kenduri kahwin terakhir daripada arwah abg aku. Beria-ria dia jemput orang. Happy betul dia masa tu. Siapa sangka masa tuh 5 bulan sebelum dia pergi selama-lamanya. 
Mak aku tengah tepung tawar cucu dia.

FEBRUARI
Takde apa yang menarik yang berlaku bulan Februari. Cuti public holiday pun duduk rumah. Tak pergi mana-mana. Baby Mya kat bawah ni dah masuk 5 bulan time tuh. Akak aku buat aqiqah untuk Baby Mya kat sekolah dia. Birthday akak aku yang 52 tahun n ada lah makan-makan sikit. Itu je. Bosan pulak aku rasa post aku bulan ni.
Hai cayang!

MAC
Bulan terakhir aku g Legoland. Kononnya annual pass dah expired n malas dah nak renew. Hari terakhir pegi ler Legoland Waterpark. Hari sabtu tapi kosong. Yelah kan bukan cuti apa-apa mesti lah orang tak ramai. So best sangat macam kolam tuh kitaorang yang punya. Bulan ni jugak keputusan SPM 2015 diumumkan. Tahniah buat anak saudara aku dapat 10A dalam SPM. Sekarang ni tgh wat Asasi Sains kat Pusat Asasi UiTM.
Mcam biasa Legoland Warterpark

APRIL
Akhirnya anak saudara aku yg aku selalu dok gelarkan tong sampah kurus tuh, grad jugak. Bach. in Mechanical Engineering. Oleh kerana abg ipar aku kerja tak dapat cuti, maka aku join akak aku g temankan dia tengok anak dia konvo. Nasib baik hari Ahad. So tak payah lah aku amik cuti ke apa. Bulan nih jugak aku dapat hilangkan kempunanan makan nasi kambing 44 hari tuh.
Grad jugak. Tapi beliau bukan yg dalam skrin tuh.

MEI
Bulan paling sedih untuk tahun 2016. Abang sulung aku telah kembali kerahmatullah pada khamis 26/5/2016. Komplikasi diabetes menyebabkan abang aku koma selama seminggu. Sedih rasanya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman aminn.
Ini kubur arwah ayah aku

JUN
Bulan puasa tahun ni hanya secara sederhana. Kalau tengok post aku bulan Jun pun memang takda apa. Tak tau nak update apa. Kat fb n insta pun memang jarang ler update time tun. Mak aku pun masih sedih sebab kehilangan anak dia yang sulong.
Satu-satunya gambar buka puasa yang ada

Sambung Part 2 pulak


Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih