Kenangan Ramadhan
Bila masuk bulan Ramadhan nih mula lah ingat kenangan lalu kat rumah lama di Larkin. Tiba-tiba terasa macam mata ada masuk habuk pulak. Sejak lagi 2 tahun nak masuk 4 series nih makin teruk sensitifnya. Pantang dengar lagu sedih, lagu lama mula lah nak jadi cam jeli. Lagi-lagi bila masuk bulan puasa. Semua kenangan menerpa. Rumah belum ada bekalan eletrik n bila sahur guna lampu pam sahaja. Kadang-kadang terngiang2 bunyi lampu pam yang dipam oleh arwah bapak aku. Bila lepas sahur mesti arwah panggil sorg-sorg ajar niat puasa. Kenangan semua tuh.
Inilah rumahnya. Dah kena roboh dah. Kitaorg menumpang jer kat sini |
Masa cari gambar-gambar lama nak tepek sini, aku terpandang lah gambar nih. Mula-mula tak rasa apa-apa, tapi bila zoom balik gambar nih, baru perasan masa nih kedai runcit dah nak tutup terus. Masa ni arwah bapak aku dah takda. Aku tengah belajar kat itm. Tengah habiskan stok kedai sebab nak tutup terus. Bila tengok gambar ni dengan background lagi Fatwa Punjangga tuh terus meleleh airmata aku. Paling sedih sebab ternampak barang-barang kedai kat pintu tuh. Teringat pahit manis masa bukak kedai ni ngan arwah bapak aku. Kadang-kadang aku mimpi kedai nih. Inilah punca rezeki family aku lepas arwah bak aku bersara dari perkhidmatan swasta. Sampai hari-hari terakhir dia mencari rezeki untuk keluarga dia. Alfatihah untuk arwah bapa aku.
*budak 2 orang kat atas tuh, sorg umur 21 n yang adik umur 19. Kejap jer diorg dah besar. Dua-dua masih belajar lagi. Sorg tgh sambung degree n sorg lagi baru habis Asasi.
Comments
Post a Comment